Berikut padanan yang sesuai untuk menjawab pertanyaan pihak tuan: 1. Pawn (bidak) 2. Knight (kuda) 3. Bishop (gajah) 4. Rook (tir) 5. Queen (menteri) 6. King (raja) 7. Check (mat) 8. Checkmate (mengemat) 9. Castling (tir) 10. en passant (sambil lalu) Tuan boleh menggunakan enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). PRPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sila layari prpm.dbp.gov.my dan memasukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari".
Salam sejatera, Tiada istilah menama dalam bahasa Melayu. Hanya terdapat istilah menamakan yang bermaksud memberikan sesuatu gelaran sbg nama; menjadikan sesuatu sbg nama: Dia menamakan Adli kepeda anaknya. Orang Melayu telah menamakan tir bagi buah catur yang berbentuk seperti kota. 2 mencalonkan seseorang (utk bertanding dlm pilihan raya dll); mencadangkan atau memberikan nama seseorang sbg wakil (calon dsb): Mereka menemakan beberapa orang calon dalam pemilihan itu.
Thanks for clicking. That felt good.