Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ti.tah] | تيته

Definisi : bd kata (raja), perintah (raja); menjun­jung ~ menjalankan perintah (raja); ~ diraja titah Ke bawah DYMM Yang di-Pertuan Agong dlm Parlimen yg menerangkan dasar pemerintahan dan rancangan kerajaan; ~ perintah sl berbagai-bagai titah (raja); bertitah berkata, memberi perintah: maka raja pun ~ kpd segala menteri; ~ lalu sembah berlaku prb jika kita turut kehendak orang, kehendak kita pun akan diikutnya pula; menitahkan memerintahkan, menyuruh: maka raja China pun ~ utusan ke Melaka. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ti.tah] | تيته

Definisi : bd kata atau perintah raja. ber­titah berkata atau memberi perintah: Raja telah ~ kpd rakyatnya di balairung seri. menitahkan menyuruh atau me­merintahkan: Baginda telah ~ Hang Tuah pergi mengeluari orang yg mengamuk itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
titah (kata nama)
Bersinonim dengan kata, perintah, firman, sabda, suruhan, arahan;,
Kata Terbitan : bertitah, menitahkan,

Puisi
 

Banyak lintah di paya dalam,
     Ramai orang menangguk udang;
Nanti titah adik di dalam,
     Rasa tak sabar masuk seorang.


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apa maksud menjunjung?Menjunjung bermaksud membawa sesuatu di atas kepala, mematuhi (titah dll), menurut atau amat menghormati.Makna20.01.2007
Salam Sejahtera.Mohon pandangan tuan tentang soalan berikut; 1. "Mengapakah _______ bertitah demikian ?" tanya datuk penghulu kepada Putera Zaid. A patik B tuanku C hamba D baginda Saya berpendapat, jawapan B dan D boleh diterima berdasarkan makna yang tersendiri. Jika jawapan A, merujuk kepada pertanyaan datuk penghulu kepada putera itu sendiri mengapa mengeluarkan titah yang sedemikian. Jika jawapan B, merujuk kepada pertanyaan datuk penghulu mengapa ayahanda putera itu atau sultan yang lain mengeluarkan titah sedemikian. 2. hari kanak-kanak @ Hari Kanak-kanak 3. hari guru @ Hari Guru 4. hari kemerdekaan / kebangsaan @ Hari Kemerdekaan /Kebangsaan Terima kasih.1.  Pendapat tuan itu tepat.
2.  Hari Kanak-kanak.
3.  Hari Guru.
4.  Hari Kemerdekaan/Kebangsaan.
Lain-lain24.07.2012
Penggunaan kata ganti diri patik.Adakah ia digunakan jika ada perkataan tuanku?Merujuk kepada Kamus Dewan, patik ditakrifkan sebagai hamba atau penggunaan kata ganti diri "saya" lazimnya, kata patik ini dipakai sewaktu bercakap kpd raja-raja. Contoh ayat: Mana titah ke bawah duli patik junjunglah.Lain-lain18.10.2007
Salam sejahtera. "Daulat Bahasa Malaysia" bolehkah digunakan untuk tajuk buku kerja bahasa Melayu? Adakah perkataan Daulat dikursuskan penggunaannya? Sekian, terima kasihMenurut Kamus Dewan Edisi Empat, daulat bermaksud 1. bahagia, kebahagiaan (kepada raja-raja yang memerintah); 2. ya, benar (digunakan ketika menyambut titah raja dsb); 3. kuasa (raja, kerajaan); 4. ark tulah; ditimpa ~ kena tulah (raja); ~ dirgahayu mudah-mudah­an berbahagia dan lanjut usia; ~ tuanku a) benar tuanku, ya tuanku; b) berbahagialah tuanku;
 
Manakala berdaulat 1. bertuah, berbahagia; 2. mem­punyai kuasa (yang tertinggi): raja yang ~; 3. (merdeka dan) berkuasa atau berhak sepenuh­nya di atas urusan atau pemerintahan sendiri: negara yang merdeka dan ~; 4. mempunyai kedudukan yang tinggi dan berkuasa, berwibawa: bahasa Melayu dapat menjadi bahasa yang ~ di negeri kita, bukan bahasa Inggeris atau bahasa asing yang lain;

Berdasarkan takrifan tersebut, perkataan daulat boleh digunakan dalam tajuk buku "Daulat bahasa Melayu".
Tatabahasa31.10.2013
Apakah perbezaan diantara dipohon dan dimohon. Dalam situasi apakah perkataan tersebut dipakai?

