Gendang berbentuk tirus. Pilihan jawapan: tirus, bujur, panjang dan bulat. Apakah bujur adalah pilihan yang paling tepat. Saya sertakan gambar sebagai rujukan. Terima kasih. | Bentuk yang paling hampir ialah bujur. | Tatabahasa | 20.05.2020 |
Gendang berbentuk tirus.Adakah betul jawapannya? Atau adakah bujur bentuk yang paling sesuai? Saya sertakan gambar untuk rujukan pihak dbp. Terima kasih. | Bentuk yang paling hampir ialah silinder. | Tatabahasa | 19.05.2020 |
1. Apakah jawapan bagi soalan berikut : A. Apakah bentuk songkok ? a. tirus b. bulat c. leper d. bujur | Jawapan yang tepat untuk bentuk songkok ialah: d. bujur | Lain-lain | 05.09.2016 |
nyamuk tiruk atau nyamuk Tiruk? | Jawapan yang betul ialah nyamuk tirus. | Lain-lain | 25.06.2010 |
salam.saya ada beberapa soalan. apakah sinonim bagi yang berkaitan : 1.ais tirus yang tergantung ke bawah-> _,_,_,_,_,_ 2.kaum ->_,_,_,_,_,_ 3.awan berarak ->_,_,_,_,_,_,_ 4.berjalan membongkok ->_,_,_,_,_ 5.kisah perjalanan ->_,_,_,_,_,_,_,_ terima kasih. | Kami tidak menyediakan perkhidmatan untuk melayani soalan berbentuk teka kata. Untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan sila rumuk laman web kami. | Lain-lain | 04.01.2013 |
Assalam, saya inginkan pencerahan. Apakah jawapan untuk bentuk ikan bawal? A) leper B) bujur C) lonjong D) tirus Terima kasih | Untuk makluman puan, jika ikan tersebut dilihat dari arah hadapan, ia berbentuk bujur. Kalau ikan tersebut dibaringkan, dari arah tepi ikan tersebut akan kelihatan leper. | Lain-lain | 26.10.2018 |
Salam Lebaran... Apakah perbezaan segi tiga dengan tiga segi? | Menurut data kami, segi tiga ialah rajah yang mempunyai tiga sempadan dan tiga sudut yang berjumlah 180o. ~ bersudut cakah segi tiga yang salah satu sudutnya melebihi 90o. ~ bersudut tirus segi tiga yang setiap sudutnya bernilai kurang daripada 90o tetapi jumlah keseluruhannya ialah 180o. ~ dua sama segi tiga yang mempunyai dua sempadan yg sama panjang. ~ sama segi tiga yang ketiga-tiga sempadannya sama panjang. ~ serba sama dua segi tiga atau lebih yang sama ukuran sempadan dan sudutnya. ~ tak sama segi tiga yang ketiga-tiga sempadannya tidak sama panjang. ~ tepat segi tiga yang mempunyai satu sudut tepat, iaitu yang bernilai 90o. Manakala contoh ayat bagi tiga segi ialah rumahnya dihiasi rumput tiga segi. | Makna | 10.07.2016 |
Salam sejahtera. Mohon beri terjemahan untuk perkataan SWAN (haiwan). Terima kasih. | Dalam data kami, ejaan swan dikekalkan. Dalam data ensiklopedia, swan ialah burung air yang berkaitan rapat dengan itik dan angsa. Seperti itik dan angsa, swan mempunyai paruh leper; leher panjang; bulupelepah kalis air; kepak panjang dan tirus; ekor dan kaki pendek; dan kaki renang. Tetapi kebanyakan swan lebih besar dan mempunyai leher yang lebih panjang lagi daripada itik dan angsa. | Penyemakan dan penterjemahan | 02.03.2017 |
Salam sejahtera. Mohon beri terjemahan untuk perkataan SWAN (haiwan). Rujuk lampiran untuk haiwan yang dimaksudkan. Terima kasih. | Dalam data kami, ejaan swan dikekalkan. Dalam data ensiklopedia, swan ialah burung air yang berkaitan rapat dengan itik dan angsa. Seperti itik dan angsa, swan mempunyai paruh leper; leher panjang; bulupelepah kalis air; kepak panjang dan tirus; ekor dan kaki pendek; dan kaki renang. Tetapi kebanyakan swan lebih besar dan mempunyai leher yang lebih panjang lagi daripada itik dan angsa. | Penyemakan dan penterjemahan | 16.01.2017 |
Adakah padanan istilah di bawah tepat? Goose - Angsa, Duck - Itik, Swan - Joyinah. | Padanan bagi Goose - Angsa dan Duck - Itik adalah tepat. Padanan Swan dalam Kamus Inggeris-Melayu Dewan ialah Swan. Ejaan swan dikekalkan. Dalam data ensiklopedia, swan ialah burung air yang berkaitan rapat dengan itik dan angsa. Seperti itik dan angsa, swan mempunyai paruh leper, leher panjang, bulu pelepah kalis air, kepak panjang dan tirus, ekor dan kaki pendek dan kaki renang. Tetapi kebanyakan swan lebih besar dan mempunyai leher yang lebih panjang lagi daripada itik dan angsa. | Istilah | 01.04.2018 |