Penggunaan Tatabahasa Ayat: 1. Semua pelajar tingkatan 1, 2, 3, dan 4 diwajibkan menggunakan pakaian seragam sekolah yang lengkap. 2. Semua pelajar tingkatan 1, tingkatan 2, tingkaan 3, dan tingkatan 4 diwajibkan menggunakan pakaian seragam sekolah yang lengkap Soalan: Ayat mana yang betul, 1 atau 2?. Apakah kesalahannya? Terima kasih. | Kedua-duanya betul dan gantikan perkataan menggunakan kepada memakai. | Tatabahasa | 07.02.2012 |
Kata Nama - penggunaan kata nama yang betul...tingkatan tiga teratai @ Tingkatan Tiga Teratai? | Tingkatan Tiga Teratai ialah kata nama khas. | Tatabahasa | 26.01.2011 |
Bagaimanakah cara penulisan dalam esei untuk i. Guru Besar/guru besar ii. Guru Tingkatan/guru tingkatan iii. dibankkan/membankkan? iv. dicop/dicap? v. Tanda baca (:-) sering digunakan dalam penulisan. (penyenaraian). Tetapi apabila saya rujuk saya tidak menjumpai tanda baca tersebut. vi. Contoh tanda baca dalam penyenaraian - Antara ciri-ciri tersebut: 1. Xxxxxxxxxxxxx; 2. Xxxxxxxxxxxxx; dan 3. Xxxxxxxxxxxxx. atau Kita gunakan noktah pada setiap akhir ayat? Terima kasih. | Ejaan yang betul ialah: i. guru besar ii. guru tingkatan iii. dibankkan/membankkan - tidak ada contoh penggunaan kedua-dua kata ini, jika merujuk transaksi yang dilakukan boleh menggunakan perkataan lain seperti diamsukkan ke bank iv. dicap v. Penggunaan tanda baca yang betul ialah titik bertindin (:) atau sempang (-) vi. Contoh tanda baca dalam penyenaraian - Antara ciri-ciri tersebut: 1. Xxxxxxxxxxxxx; 2. Xxxxxxxxxxxxx; dan 3. Xxxxxxxxxxxxx. Penggunaan tanda baca dalam contoh ini betul. | Tatabahasa | 06.12.2011 |
BERIKUT YANG MANAKAH ADALAH BETUL? (A) Pelajar Lepasan Tingkatan 5 (B) Lepasan Tingkatan 5 Adakah kedua-dua betul? Saya tidak dapat pasti. Sekian. | Ejaan yang betul ialah "Pelajar lepasan tingkatan 5". | Tatabahasa | 06.07.2011 |
ejaan bagi panggilan tuan pengetua(KNA atau Tuan Pengetua(KNK)? keliru juga dengan ejaan bagi jawatan tertentu seperti Penyelaras Tingkatan Enam atau penyelaras tingkatan enam,bagaimana nak bezakannya? terima kasih | Kata nama pengetua dan penyelaras tingkatan enam dianggap sebagai kata nama am. Oleh itu ejaan kedua-dua kata/kata majmuk tersebut ditulis dengan huruf kecil. | Tatabahasa | 22.03.2011 |
TUAN/PUAN, ADAKAH DBP YANG MEMILIH BAHAN SASTERA YG DIGUNAKAN DLM PENGAJARAN BAHASA MELAYU TINGKATAN 1 HINGGA TINGKATAN 5 SEPERTI YG ADA SEKARANG? BETULKAH BAHAN2 SASTERA ITU AKAN DITUKAR? JIKA BENAR BILA DAN APAKHAH BAHAN2 YG BARU ITU? | Bahan sastera untuk KOMSAS diuruskan oleh Biro Buku Teks oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Pihak KPM telah melantik panel berwibawa untuk menentukan bahan-bahan tersebut. Untuk pengtahuan saudari, KOMSAS yang adakan hari ini akan ditukar dengan teks yang baru bermula pada tahun 2010. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 14.04.2009 |
Kajian tentang penggunaan internet dalam kalangan pelajar Tingkatan Empat telah dijalankan oleh Professor Ahmad. Adakah ejaan Tingkatan Empat mesti ditulis dalam huruf besar pada awal perkataan | Tingkatan empat dalam ayat tersebut bukan nama khas, oleh itu huruf pertamanya ditulis dengan huruf kecil sahaja. | Tatabahasa | 28.05.2010 |
Kekurangan buku panduan guru terbitan DBP untuk matapelajaran Bahasa Inggeris Tingkatan 1- 5 dan matapelajaran pendidikan moral Tingkatan 1,2,4 dan 5. Sekian . Terima kasih | Salam Sejahtera. Berkenaan soalan saudara.Dewan Bahasa dan Pustaka tidak menerbitkan buku Panduan Guru Tingkatan 1-5 kerana buku tersebut diterbitkan oleh penerbit luar.Bagi buku Panduan Guru matapelajaran Moral Tingkatan 1,2,4 dan 5 buku ini merupakan terbitan DBP, setiap sekolah dibekalkan sebanyak lima naskhah BPG pada bekalan pertama buku baharu. Jika berlaku kekurangan mungkin disebabkan perkara berikut: Buku tersebut tidak dipulangkan oleh guru terdahulu kepada pihak sekolah atau sememangnya tidak dibekalkan oleh pengedar, walaupun arahan telah dibuat. Perkara ini boleh dirujuk kepada Bhg. PKS atau Bhg Kewangan Dewan Bahasa dan Pustaka. Sekian | Lain-lain | 09.04.2008 |
ingin mengetahui tentang biodata pengarang buku teks pendidikan syariah islamiah tingkatan 5 dan buku teks pendidikan al-quran dan sunnah tingkatan 5 | Berkaitan dengan biodata penulis buku Teks Pendidikan Syariah Islamiah dan Pendidikan al Quran dan al Sunnah Tingkatan 5 ,biodata penulis tidak boleh diberikan kerana maklumat tersebut adalah sulit. | Lain-lain | 06.07.2009 |
Asalamualaikum, Saya ingin kepastian beza diantara maksud perkataan guru kelas, guru tingkatan dengan guru bilik darjah. | Penggunaan istilah guru kelas, guru tingkatan dan guru bilik darjah bergantung pada konteks sekolah. Istilah guru kelas boleh digunakan untuk sekolah rendah dan sekolah menengah. Bagi guru tingkatan pula, digunakan untuk sekolah menengah. Jika sekolah rendah, digunakan guru bilik darjah. | Istilah | 26.02.2010 |