Kuzai Mohd Oct 27th, 10:53am assalamualaikum dan selamat pagi ingin bertanya bolehkah pihak tuan/puan menerangkan perkataan ini beserta contoh Pandai / bijak / cerdik tq] | Waalaikummusalam, Tuan/Puan, Ketiga-tiga perkataan ini memberi makna yang sama. Pandai membawa maksud orang yang cerdik, pintar, terpelajar, bijak, cekap dan mahir. Bijak juga membawa maksud pandai, cerdik, pintar dan pandai bercakap. Manakala, cerdik membawa makdus dapat mengerti dengan cepat, berakal, pandai, banyak akal, licik dan tahu tipu muslihat. Misalnya, "adik pandai dalam matematik", "Kamal bijak dalam menyelesaikan soalan teka teki" dan "Sang Kancil cerdik dalam melepaskan diri daripada buaya". | Makna | 27.10.2015 |
Salam sejahtera tuan. Apakah jawapan yang paling tepat bagi soalan yang terdapat dalam lampiran fail? Maklum balas tuan amat dihargai. | Peribahasa carik-carik bulu ayam bermaksud perselisihan sesama keluarga itu akhirnya akan berbaik kembali. Jawapan yang paling hamper dengan soalan yang diberi ialah C. Lihat di bawah. Peribahasa di atas memberikan pengajaran kepada kita supaya tidak... A. mengambil kesempatan atas kelemahan seseorang B. membuat tipu muslihat untuk menjatuhkan seseorang C. mencampuri urusan keluarga seseorang D. melakukan perbuatan yang dapat menyalahi hukum alam dan agama | Tatabahasa | 29.07.2013 |
Karim menggunakan pelbagai helah untuk melepaskan dirinya. Perkataan seerti bagi helah ialah______ A. Muslihat b. Akal C. Daya apakah jawapan? Tolong berikan penjelasan. | Menurut Kamus Pelajar helah bermaksud 1 perbuatan atau kata-kata dusta utk menipu seseorang; muslihat; tipu daya: Berbagai-bagai ~ dijalankan utk menangkap pencuri itu. 2 alasan yg dibuat-buat utk menyembunyikan sesuatu atau utk melepaskan diri; dalih: Kalau seseorang hendak membuat sesuatu, dia akan berikhtiar sungguh-sungguh tetapi kalau dia tidak mahu, ada bermacam-macam ~ atau dalih. Daripada takrifan tersebut, perkataan yang lebih tepat ialah muslihat. Sila layari http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=helah&d=1 untuk lebih lanjut. | Makna | 14.04.2014 |
Assalamualaikum, Apabila saya merujuk kamus, perkataan 'mendaya' didefiniskan seperti berikut: mendaya, mendayakan menjalankan tipu daya (muslihat), menipu: Adakah maksud lain daripada definisi tersebut bagi perkataan 'mendaya?' | Saudara, Perkataan "mendaya" ialah padanan bagi kata dalam bahasa Inggeris "intrigue" yang membawa maksud menarik minat, membuat [sso] berminat: the idea ~d him, gagasan itu menarik minatnya; Untuk keterangan lanjut, sila layari Pusat Rujukan Persuratan Melayu dalam laman sesawang DBP. | Makna | 23.10.2010 |
Salam. Saya ingin bertanya, apakah perkataan ini wujud dan apakah ertinya. 'memberdaya' | Tidak ada perkataan "memberdaya" (mem + berdaya) dalam dalam data kami, yang ada ialah "berdaya" dan "memperdaya". Berdaya bermaksud 1. mempunyai tenaga, bertenaga, berupaya 2. mempunyai kemampuan (keupayaan 3. mempunyai muslihat (fikiran, ikhtiar); . Memperdaya pula bermaksud melakukan tipu helah (muslihat); menipu. | Ejaan | 12.02.2019 |
Apakah yang dimaksudkan kata ganda semu? Contoh? | Tuan, Merujuk Kamus Dewan perkataan semu: bukan yg sebenarnya, tidak sesungguhnya, pura-pura: keadilan yg hanya ~ sahaja; 2. = semu-semu lebih kurang, agak; ~ lengkung agak lengkung; 3. = ~ daya tipu daya, muslihat: baiklah kita cari jalan tipu ~ dan kita empat bersaudara ini kita berpecah; ~ Jawa, pujuk Melayu. | Makna | 01.05.2009 |