| Adakah perkataan "gambar rajah" pangkal hurufnya ditulis dalam huruf besar? Yang manakah yang betul, no 1 atau no 2? 1) Alat Gu ini yang dimainkan dalam orkestra moden berdiameter kira-kira 68 sentimeter dan tingginya kira-kira 78 sentimeter (gambar rajah 4.9b) 2) Alat Gu ini yang dimainkan dalam orkestra moden berdiameter kira-kira 68 sentimeter dan tingginya kira-kira 78 sentimeter (Gambar Rajah 4.9b) | Ejaan yang betul ialah: Alat Gu ini yang dimainkan dalam orkestra moden berdiameter kira-kira 68 sentimeter dan tingginya kira-kira 78 sentimeter (Gambar Rajah 4.9b). | Ejaan | 09.05.2024 |
| adakah ayat di bawah ini betul dari segi tatabahasa & penggunaanya? DAULAT TUANKU MERAFAK SEMBAH UCAPAN TAHNIAH SETINGGI-TINGGINYA SEMPENA PERTABALAN SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG .................... SEMBAH TAKZIM DARIPADA AAA saya dahului dengan ucapan terima kasih | Selamat ptg: Mohon tuan/puan menulis mengikut format seperti yang berikut: DAULAT TUANKU, MERAFAK SEMBAH, UCAPAN TAHNIAH SETINGGI-TINGGINYA BERSEMPENA DENGAN PERTABALAN SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG, SEMBAH TAKZIM, DARIPADA | Lain-lain | 08.11.2016 |
| 1. ( Amboi , Wah ), merdunya suara penyanyi itu ! 2. ( Amboi , Wah ), tingginya Menara Kuala Lumpur ! 3. ( Amboi , Wah ), indahnya sungguh pemandangan Cameron Highlands ! Apakah jawapan yang betul ? Terima kasih. | Kata seru "wah" ialah kata seru untuk menyatakan kehairanan (terkejut, kagum, dan sebagainya), contoh: Wah, dahsyat sungguh!. Manakala kata seru "Amboi" ialah kata seru untuk menyatakan rasa hairan (kasihan dan sebagainya) atau untuk mengusik seseorang: Amboi, lajunya kereta ini! Amboi cantik sungguh awak hari ini! dan sebagainya. | Tatabahasa | 30.09.2009 |
| bagaimana hendak membezakan pgunaan 'aras' 'tahap' dan peringkat.? | 1. Aras bermakna a) Had tingginya sesuatu permukaan air dsb; paras; takat. Contoh ayat: Aras air sampai ke lutut dalamnya. b) Permukaan air. Contoh ayat: Kerana hujan lebat, aras air Sungai Gombak naik satu meter. 2. Tahap bermaksud had atau takat dlm sesuatu usaha (projek dll); Ia sinonim dengan peringkat; tingkat. Contoh ayat: Pemikirannya sudah sampai ke tahap yg begitu tinggi; 3. Peringkat bermaksud: a) Had yg dicapai dlm sesuatu usaha; susunan mengikut kemajuan yg dicapai; tingkat kemajuan; tahap. Contoh ayat: Kerja menanam padi itu dibahagikan kpd beberapa peringkat. b) Kedudukan mengikut tarafnya atau tingkatannya: Rundingan mengenai pertahanan Asia Tenggara pd peringkat menteri akan diadakan tidak lama lagi. | Makna | 29.06.2015 |
| Boleh jelaskan penggunaan tepat kata aras dan paras; contohnya ~ bahu, laut, dsb | Aras bermakna a) a) Had tingginya sesuatu permukaan air; paras; takat. Contoh ayat: Beberapa meter padu air mesti dipamkan ke dalam kolam yang panjangnya 25 meter, lebarnya 15 meter, supaya aras air naik satu meter. b) b) Permukaan air. Contoh ayat: Kerana hujan lebat, aras air Sungai Kota Tinggi naik tiga meter. Paras bermakna a) a) Sama rata permukaannya; tidak tinggi rendah. Contoh ayat: Gambar itu tergantung pada paras bahu. b) b) Aras; had yang menunjukkan dalam atau tingginya sesuatu; takat. Contoh ayat: Ali berendam sehingga paras dada. | Makna | 11.01.2021 |
| Apakah perbezaan dari segi penggunaan perkataan 'mengatakan' dengan 'menyatakan'? | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, menyatakan bermaksud menjadikan nyata, menerangkan, menjelaskan: di dlm buku ini ada dinyatakan dgn ringkas perihal mengubat penyakit yg biasa terjadi; 2. menampakkan, menunjukkan: Ya Tuhanku, hendaklah engkau ~ kebesaran-Mu akan hamba-Mu; 3. memberitahu, melaporkan, memaklumkan: Ismail berjumpa dgn pegawai tingginya utk ~ ketibaannya; berkali-kali ia ~ keinginannya hendak bertukar kerja. Manakala dalam Kamus Pelajar Edisi Kedua, mengatakan ialah memberitahukan; menceritakan: Dia ~ bahawa dia akan berangkat besok. 2 mengeluarkan kata-kata; mengucapkan; menuturkan: Dia tidak pernah ~ bahawa dia pandai. 3 menyifatkan; memisalkan: Ali ~ Ahmad sbg kambing kerana dia takut mandi. | Makna | 23.04.2014 |