Apakah maksud bersinergi | Bersinergi berasal daripada perkataan "sinergi" yang mempunyai dua maksud: 1. Tindakan bersama dua atau lebih ubat, otot, dan sebagainya untuk menghasilkan tindakan paduan yang lebih berkesan daripada tindakan bahan tersebut secara berasingan 2. Usaha sama antara individu atau organisasi yang hasilnya lebih baik berbanding jika dibuat secara sendirian. | Istilah | 23.06.2016 |
Mana satu lebih gramatis? Mengenakan tindakan atau mengambil tindakan? Pensyarah saya beritahu yang mengenakan tindakan lebih gramatis. | Kedua-dua frasa, iaitu mengenakan tindakan dan mengambil tindakan betul dan gramatis bergantung pada konteks penggunaannya. Kamus Dewan antara lain memberikan makna frasa mengambil tindakan ialah mula bertindak. Contoh ayat: Kerajaan perlu mengambil tindakan segera untuk membanteras kes cetak rompak sebelum berlarutan. 1"> Dalam Kamus Dewan, maksud ke-2 mengenakan ialah mewajibkan seseorang mematuhi atau mengikuti sesuatu peraturan; membebani seseorang dengan sesuatu. Contoh ayat: Sekolah mengenakan tindakan disiplin buang sekolah terhadap pelajar yang didapati bersalah merokok di dalam kawasan sekolah. | Tatabahasa | 28.09.2018 |
apakah maksud 'sinergi'?? terima kasih | Merujuk Kamus Dewan, sinergi bermaksud 1. tindakan bersama dua atau lebih ubat, otot, dll utk menghasilkan tindakan paduan yg lebih berkesan drpd tindakan bahan tersebut secara berasingan; 2. usaha sama antara individu atau organisasi yg hasilnya lebih baik berbanding jika dibuat secara sendirian. | Makna | 01.04.2010 |
(1) Seminar Kajian Tindakan Ke-3 Tahun 2010 (Ke huruf besar) (2) Seminar Kajian Tindakan ke-3 Tahun 2010 (ke huruf kecil) Yang manakah tepat? | Saudara, Yang betul : Seminar Kajian Tindakan Ke-3 Tahun 2010. | Lain-lain | 30.11.2009 |
Yang manakah yang betul? 1. Dengan ini perakukan bahawa Azhan bin Yusoff telah membentangkan kertas kerja dalam seminar penyelidikan tindakan. 2. Dengan ini perakui bahawa Azhan bin Yusoff telah membentangkan kertas kerja dalam seminar penyelidikan tindakan. 3. Dengan ini dikaui bahawa Azhan bin Yusoff telah membentangkan kertas kerja dalam seminar penyelidikan tindakan. | Jawapan yang tepat ialah: Dengan ini diperakui bahawa Azhan bin Yusoff telah membentangkan kertas kerja dalam seminar penyelidikan tindakan. | Tatabahasa | 10.09.2014 |
salam..saya pelajar dari Kolej Mara Banting..saya perlu menyiapkan tugasan World Literature..saya telah memilih novel Lagak Wasangka dan Okonkwo bagi tugasan tersebut..tajuk yang saya ketengahkan ialah tindakan watak utama lelaki dalam menimbulkan unsur dramatik terhadap pembaca..sebagai pendahuluan..saya memerlukan definisi unsur dramatik yang digunakan dalam novel dan juga definisi tindakan berdasarkan pandangan para sarjana..saya harap pihak tuan dapat memberi bantuan kepada saya..sekian terima kasih.. | Dramatik adalah suatu unsur dalam PLOT. Dalam Kamus Dewan edisi ke-4, dramatik bermaksud 1. mempunyai lagak (gaya dsb) yg sesuai utk drama (bkn percakapan dsb): percakapannya penuh ~; 2. boleh menimbulkan kesan pd jiwa (sama ada suka, sedih, marah dsb). Berdasarkan definisi tersebut, maksud kedua adalah berkaitan untuk menghuraikan