APA PERBEZAAN PENGGUNAAN BAGI YANG AMAT BERHORMAT DAN YANG AMAT BERBAHAGIA | Saudara, Yang Amat Berhormat digunakan untuk Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Besar dan Ketua Menteri, manakala Yang Amat Berbahagia digunakan untuk mereka yang bergelar Tun, Toh Puan dan isteri Yang di-Pertua Negeri | Tatabahasa | 15.06.2010 |
1. tolong jelaskan penggunaan 'yang' pada awal kata.Adakah 'yang' boleh digunakan pada awal kata ataupun tidak? 2. bolehkah menggunakan singkatan perkataan seperti tak dan nak serta ni untuk ucapan rasmi? kenapa? 3. bolehkah menggunakan bahasa tempatan dalam ucapan rasmi? contohnya adalah seperti berikut "orang Kedah kata dia mangkaq...kelakaq orangnya..." | Jawapan 1: "Yang" pada awal kata biasanya digunakan bagi rujukan kehormat untuk pembesar atau pemimpin negara. Contohnya : Yang Amat Arif (Ketua Hakim Negara), Yang Amat Berbahagia (Tun dan Toh Puan), Yang Amat Berhormat (Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Besar). Bagi ayat biasa, perkataan "yang" tidak sesuai digunakan pada awal kata kerana perkataan "yang" menuru Kamus Dewan Edisi Keempat merupakan kata penghubung untuk menyatakan bahawa kata keterangan berikutnya dipentingkan atau menunjukkan kelainan : rumah yang besar itu; orang yang sakit itu. Jawapan 2: Bagi ucapan rasmi atau berbentuk formal, perkatan "tak", "nak" dan "ni" tidak boleh digunakan dan biasanya digantikan dengan perkataan "tidak", "hendak" dan "ini" mengikut kesesuaian ayat. Jawapan3: Tidak boleh menggunakan bahasa tempatan atau loghat negeri dalam ucapan rasmi. | Tatabahasa | 28.03.2013 |
Saya ingin bertanya penggunaan 'salutation' dalam majlis rasmi. Antaranya : Siapa yang layak dipanggil sebagai Yang Berusaha, Yang Amat Berusaha, Yang Berbahagia, Yang Amat Berbahagia. | Sapaan untuk 'Yang Berusaha' biasanya kepada pihak yang menganjurkan majlis; 'Yang Amat Berusaha' untuk pegawai tinggi kerajaan tingkatan kanan, misalnya dari Jusa C ke atas; 'Yang Berbahagia' kepada seseorang yang menerima gelaran kehormat seperti Tan Sri / Puan Sri dan Datuk / Dato' / Datin; 'Yang Amat Berbahagia' kepada Tun / Toh Puan. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku protokol. | Lain-lain | 22.10.2009 |
MEMOHON KELULUSAN HAK CIPTA KARYA TERBITAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA BAGI TUJUAN FINAL YEAR PROJECT Salam sejahtera tuan/puan, nama sayaLEE AI YU, pelajar tahun 2 bagi kursus Terjemahan dan Interpretasi (BATI) dari Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia. Tujuan saya menulis e-mel ini adalah untuk memohon kelulusan hak cipta karya terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai bahan sumber bagi Final Year Project kami dalam kursus Projek Terjemahan (HBT 311). Dalam kursus HBT 311 ini, kami akan menganalisis dan menterjemah sebuah teks sumber kepada bahasa sasaran kami iaitu bahasa Cina di bawah bimbingan penyelia kami, Profesor Madya Dr. GOH SANG SEONG. Oleh itu, saya mewakili kumpulan saya yang terdiri daripada NG DEVNIN, TAN HUI YIN dan TOH CHENG CHZEE ingin memohon kelulusan hak cipta buku "MITOS PERIBUMI MALAS" cetakan 2016 yang ditulis oleh SYED HUSSEIN ALATAS sebagai bahan sumber bagi kursus Projek Terjemahan, HBT 311. Saya amat berharap permohonan kelulusan hak cipta ini akan tuan/puan pertimbangkan. Sekian, terima kasih. | Sila hantarkan surat kepada Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka melalui e-mel hazami@dbp.gov.my dan salinan kepada (cc) dina@dbp.gov.my. | Lain-lain | 12.07.2024 |
Saya ingin tahu penggunaan yang sebetulnya kata panghadapan seperti Yang Berusaha,Yang dihormati,Yang Mulia dan sebagainya kepada orang-orang tertentu? | Sapaan untuk 'Yang Berusaha' biasanya kepada pihak yang menganjurkan majlis; 'Yang Amat Berusaha' untuk pegawai tinggi kerajaan tingkatan kanan, misalnya dari Jusa C ke atas; 'Yang Berbahagia' kepada seseorang yang menerima gelaran kehormat seperti Tan Sri / Puan Sri dan Datuk / Dato' / Datin; 'Yang Amat Berbahagia' kepada Tun / Toh Puan. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku protokol. | Lain-lain | 28.04.2010 |