makna tipikal? | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, tipikal bermaksud 'bersifat seperti yang lazim terdapat, merupakan contoh sesuatu jenis (golongan dan sebagainya), biasa'. Contoh: Watak Pak Pandir yang secara tipikal mewakili orang yang dungu. | Makna | 08.03.2013 |
Assalamualaikum. Saya ingin bertanya apakah yang dimaksudkan dengan tipikal? | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, tipikal bermaksud 'bersifat seperti yang lazim terdapat, merupakan contoh sesuatu jenis (golongan dan sebagainya), biasa'. Contoh: Watak Pak Pandir yang secara tipikal mewakili orang yang dungu. | Makna | 26.01.2012 |
mengapakah istilah 'klasik' merujuk kepada kesusasteraan Melayu klasik lebih sesuai digunakan berbanding istilah lama atau tradisional? | Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat makna klasik 1. serius dan abadi nilainya; dia tidak gemar kpd muzik ~; 2. tertinggi mutunya dan menjadi standard kpd yg lain: sajak-sajak yg demikianlah suatu ciptaan seni yg sempurna, berhak disebut sbg sesuatu yg ~; 3. (pakaian, reka bentuk, dsb) yg mempunyai gaya yg sederhana dan tidak berubah mengikut masa: mereka mementingkan gaya baru tetapi ~; 4. mempunyai ciri-ciri atau sifat-sifat yg lazim (tipikal): satu contoh ~ ialah Persidangan Undang-Undang Laut. Makna tradisional mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat ialah berkaitan dgn, bersifat, atau mengikut tradisi: dlm kesusasteraan lama gaya bahasa dan teknik bercorak ~; masyarakat ~ masyarakat yg mengamalkan cara hidup yg turun-temurun; Oleh itu berdasarkan makna kedua-dua perkataan ini makna kesusasteraan klasik dan kesusasteraan tradisional adalah dua perkara berbeza. | Makna | 21.04.2009 |
Saya ingin bertanya tentang definisi istilah moden klasik,kerana kini definisi sedemikian banyak diketengahkan dalam pelbagai aspek.Terima kasih | Dalam data kami, tiada istilah moden klasik. Hanya terdapat perkataan moden dan klasik. Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, moden ialah dari masa sekarang, berkaitan dengan masa kini, yang terbaru, cara (kaedah) baru, mutakhir. Manakala, klasik pula ialah serius dan abadi nilainya; dia tidak gemar kepada muzik klasik; 2. tertinggi mutunya dan menjadi standard kepada yang lain: sajak-sajak yang demikianlah suatu ciptaan seni yang sempurna, berhak disebut sebagai sesuatu yang klasik; 3. (pakaian, reka bentuk) yang mempunyai gaya yang sederhana dan tidak berubah mengikut masa: mereka mementingkan gaya baru tetapi klasik; 4. mempunyai ciri-ciri atau sifat-sifat yang lazim (tipikal): satu contoh klasik ialah Persidangan Undang-Undang Laut. | Tatabahasa | 02.04.2013 |