Saudara,

Makna mohon : 1. bh minta, minta izin: setelah itu maka sahaya ~lah pulang; 2. sl ampunilah (kerana menolak, mengingkari, dll), maaflah: maka titah baginda, "Mahukah akan Tun Rakna Sandari, saudara Paduka Raja itu?" maka sembahnya, "~ patik, tuanku";

Perkataan pohon juga bermaksud meminta.   Walau bagaimanapun bagi penggunaan perkataan dipohon perkataan yang lebih tepat dan sesuai digunakan ialah dimohon.

Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.  

Makna01.12.2009
Adakah terdapat perbezaan pada penggunaan perkataan "dipohon" dan "dimohon" ? Yang manakah penggunaan perkataan yang betul ? Bolehkah diberikan contoh penggunaan keduanya ? Terima kasih

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, makna mohon : 1.  bh minta, minta izin: setelah itu maka sahaya ~lah pulang; 2. sl ampunilah (kerana menolak, mengingkari, dll), maaflah: maka titah baginda, "Mahukah akan Tun Rakna Sandari, saudara Paduka Raja itu?" maka sembahnya, "~ patik, tuanku";

Perkataan pohon juga bermaksud memohon meminta dengan halus.  Walau bagaimanapun bagi penggunaan dalam ayat yang lebih tepat dan sesuai digunakan ialah dimohon.

Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat halaman 1040 dan 1220 untuk maklumat lanjut.  

Istilah03.12.2010
"Mengapakah ______________ bertitah demikian?" tanya Datuk Penghulu kepada Putera Zaid. A patik B tuanku C hamba D baginda Jawapan : D diberi Saya rasa B juga betul sekiranya Datuk Penghulu ingin tahu apa yang yang dititahkan oleh Putera Zaid. Sultan berkata kita guna bertitah, bagaimana pula putera, puteri, permaisuri berkata guna bertitah atau tidak.Jawapan yang paling tepat ialah baginda kerana kata ganti nama tuanku digunakan apabila berkata-kata dengan raja sahaja. Titah khusus kepada raja atau sultan sahaja.Tatabahasa25.07.2012
A'kum dan salam sejahtera, saya inginkan definisi bagi perkataan-perkataan berikut: 1. "lasykar" 2. "askar-lasykar" 3. "askar-laskar" 4. "bintara" 5. "bentara" kerjasama dan tindakan susulan didahului dengan ribuan terima kasih...

1. lasykar bermaksud askar dalam Kamus Dewan Edisi Keempat

 2. "askar-lasykar" 3. "askar-laskar" - tiada dalam data

Bintara: Id pegawai rendah (tentera).

Bentara: 1. sl pesuruh raja (yg menyampaikan titah atau membawa alat kerajaan); ~ dewan pegawai yg ditugaskan utk menunjukkan tempat kpd orang awam dlm dewan; ~ kanan bentara yg berdiri di kanan raja; ~ kiri bentara yg berdiri di kiri raja; ~ mahkamah pegawai yg ditugaskan utk menunjukkan tempat kpd orang awam dlm mahkamah; 2. Id pegawai tidak bertauliah (tentera).

Lain-lain24.07.2009
Perbezaan penggunaan kesantunan bahasa antara bahasa rasmi dan bahasa istanaKesantunan bahasa dalam penulisan surat rasmi bermaksud penggunaan bahasa yang halus, beradab dan sopan. Penulis memperlihatkan budi bahasa yang tinggi. Aspek ini dapat dilihat dari segi pemilihan kata, frasa, cara mengungkapkan idea dan harapan yang dijangka. Dalam  surat rasmi masih terikat dalam suasana urusan pentadbiran, maka pemilihan kata atau istilah  adalah berkaitan dengan hal ehwal pentadbiran dan pengurusan. Dalam surat rasmi menggunakan bahasa istana pula, penulis hendaklah mengungkapkan kata-kat dalam bahasa istana yang sopan, beradab dan halus. Contoh bahasa istana ialah menjunjung kasih, memphon perkenan, berkenan berangkat, berangkat tiba dan titah mengadap. Senarai bahasa istana boleh diperoleh daripada pihak istana sultan. Lain-lain29.02.2008
Salam sejahtera dan selamat berpuasa, Pertama, saya mengharapkan penjelasan daripada tuan mengenai fungsi 'dapat' dan 'boleh'. Kedua, saya ingin tahu perbezaan dan fungsi 'berburu / memburu' dan 'berbuat / membuat' Terima kasih atas informasi.

