Apakah terjemahan yang paling sesuai bagi istilah "Salary Market Surveys"? Adakah "Tinjauan Pasaran Gaji" atau "Kaji Selidik Pasaran Gaji"? Apakah perbezaan antara perkataan 'tinjauan" dan "kaji selidik"? | Untuk terjemahan yang tepat, mohon saudara hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia 03-21424381. Maksud "tinjauan" ialah "perbuatan meninjau", manakala maksud "kaji selidik" pula ialah "kegiatan atau usaha untuk mengkaji dan menyelidik untuk mengetahui kedudukan disebabkan sesuatu yang nyata. | Penyemakan dan penterjemahan | 08.09.2014 |
Penggunaan 'ramalan cuaca' ataupun 'tinjauan cuaca' lebih tepat dan kenapa? P/S Ini juga merujuk kepada perbezaan 'forecast' dan 'observation'. | Bergantung pada konteks makna yang dimaksudkan sama ada mengambil makna forecast atau observation. Forecast diterjemahkan kepada ramalan; manakala observation diterjemahkan kepada pencerapan atau tinjauan. | Penyemakan dan penterjemahan | 10.08.2017 |
KEPADA DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA SETELAH BUAT TINJAUAN DI PASARAN, SAYA MENEMUI BUKU-BUKU ILMU PENGETAHUAN DENGAN BAHASA MELAYU ADALAH TERLALU KURANG, DEMI MEMENUHI SUMBER PENYURATAN BAHASA MELAYU DAN MENGUKUHKAN KEDUDUKAN BAHASA MELAYU, SAYA BERMINAT MENJADI PENERBIT BUKU BAHASA MELAYU, TETAPI SAYA TIDAK ADA PENGALAMAN DALAM BIDANG INI. SAYA INGIN MEMBUAT SATU TEMPAHAN DENGAN PIHAK TUAN, UNTUK BERBINCANG PERKARA TERSEBUT, SAYA BERHARAP BOLEH MELAWAT DBP PADA JUMAAT INI. TERIMA KASIH. | Terima kasih kerana mempunyai semangat yang tinggi untuk mengukuhkan kedudukan bahasa Melayu. Untuk soalan ini tuan boleh menghubungi Pengarah Jabatan Penerbitan DBP melalui nombor ini: 03 21479393. | Lain-lain | 12.02.2014 |
Apakah istilah untuk "Market Insight" dalam Bahasa Melayu? Bolehkah "Tinjauan Pasaran" atau "Penelitian Pasaran" digunakan? Sekian, terima kasih. | Istilah market Insight masih belum ada dalam pangkalan data kami. Cadangan yang sesuai bagi istilah Market Insight ialah Matlamat Pasaran | Makna | 17.04.2017 |
Tuan/Puan, Mohon cadangan penterjemaahan yang sesuai untuk 'observation deck' dalam bahasa Malaysia; dek tinjauan atau tingkat pemerhatian? Terima kasih | Untuk makluman, tidak ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "observation deck". Walau bagaimanapun, terdapat istilah "observation platform" yang padanan bahasa Melayunya ialah pelantar tinjau. Oleh itu, istilah bahasa Melayu yang dicadangkan untuk "observation deck' ialah dek tinjau atau dek pemerhatian. | Istilah | 27.02.2013 |
maksud taakul | Taakul: hal membuat pertimbangan dan penilaian dgn menggunakan akal, tinjauan akal; | Makna | 01.07.2009 |
INGIN MENGETAHUI BAHASA DAN PERCAKAPAN MELAYU RAWA DI MALAYSIA? | Sdr. boleh merujuk kepada artikel berjudul "Satu tinjauan ringkas tentang fonologi dialek Rawa tulisan Mohd. Tajudin Noordin dalam majalah Dewan Bahasa jil. 19 bil 2 (Feb.) 1975 yang membincangkan dialek Rawa di Gopeng, Perak. | Lain-lain | 01.08.2007 |
Tajuk kajian dalam bahasa inggeris adalah: "TRANSLATION AND VALIDATION OF TEAMWORK SURVEY QUESTIONNAIRE (TSQ) FOR MALAYSIAN HEALTHCARE SERVICES" dan telah ditukarkan ke bahasa melayu dengan tajuk: BORANG SOAL SELIDIK KAJIAN TRANSLASI DAN PENGESAHAHSAHIHAN ALAT TINJAUAN KERJA BERPASUKAN UNTUK PERKHIDMATAN JAGAAN KESIHATAN MALAYSIA soalan saya: Adakah penggunaan VALIDATION kepada PENGESAHSAHIHAN itu tepat atau penggunaan KESAHIHAN lebih tepat dalam konteks tajuk di atas? Terima kasih. | Terjemahan untuk "VALIDATION" dicadangkan "PENGESAHSAHIHAN". Cadangan terjemahan tajuk kajian tersebut ialah TERJEMAHAN DAN PENGESAHSAHIHAN TINJAUAN BORANG SOAL SELIDIK KERJA BERPASUKAN BAGI PERKHIDMATAN JAGAAN KESIHATAN MALAYSIA. | Penyemakan dan penterjemahan | 19.08.2015 |
Tuan Salam Sejahtera Dimaklumkan bahawa saya sedang membuat kajian selidik berkenaan dengan hubungan mediation (model mediation) yang melibatkan 2 mediator. Melalui tinjauan literature, sesetangah journal dalam bahasa melayu telah menggunakan terus perkataan "mediation; mediator; model multiple mediation" tanpa translate kepada "pengantara". Boleh saya dapatkan jasa baik pihak tuan dalam perkara ini. Adakah boleh atau sesuai jika saya menggunakan terus perkataan mediation/mediator dalam karya penulisan saya ? Memandangkan penggunaan perkataan mediation lebih jelas dan senang difahami dalam penganalisisan. Sekian, terima kasih. | Dalam penghasilan jurnal bahasa Melayu, tuan digalakkan menggunakan bahasa Melayu yang betul dan tiada penggunaan percampuran dengan bahasa lain. Dalam data kami, "mediation" diterjemahkan kepada usaha damai atau pengantaraan manakala mediator ialah pengantara. | Tatabahasa | 29.08.2013 |
Kajian tentang pembelajaran bahasa kedua | Isu tentang bahasa kedua ini banyak dibincangkan dalam seminar bahasa atau linguistik, makalah dan buku. Sesuatu yang bersifat kajian memerlukan pembacaan yang banyak, penelitian dan tinjauan. Sila rujuk buku antaranya Pengajaran Bahasa Kedua, tulisan Shinta Darma dan rencana Persoalan Bahasa Kedua di Malaysia, tulisan Puan Ainon Mohammad, Berita Harian (28/10/1985) | Lain-lain | 31.10.2010 |