Salam sejahtera. Saya ingin bertanya terjemahan tepat bagi 1. Bespoke survey 2. Visioning workshop Saya memeriksa dan dapati 1. Bespoke survey merujuk kepada survey yang telah dipesan terlebih dahulu. Saya tidak pasti apa panggilan khas perkataan ini dalam Bahasa melayu. 2. Visioning workshop merujuk kepada Bengkel Wawasan tetapi saya tidak pernah menemui perkataan ini. Bolehkah saya mendapatkan penjelasan lanjut? Tkasih. | Padanan bagi istilah bespoke survey ialah tinjauan reka khas; tinjauan khusus.Padanan bagi istilah visioning workshop ialah bengkel wawasan.Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.
| Istilah | 12.08.2022 |
1) Apa maksud PENERAMA & PENEROMA? 2) Adakah perkataan- perkataan di atas wujud? sekia, terima kasih. | Kedua-dua istilah ini tidak terakam dalam mana-mana sumber rujukan kami ataupun Kamus Dewan. Yang ada ialah panorama yang ditakrif sebagai 1. pemandangan yg luas terbentang dan tidak terhalang atau terganggu: mata temannya merenungi ~ pergunungan Lompo Battang; 2. tinjauan yg menyeluruh atau komprehensif terhadap sesuatu perkara (keadaan, situasi dsb): ~ sejarah bahasa Arab selama 2000 tahun; 3. gambaran yg luas tentang suatu siri peristiwa yg sentiasa berubahubah: ~ perubahan manusia sejak beribu-ribu tahun. | Makna | 19.02.2009 |
Tajuk kajian dalam bahasa inggeris adalah: "TRANSLATION AND VALIDATION OF TEAMWORK SURVEY QUESTIONNAIRE (TSQ) FOR MALAYSIAN HEALTHCARE SERVICES" dan telah ditukarkan ke bahasa melayu dengan tajuk: BORANG SOAL SELIDIK KAJIAN TRANSLASI DAN PENGESAHAHSAHIHAN ALAT TINJAUAN KERJA BERPASUKAN UNTUK PERKHIDMATAN JAGAAN KESIHATAN MALAYSIA soalan saya: Adakah penggunaan VALIDATION kepada PENGESAHSAHIHAN itu tepat atau penggunaan KESAHIHAN lebih tepat dalam konteks tajuk di atas? Terima kasih. | Terjemahan untuk "VALIDATION" dicadangkan "PENGESAHSAHIHAN". Cadangan terjemahan tajuk kajian tersebut ialah TERJEMAHAN DAN PENGESAHSAHIHAN TINJAUAN BORANG SOAL SELIDIK KERJA BERPASUKAN BAGI PERKHIDMATAN JAGAAN KESIHATAN MALAYSIA.1"> | Penyemakan dan penterjemahan | 19.08.2015 |
Gangguan dalam penggunaan bahasa dan permasalahan dalam pertembungan bahasa | Sila rujuk bahan dibawah : 1. 1" cellspacing="0" cellpadding="0" style="background-image: url('image/picture/pdm2.JPG'); width: 100%; border-collapse: collapse; background-color: white; border: #e7e7ff 1px" id="Datagrid2" bordercolor="#e7e7ff">Gangguan bahasa dan model bahasa | 1&Kata=Abdul Aziz Abdul Talib">Abdul Aziz Abdul Talib | Pelita Bahasa | | 01/11/1990 | 1" cellspacing="0" cellpadding="0" style="background-image: url('image/picture/pdm2.JPG'); width: 100%; border-collapse: collapse; background-color: white; border: #e7e7ff 1px" id="Datagrid2" bordercolor="#e7e7ff">Bahasa Melayu di Malaysia: satu tinjauan tentang perkembangan danmasalahnya | 1&Kata=Awang Sariyan">Awang Sariyan | Dewan Bahasa | | 01/04/1987 | | Lain-lain | 07.08.2008 |
