Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tin.dih] | تينديه

Definisi : bertindih 1. bersusun yg satu di atas yg lain, berlapis-lapis: beberapa fail tersusun bertindih-tindih di atas gerobok; ~ bangkai (mayat) bangkai (mayat) bertimbun-timbun; ~ bersusun bertompok bersusun-susun; ~ riba (dgn) = ~ paha (dgn) duduk berdekatan (berdampingan) dgn; jatuh ~ jatuh yg satu menghempap (menimpa) yg lain; 2. berasak-asak, berdekat-dekat, rapat-rapat (penuh sesak): berkampunglah segala isi negeri, sekalian itu habislah ia berkampung penuh sesak, bertindih-tindih; berjalan ~ berjalan berasak-asak (berjejal-jejal) rapat; duduk ~ (bertindih-tindih lutut) duduk rapat-rapat; 3. mencakupi atau meliputi aspek-aspek dsb yg sama atau serupa; tindih-bertindih saling menghimpit (meng-hempap); bertindihan tindih-bertindih; menindih 1. meletakkan sesuatu di atas: surat-surat di atas meja itu ditindih dgn sebuah buku supaya tidak berserakan ditiup angin; 2. menekan dr atas, menghempap, meng­himpit, menimpa: ahli gusti itu mere­bah­kan lawannya dan ~nya kuat-kuat; 3. ki menindas, memeras, menganiaya, menyusah­kan: di sini ada orang yg hidup dgn keuntung­an­nya dan ada yg hidup terus terlantar, yg satu ~ yg lain; yg rebah ditindih ki yg sudah malang (miskin) bertambah malang (miskin); ditindih yg berat, dililit yg panjang prb tidak berupaya melepaskan diri drpd kekuasaan orang (drpd kemalangan dll); tindih-menindih 1. hempap-menghempap, timpa-menimpa; 2. tindas-menindas, saling menganiaya; tertindih 1. menindih (atau ditindih) dgn tidak sengaja: dia disengat akibat ~ lipan apabila memusingkan badan; 2. ditindih (ditekan atau diasak dr atas), terhempap: dia ~ olehnya ketika mereka sedang nyenyak tidur; 3. ki mengalami kesusahan, tertekan, ter-himpit: barangkali limpahan batik fesyen baru di pasaran menyebabkan batik keluar­an syarikatnya ~; tindihan himpitan, tekanan, tindasan; ketindihan 1. tertindih, tertekan; 2. Jk tidak dapat bergerak-gerak ketika sedang tidur; pertindihan perihal atau keadaan menca­kupi atau meliputi aspek-aspek dsb yg sama: ~ fungsi; penindihan perihal menindih, penghimpit­an, penekanan, penindasan; penindih alat utk menindih (kertas, surat, dll): ~ kertas. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tin.dih] | تينديه

Definisi : ; bertindih 1 bersusun yg satu di atas yg lain; berlapis(-lapis): Pinggan kotor ~-tindih di dapur. 2 berasak-asak kerana orang terlalu banyak atau tem­pat terlalu sempit: Penumpang dlm bas itu ~-tindih. menindih 1 menekan ke bawah; menghimpit: Dlm pergelutan itu, Ahmad yg berbadan besar ~ lawannya. 2 menekan dgn sesuatu supaya tidak bergerak dsb; membubuh di atas sesuatu agar tidak berganjak dsb; menghimpit: Ia ~ kertas-kertas itu dgn buku supaya tidak berterbangan. 3 menindas atau menganiaya orang-orang yg lemah: Orang-orang tengah selalu ~ peniaga-peniaga kecil. menindihkan meletakkan sesuatu di atas sesuatu yg lain: Dia ~ sebuah buku yg tebal pd kertas-kertas itu. ketindihan 1 dlm keadaan ditindih; tertindih; terhimpit. 2 tidak dpt bergerak atau tidak dpt bangun ke­tika sedang berbaring walaupun dlm keadaan sedar utk bangun. pertin­dih­an hal bertindih. penindihan per­buatan (hal dsb) menindih atau me­­nin­dihkan. penindih alat utk menindih. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tindih
Kata Terbitan : bertindih-tindih, menindih, penindihan,

Puisi
 

Buah ketapi tindih-menindih,
     Buah kasinar dalam perahu;
Nak berlaki pilih-memilih,
     Nak anyam bujam pun tak tahu.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Besar hendak melanda,
     panjang hendak melindih.

Bermaksud :

Sesudah berkuasa lalu hendak bermaharajalela. lindih = tindih.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. Yang manakah betul? ( Saya sekeluarga / Saya dan keluarga berkelah di pantai Morib. 2. Apakah penjodoh bilangan yang sesuai untuk mangkuk yang disusun bertindih-tindih?1. Kedua-duanya betul.
2. Timbun, iaitu sesuatu yang disusun bertindih-tindih
Tatabahasa13.02.2012
Saya Abdulhakim Domolo,saya sedang belajar Bahasa Melayu dasar di Universiti Fatoni.Saya ingin bertanya DPB.Apakah maksud bertindih. Terimakasih.Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, bertindih bermaksud 1. bersusun yang satu di atas yang lain, berlapis-lapis: beberapa fail tersusun bertindih-tindih di atas gerobok; 2. berasak-asak, berdekat-dekat, rapat-rapat (penuh sesak): berkampunglah segala isi negeri, sekalian itu habislah ia berkampung penuh sesak, bertindih-tindih; 3. mencakupi atau meliputi aspek-aspek dan sebagainya yang sama atau serupa;.

Tuan bolehlah melayari www.prpm.dbp.gov.my bagi carian makna perkataan.
Tatabahasa08.09.2016
Salam Satu Malaysia, Apakah terjemahan bagi "super impose"? Sumber: www.merriam-webster.com/dictionary/superimpose Terima kasih.Untuk makluman istilah bahasa Melayu untuk "superimpose" ialah tindih. Istilah ini terdapat dalam bidang Komunikasi dan maksudnya ialah: Teknik mendedahkan lebih daripada satu imej di atas jalur filem yang sama supaya kelihatan serentak. Teknik ini dilakukan semasa proses penyuntingan.Istilah02.10.2013
Salam.Terima kasih kerana menjawab soalan saya sebelum ini.Soalan saya kali ini , antara setimbun ikan dengan selonggok ikan yang manakan lebih tepat.Mengapa.Timbun dan longgok sama maknanya, iaitu himpunan sesuatu yang bertindih-tindih. Oleh itu, setimbun ikan atau selonggok ikan kedua-duanya adalah betul.Tatabahasa29.07.2011
Apakah istilah yang sesui digunakan dalam konteks seni penghasilan tembikar berikut? 1) underglaze 2) overglaze

Istilah bidang kesenian untuk underglaze dan overglaze adalah seperti yang berikut:

       1) Underglaze = sepuh warna
2)  Overglaze = sepuh tindih

Istilah28.08.2018

Kembali ke atas