Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ting.kap] | تيڠکڤ

Definisi : lubang angin (di dinding rumah dll) yg boleh dibuka dan ditutup, jendela: jika banyak ~ banyaklah udara yg dapat keluar masuk; ~ kipas tingkap yg memakai ram-ram atau bidai (tabir); ~ magun a) tingkap pd bahagian atas dinding atau bumbung rumah dsb utk dimasuki angin atau cahaya, jendela langit; b) tingkap yg tetap dan tidak dibuka-buka pd perahu, kapal dsb, jendela langit; ~ panjang tingkap di sepanjang serambi (beranda); ~ penangguh tingkap di bahagian dapur rumah; ~ peranginan tingkap di bumbung utk dimasuki angin; ~ tela tingkap utk masuk cahaya utk menerangi tela atau ruang rumah; meningkap melihat dr tingkap; tingkapan tingkap kecil, lubang utk angin masuk. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ting.kap] | تيڠکڤ

Definisi : lubang angin di dinding rumah (terdiri drpd berbagai-bagai bentuk) yg dpt dibuka dan ditutup; jendela. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tingkap (kata nama)
Bersinonim dengan jendela, lubang angin, tabuk, loket, ram.,

Puisi
 

Cik Mahat tukang rumah,
     Cik Ali tukang tingkap;
Minta maaf seisi rumah,
     Minta izin saya cakap.


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
AsSalam, Antara yang berikut, yang manakah penggunaan ayat yang betul? 1. ... melihat keluar dari tingkap 2. ... melihat keluar daripada tingkap 3. ... melihat ke luar tingkap 4. ... melihat keluar tingkap Terima kasih... melihat ke luar tingkap.Tatabahasa06.04.2011
Soalan : Apabila hari mulai hujan, saya telah menutup semua tingkap dan pintu. Apakah jawapan yang sesuai? Apabila hari mulai hujan, semua tingkap dan pintu telah saya tutup. Atau Semua tingkap dan pintu telah saya tutup apabila hari mulai hujan.Ayat asal ayat ini ialah Saya menutup semua tingkap dan pintu apabila hari mulai hujan. Apabila disongsangkan ayat ini menjadi Apabila hari mulai hujan, saya menutup semua tingkap dan pintu.Tatabahasa05.08.2015
1. Ali mengelap tingkap dengan bersih. 2. Ali mengelap tingkap supaya bersih. Ayat manakah yang betul?Ayat yang betul ialah Ali mengelap tingkap supaya bersih.

Penambahan kata supaya merupakan kata  keterangan harapan, yang berfungsi menerangkan sesuatu perbuatan  yang dihajati atau diharapkan.
Tatabahasa17.03.2013
Assalamualaikum dan salam seahtera, Saya ingin bertanya, apakah perbezaan bagi perkataan 'jendela' dan 'tingkap'? Bolehkah perkataan 'jendela' digunakan bagi merujuk tingkap kereta? Contoh ayat: Melalui jendela kereta yang terbuka, Lina menikmati pemandangan indah di luar keretanya.Mengikut Kamus Dewan, jendela diberikan makna tingkap dan entri tingkap diberikan makna jendela.  Maka penggunaan kedua-duanya boleh saling bertukar ganti.Makna15.04.2014
Apakah jawapan ayat pasif bagi soalan berikut? Apabila hari mulai hujan, saya telah menutup semua tingkap dan pintu. Terima kasih.Frasa yang boleh dipasifkan ialah "saya telah menutup semua tingkap dan pintu" menjadi "semua tingkap dan pintu saya tutup".Tatabahasa04.08.2015
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya ingin bertanya, apakah perbezaan maksud bagi perkataan 'jendela' dan 'tingkap'? Bolehkah perkataan 'jendela' digunakan untuk merujuk kepada 'tingkap' kereta? Contoh ayat: Melalui jendela kereta yang terbuka, Lina menikmati pemandangan indah di luar.Mengikut Kamus Dewan, jendela diberikan makna tingkap dan entri tingkap diberikan makna jendela.  Maka penggunaan kedua-duanya boleh saling bertukar ganti.Makna15.04.2014
Daun tingkap rumahnya tutup rapat. Adakah ayat ini betul?Ayat contoh yang diberikan betul kerana tutup sama maksudnya dengan tertutup atau tidak terbuka.Tatabahasa21.11.2012
Salam.. saya ingin bertanya apakah makna yang tepat untuk 'fountain' ? Yang mana berikut adalah jawapan yang betul :- a) Air pancut itu berada diluar tingkap b) Pancuran air itu berada diluar tingkap c) Air pancuran itu berada diluar tingkap Diharap pihak tuan dapat berikan jawapan serta penjelasan . Terima kasihSoalan tuan/puan akan dipanjangkan ke Bahagian Peristilahan untuk dijawab.  Jawapan mungkin mengambil masa dan akan dikirim melalui e-mel.  Terima kasih.Istilah29.10.2014
ALI MENGELAP TINGKAP DENGAN SEHELAI KAIN BASAH.ALI MENGELAP TINGKAP DENGAN SEHELAI KAIN YANG BASAH.Lain-lain21.03.2011
1. Pepohon buluh? 2. Jejari tingkap itu sudah berpaku. (adakah ayat ini betul?)Pepohon bermakna pohon-pohon.
Ayat jejari tingkap itu sudah berpaku adalah betul.  Jejari bermasud kisi-kisi pada jendela.
Lain-lain22.07.2014
123

Kembali ke atas