2 soalan : 1) kesan pertembungan bahasa 2) elemen struktur sastera kanak-kanak dan remaja | . Jawapan kepada pertanyaan puan memerlukan kajian dan penyelidikan kepustakaan. Kami cadangkan puan membuat rujukan di perpustakaan atau di Pusat Dokumentasi Melayu, DBP. Antara bahan yang boleh dijadikan rujukan ialah makalah yang diterbitkan di dalam majalah Pelita Bahasa dan Dewan Bahasa bertajuk 'Gangguan Bahasa dan Model Bahasa oleh Abdul Aziz Abdul Talib dan 'Bahasa Melayu di Malaysia: Satu Tinjauan tentang Perkembangan dan Masalahnya' oleh Awang Sariyan. Walau bagaimanapun, kami memberikan penerangan awal mengenai pertembungan bahasa, iaitu merupakan keadaan sosiobudaya yang memungkinkan sesuatu bahasa mempengaruhi bahasa lain. Pertembungan bahasa terjadi di seluruh dunia, apa lagi di Nusantara yang kaya dengan pelbagai bahasa dan pelbagai kemungkinan. Pertembungan dua bahasa di sesuatu daerah akan menghasilkan beberapa gejala sosiolinguistik. 2. Jawapan kepada pertanyaan puan memerlukan kajian dan penyelidikan kepustakaan. Kami cadangkan puan membuat rujukan di perpustakaan atau di Pusat Dokumentasi Melayu, DBP. | Lain-lain | 06.04.2014 |
pertembungan bahasa 1. sejarah pertembungan bahasa. 2. kesan pertembungan bahasa. 3. kesan pertembungan bahasa kepada masyarakat | Saudara Yie, Jawapan kepada pertanyaan saudara memerlukan kajian dan penyelidikan kepustakaan. Kami cadangkan saudara membuat rujukan di perpustakaan di tempat saudara atau di Pusat Dokumentasi Melayu, DBP. Antara bahan yang boleh dijadikan rujukan ialah makalah yang diterbitkan di dalam majalah Pelita Bahasa dan Dewan Bahasa bertajuk 'Gangguan Bahasa dan Model Bahasa oleh Abdul Aziz Abdul Talib dan 'Bahasa Melayu di Malaysia: Satu Tinjauan tentang Perkembangan dan Masalahnya' oleh Awang Sariyan. | Lain-lain | 22.07.2009 |
Assalamualaikum wbt, Tuan/Puan, Apakah padanan yang paling sesuai untuk istilah-istilah berikut dalam Bahasa Melayu? 1. Citations 2. Faculty 3. Peer review Istilah-istilah ini digunakan dalam sistem Quacquarelli Symonds World University Rankings namun saya kurang pasti apakah padanan yang paling sesuai untuk istilah-istilah ini dalam Bahasa Melayu. Sila rujuk lampiran berikut untuk pemahaman lanjut. Semoga pihak DBP dapat membantu saya. Sekian, terima kasih. Wassalam. | Cadangan terjemahan kami adalah seperti yang berikut: (i) ctations - kutipan (ii) faculty - fakulti (iii) peer review - kajian/tinjauan semula setara Jika bersesuaian dengan konteks penggunaannya, terjemahan ini boleh digunakan. | Penyemakan dan penterjemahan | 08.10.2015 |
1. Apakah maksud peribahasa "hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri"? 2. Bagaimanakah untuk menggunakan perkataan "merencanakan" serta perkataan "sarwajagat"? 3. Apakah laman web yang mengandungi senarai istilah yang boleh digunakan?seperti yang terdapat dalm peperiksaan SPM...ataupun mungkin di sini terdapat .. | 1. Maksud peribahasa tersebut ialah walau bagaimanapun mewah dan makmurnya negeri orang, namun negeri sendiri juga yang lebih baik. 2. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, merencanakan digunakan seperti yang berikut: 1. mengarang (cerita dll), menghuraikan, menceritakan: maka adalah kurencanakan dalamnya dr zaman moyangku sampai ke masa aku; tidak dapat kurencanakan bagaimana rasa hatiku, marah, sedih, benci, dll; tidak semua kejadian yg direncanakan dlm cerita ini sebenarnya berlaku; 2. menyusun laporan (keterangan, minit, dll): hasil tinjauan tentang kemahuan penduduk Malaysia Timur yg direncanakan oleh rombongan peninjau Bangsa-Bangsa Bersatu dlm laporannya kpd U Thant, diterima baik oleh Kuala Lumpur; 