Cikgu Suhaimi terima kasih kerana menghubungi KNBDBP

Penjelasan bagi perkataan yang ditanyakan dapat dilihat daripada penggunaan imbuhannya di asmping makna yang disampaikan melalui ayat yang ditulis. Terima kasih.

dapat - boleh (melakukan sesuatu), berupaya, mampu: dia sedang mencari orang yg ~ menyelesaikan kerja itu dgn sempurna; ubat yg ~ menghilangkan rasa gatal-gatal pd kulit; 2. bp beroleh, menerima (wang, hadiah, keuntungan, surat, dll), menanggung, ditimpa (sesuatu yg tidak baik spt malu dll); 3. bertemu, bersua, menemui: cari dia sampai ~; tidak juga dia ~ barang yg hilang itu; anak ~ anak yg diambil (dipungut) di jalan; 4. berjaya, berhasil, tercapai (sesuatu yg dikehendaki): dgn kemenangan ini dia ~ memasuki pertandingan akhir; 5. faham (sesuatu yg diajarkan, dipelajari, dsb): Nadiah rajin mengaji, lekas ~, dan pandai pula mengambil hati; ~ angin mendengar risik-risik (desas-desus); ~ durian runtuh = ~ harta karun = ~ harta timbul prb mendapat keuntungan dgn tidak bersusah payah atau dgn tidak disangka-sangka; lepas putih hitam tak ~ prb apa yg diharapkan tidak dapat, sedangkan yg ada pula hilang; ~ terpijak memperoleh sesuatu dgn mudah atau dgn tidak perlu berusaha;

boleh - dapat, mampu (berkeupayaan): dgn wang sebanyak itu, mereka ~ hidup senang; ~ dikatakan dapat dikatakan, tidak salah kalau dikatakan; apa ~ buat apa yg hendak dibuat (tidak ada jalan lain); 2. tidak disekat atau dilarang (drpd berbuat atau melakukan sesuatu), dibenarkan, diizinkan: sesudah makan mereka ~ bermain-main; tak ~ jadi tidak mungkin, mustahil; ~ juga a) dapat juga, mungkin juga; b) bp agak baik juga; (tak) ~ niaga (tidak) boleh bertukar hak milik, (tidak) boleh diterima bayarannya oleh orang atau pihak lain drpd yg dinyatakan (bkn cek yg dikeluarkan dsb); ~ tahan a) dapat tahan; b) ki agak baik, tidak buruk;

berburu - mengejar utk menangkap (membunuh) binatang liar: apabila mereka tidak berlauk dan penat bekerja, mereka ~ ke hutan;

 memburu- mengejar atau menyusul utk menangkap sesuatu (orang, binatang, dll): ~ binatang; ~ pencuri; 2. meluru atau bergegas utk mendapatkan sesuatu: ia menanggalkan kasut terus ~ ke dlm; 3. berikhtiar sekuat tenaga utk mencapai sesuatu: aku tidak akan ~ dan berlumba-lumba utk mencapai kedudukan yg tinggi; ~ kekayaan (pangkat, wang) berikhtiar mendapat kekayaan dll; ~ selamat berikhtiar agar selamat; ~ masa (waktu) berikhtiar agar jangan terlambat; 4. = memburu-buru, memburu-burukan menggesakan, mempercepat: tak usah diburu-buru, masih banyak masa lagi;

berbuat - mengerjakan (melakukan) se suatu: ~ baik (jahat, salah, dll); ia tidak ~ apa-apa; 2. sl = membuat: maka Sultan Mansor Shah memberi titah pd Bendahara Paduka Raja menyuruh ~ istana; maka baginda ~ sebuah negeri terlalu besar; ~ baik berpada-pada, ~ jahat jangan sekali prb berbuat baik hendaknya berhad (jangan berlebih-lebihan), pekerjaan jahat jangan sekali-kali dibuat; ~ kerja spt Mak Jujai prb orang yg selalu meninggalkan pekerjaan terbengkalai;

membuat - memperbuat membikin, membentuk, mencipta: ~ rumah; ~ surat; 2. mengerjakan, melaksanakan, melakukan, menjalankan: apa yg hendak dibuat, nasi telah menjadi bubur; 3. menyebabkan, menimbulkan, menerbitkan, mendatangkan, menjadikan: ~ bagus; ~ buruk; ~ malu; ~ marah; ~ takut; ~ bodoh a) membodohkan; b) berpura-pura bodoh; 4. memperlakukan (orang dll): saya tak tahan melihatkan Narto dibuat begitu; 5. menggunakan utk, memakai utk: janganlah kain itu dibuat baju; 6. = membuat-buat berpura-pura, berlaku pura-pura, berbuat seakan-akan: senyuman yg dibuat-buat; ~ mahu, menuras tidak prb orang yg mencuba hendak membuat sesuatu pekerjaan, tetapi malas mempelajarinya;

Makna02.09.2009

Kembali ke atas