tentang unsur dramtik yang terdapat dalam dua buah novel yang ingin saudari kaji. Saudari bolehlah melihat perkara-kara yang mengugah jiwa atau dengan kata lain tindakan-tindakan watak utama sama ada dalam dialognya atau pun tindakannya kepada watak lain. Berkaitan dengan definisi tindakan watak oleh para sarjana sastera pula, tidak terdapat suatu pun pandangan konkrit tentang tindakan watak dalam sesebuah karya. Jika ada pun pandangan para sarjana adalah apabila mereka menyentuh sesebuah karya berdasarkan pendekatan Psikoanalisis. Dalam pendekatan tersebut, Sigmund Freud telah menghuraikan tingkah laku manusia (tindakan) berdasarkan id, ego dan superego. Berkaitan dengan pendekatan Psikoanalisi ini mungkin saudari boleh merujuk maklumat-maklumat yang terdapat di laman internet di bawah entri Sigmund Freud. | Lain-lain | 14.06.2010 |
Apakah terjemahan atau cadangan terjemahan bagi perkataan 'infeed'? Menurut Oxford Dictionaries, infeed (NOUN) mass noun 1 The action or process of supplying material to a machine. 1.1 count noun A mechanism which supplies material to a machine. Contoh ayat daripada Merriam-Webster: bottles go into the infeed of washing machine Terima kasih. | Tiada istilah yang khusus untuk perkataan 'infeed' dalam bahasa Melayu. Namun dicadangkan perkataan 'suapan' yang bermaksud tindakan membekalkan mesin dengan bahan yang akan dikerjakan. Terima kasih. | Istilah | 11.07.2017 |
1. Apa perbezaan makna perkataan 'layanan' dan 'perkhidmatan'? yang mana lebih sesuai digunakan untuk digunakan sebagai tagline sesuatu institusi yang memberikan 'servis' terbaik untuk pelanggan? 2. Bolehkan perkataan tindakan saranan digunakan serentak? Contoh ayat: Pihak ABC telah membentangkan status tindakan saranan yang dikemukakan oleh Ali. | 1. Terjemahan yang betul ialah "perkhidmatan" dan bukannya servis. 2. Perkataan saranan bermaksud cadangan, oleh itu tindakan cadangan tidak jelas maksudnya, kemungkinan tindakan untuk sebarang cadangan yang dikemukakan oleh seseorang. | Tatabahasa | 14.01.2010 |
1. Dalam menulis minit mesyuarat rasmi, bahagian TINDAKAN ditulis disebelah kanan atau kiri? 2. Tolong emelkan kpd saya contoh minit mesyuarat yang terkini | Menulis minit mesyuarat ada dua bentuk, iaitu dalam kotak dan tanpa kotak. Jika menggunakan bentuk dalam kotak, ruang TINDAKAN diletakkan di sebelah kanan (lajur akhir). Sekiranya ditulis menggunakan bentuk tanpa kotak, kenyataan TINDAKAN diletakkan di bawah teks atau perkara yang berkenaan. Contoh minit mesyuarat akan dihantar dalam tempoh terdekat. | Lain-lain | 18.01.2010 |
Ayat yang mana satukah menepati kehendak tatabahasa Melayu? Adakah ketiga-tiga ayat boleh diterima? Pohon penjelasan untuk jawapan tuan. 1) Perlindungan akan diberikan kepada orang yang membuat laporan daripada tindakan undang-undang. 2) Perlindungan daripada tindakan undang-undang akan diberikan kepada orang yang membuat laporan. 3) Perlindungan kepada orang yang membuat laporan daripada tindakan undang-undang akan diberikan. | Ayat yang gramatis ialah ayat kedua, Perlindungan daripada tindakan undang-undang akan diberikan kepada orang yang membuat laporan. | Tatabahasa | 19.06.2012 |