Salam sejahtera, tuan. 1. Menteri Pendidikan akan merasmikan seminar peringkat kebangsaan esok. Adakah ayat ini betul? Jika tidak, pembetulan ialah apa? 2. Baik Ali mahupun Ahman amat bagus dalam mata pelajaran Sejarah. 3. Pemandangan di Tanah Tinggi Cameron pada waktu senja amat indah nian. 4. Lencongan/Gangguan di hadapan menyebabkan Ah Meng tidak dapat meneruskan perjalanannya. 5. Segala gangguan/kesulitan amat dikesali oleh Pihak Jabatan Kerja Raya. 6. Perkara itu dikhuatiri akan menimbulkan gangguan kepada orang ramai. Adakah ayat ini betul? 7. Yi He menjalin/mencampurkan kedua-dua warna tersebut sebelum melakukan kerja-kerja mengecat. 8. a) Kumpulan ekspedisi berpeluang melihat jutaan kelawar yang muncul dari Gua Rusa pada sebelah petang. b) Kumpulan ekspedisi berpeluang menyaksikan berjuta-juta kelawar yang keluar dari Gua Rusa pada sebelah petang. Ayat manakah yang betul? 9. Kucing itu sakit, maka ia dibawa ke klinik haiwan. Adakah ia betul? Kalau tidak, apakah perkataan yang sesuai? 10. Tangannya meraba-raba/merayau-rayau mencari jarum yang jatuh ke lantai. Adakah ayat ini betul? Sekian, terima kasih. | Ayat yang betul dan sesuai digunakan adalah seperti yang berikut: - Menteri Pendidikan akan merasmikan seminar peringkat kebangsaan esok.
- Baik Ali, mahupun Ahman kedua-duanya amat bagus dalam mata pelajaran Sejarah. atau Ali dan Ahman amat bagus dalam mata pelajaran Sejarah.
- Permandangan di Tanah Tinggi Cameron pada waktu senja amat indah nian. (perkataan “nian” boleh diletakkan di hadapan atau di belakang kata adjektif).
- Lencongan/Gangguan di hadapan menyebabkan Ah Meng tidak dapat meneruskan perjalanannya.
- Sebarang kesulitan amat dikesali. (Jabatan Kerja Raya) Biasanya Jabatan Kerja Raya ditulis pada bahagian bawah sebelah kiri atau kanan papan tanda/teks.
- Perkara itu dikhuatiri akan menimbulkan gangguan kepada orang ramai.
- Yi He mencampurkan kedua-dua warna cat sebelum melakukan kerja mengecat.
- a) Kumpulan ekspedisi berpeluang melihat jutaan kelawar yang muncul dari Gua Rusa pada sebelah petang. b) Kumpulan ekspedisi berpeluang menyaksikan berjuta-juta kelawar yang keluar dari Gua Rusa pada sebelah petang. Kedua-dua perkataan “melihat” dan “menyaksikan” boleh digunakan dan sama maknanya.
- Kucing itu sakit, maka ia dibawa ke klinik haiwan. (“ia” boleh merujuk kepada kata ganti nama bukan manusia, selain kata ganti nama diri ketiga bagi manusia)
- Tangannya meraba-raba mencari jarum yang jatuh ke lantai.(Perkataan yang sesuai digunakan ialah “meraba-raba”, manakala perkataan “merayau-rayau” digunakan untuk menekankan “merayau”).
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021). | Tatabahasa | 15.07.2024 |
1)Made of high quality and non-toxic materials. No rusting and sharp edges. 1)Diperbuat daripada bahan berkualiti tinggi dan tidak melindungi toksik. Tidak berkarat dan berbucu tajam. 2)Removable 2)Boleh ditanggalkan. 3)Elastic wire rope for easy to stretch. 3)Tali dawai elastik untuk mudah meregangkan. 4)Safe, smooth design with one-handed open or close. Strong clasp that is gentle on baby clothes. 4)Reka bentuk yang selamat dan licin. Senang dibuka atau ditutup dengan satu tangan. Cengkaman kuat tetapi lembut pada pakaian bayi. Sekian terima kasih :) | Terjemahan yang sesuai adalah seperti berikut: 1)Diperbuat daripada bahan berkualiti tinggi dan tanpa toksin. Tidak berkarat dan berbucu tajam. 2)Boleh ditanggalkan. 3)Tali dawai elastik yang mudah diregangkan. 4)Reka bentuk yang selamat dan licin. Senang dibuka atau ditutup dengan menggunakan sebelah tangan. Kancing atau cangkuk yang kuat tetapi selamat pada pakaian bayi. | Makna | 18.10.2018 |
Adakah ‘kesenjangan’ merupakan perkataan asli Bahasa Melayu? Dan apakah makna sebenar bagi perkataan tersebut? | Kata senjang berasal daripada bahasa Minangkabau. Bahasa Minangkabau merupakan bahasa serumpun dengan bahasa Melayu di bawah rumpun Austranesia. Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) merakamkan makna senjang ialah: senjang سنجڠ Minangkabau kata adjektif 1 (berkenaan ukuran tinggi, lebar atau panjang) tidak sama antara satu sama lain; 2 (berkenaan kedudukan dua benda seperti lukisan, ukiran atau sulaman) tidak seimbang antara sebelah kiri dengan sebelah kanan; 3 (berkenaan pengantin, suami isteri atau saudara kembar) tidak sepadan dengan pasangannya; persenjangan ڤرسنجڠن kata nama hal menjadi senjang; kesenjangan کسنجڠن kata nama keadaan senjang. Oleh sebab itu, kata kesenjangan ialah keadaan yang tidak seimbang antara sesuatu, terdapatnya jurang. Penggunaan kata ini seperti dalam ayat berikut: Contoh 1: Usaha untuk merungkai masalah kemiskinan dan kesenjangan yang kian melebar perlu dipergiat. Contoh 2: Ketika ini, masih terdapat kesenjangan antara sekolah di kawasan bandar dan luar bandar. | Makna | 02.11.2024 |