1. Makanan itu mengandung pewarna tiruan. 2. Makanan itu mengandungi pewarna tiruan. Ayat mana yang betul? | Ayat yang betul ialah makanan itu mengandungi pewarna tiruan. Harap maklum. | Tatabahasa | 25.07.2008 |
apakah kesalahan istilah dan tatabahasa dalam ayat di bawah? 1.Akhbar itu menyediakan ruangan pujuk sebagai sindiran kepada pihak tertentu supaya mereka memikirkan semula tindakan yang telah mereka ambil. 2.Apabila harga barangan semakin meningkat, mereka terpaksa membeli juga barang-barang tiruan yang berharga murah di pasaran. 3.Petronas telah meningkatkan usaha menggali minyak pada tahun lalu dalam usaha meningkatkan tabungan minyak sekurang-kurangnya 25 peratus. | 1.Akhbar itu menyediakan ruangan pojok sebagai sindiran kepada pihak tertentu supaya mereka memikirkan semula tindakan yang telah mereka ambil. 2.Apabila harga barangan semakin naik, mereka terpaksa membeli juga barangan tiruan yang murah di pasaran. 3.Petronas telah meningkatkan usaha menggali minyak pada tahun lalu dalam usaha menambah tabungan minyak sekurang-kurangnya 25 peratus. | Tatabahasa | 22.04.2013 |
retorik gaya bahasa perbandingan dan perulangan | Gaya bahasa perbandingan meliputi beberapa aspek, iaitu; 1. Gaya metafora-gabungan dua hal yang berbeza dan membentuk suatu pengertian yang baharu. 2. Gaya alegori- cerita yang digunakan sebagai lambang yang digunakan untuk pendidikan. 3. Gaya personifikasi- gaya bahasa yang membuat benda mati seolah-olah hidup dan memiliki sifat-sifat manusia. 4. Gaya perumpamaan- suatu perbandingan dua hal yang berbeza, namun dinyatakan sama. 5. Gaya antilesis- gaya bahasa yang membandingkan dua hal yang berlawanan. Manakala bahasa perulangan ialah gaya bahasa tulisan yang digunakan untuk menunjukkan saling atau sesuatu yang dilakukan oleh dua pihak atau berbalas-balas, sesuatu yang teramat, paling, tiruan atau waktu. | Lain-lain | 03.10.2006 |