3. menyusun atau membuat rancangan (program dll), merancang: ia meminta kepadaku utk ~ suatu projek perumahan Bupati; dua jurusan penggempuran direncanakan, pasukan Amerika mendarat di Afrika Barat dan Inggeris di Mesir; 4. mengucapkan perkataan (ayat dll) supaya ditulis oleh orang lain: apa yg direncanakan oleh pengurus itu ditulis oleh setiausahanya dlm tulisan trengkas; manakala sarwajagat :(bersifat) sejagat, universal, meliputi seluruh dunia, alam semesta: unsur-unsur yg mendukung idea atau konsep keindahan sastera ~; menghadapi teknologi komunikasi yg bersifat ~; kesarwajagatan keadaan sejagat: kertas kerja yg membahaskan ciri-ciri kebudayaan Islam dgn menitikberatkan ~. 3. Sdr. boleh menggunakan enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). PRPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sila layari prpm.dbp.gov.my/">www.prpm.dbp.gov.my dan memasukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari". | Istilah | 01.08.2010 |
makna kepimpinan dan pemimpin -ciri-ciri kepimpinan -kebaikan dan keburukannya -bila ianya sesuai digunakan -pemerintahan autokratik | Sila rujuk bahan ini : 1. Komunikasi untuk pemimpin Abdullah Hassan PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd. 2001 . 2. Panduan Untuk Pemimpin John H. Zenger McGraw-Hill 2005 3. Pemimpin era globalisasi Husin @ Ibrahim Mamat Dewan Bahasa dan Pustaka 2007 . 4. Pemimpin ideal dalam Islam Hafidhuddin, Didin Pustaka Zaman 2000 Teknik Kepemimpinan Auren Uris Dewan Bahasa dan Pustaka 1980 5. Wawasan dan kepemimpinan : nilai dan strategi ke arah Wawasan 2020 Yeoh, Micheal Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad 2003 6. Prinsip perlembagaan & pemerintahan di Malaysia Mohd Salleh Abas, Tun Dewan Bahasa dan Pustaka 2006 7. Sistem pemerintahan dan pentadbiran barat : suatu tinjauan Ahmad Atory Hussain Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 1996 | Lain-lain | 31.07.2007 |
Salam sejahtera Saya ingin mendapatkan padanan dalam Bahasa Melayu yang sesuai bagi perkataan-perkataan berikut: 1. Waste Watcher 2. Waste Watcher Business Support 3. Emitter of CO2 gas 4. Different points of preparation 5. Leftovers and trimmings 6. Waste insights and Waste Trends 7. False transactions 8. High sensitivity 9. Dummy weight to enact waste 10. Spoilage area 11. Choose applicable item/category Untuk pengetahuan puan, ini adalah dalam konteks pembuangan sisa makanan dan tentang mesin yang merekod dan mengira pembuangan sisa makanan. Terima kasih. | Kami mencadangkan padanan seperti berikut: 1) "Waste Watcher": Pemerhati Sisa Buangan 2) "Waste Watcher Business Support": Penyokong Perniagaan Pemerhati Sisa Buangan 3) "Emitter of CO2 gas": Pemancar Gas Karbon Dioksida 4) "Different points of preparation": Pelbagai Jenis Penyediaan 5) "Leftovers and trimmings": Baki dan Reja 6) "Waste insights and Waste Trends": Tinjauan dan Kecenderungan Sisa Buangan 7) "False transactions": Urus Niaga Palsu/Transaksi Palsu 8) "High sensitivity": Kepekaan Tinggi 9) "Dummy weight to enact waste": Berat Palsu untuk Menghasilkan Sisa Buangan 10) "Spoilage area": Kawasan Perosak 11) "Choose applicable item/category": Pilih Kategori/Barangan Boleh Guna Padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. | Istilah | 16.07.2021 |