Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[to.ken] | توکن

Definisi : kepingan logam atau plastik berbentuk duit syiling yg digunakan sbg bayaran utk menjalankan mesin tertentu: sampai di sana, dia menuruni tangga, memasukkan ~ dan berdiri menanti kereta api. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[to.ken] | توکن

Definisi : kepingan logam atau plastik ber­­bentuk duit syiling yg digunakan sbg bayaran utk menjalankan mesin tertentu, sbg bayaran masuk dsb (di pesta ria, tempat mainan dsb: Sampai sahaja di tapak pesta, dia pergi membeli ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata token

Peribahasa

611

One good turn deserves another

Bantuan yang dihulurkan atau kebaikan yang ditunjukkan haruslah dibalas. (Peribahasa ini lazimnya diucapkan tatkala hendak membalas budi orang yang selalu membantu kita).

Alang berjawab, tepuk berbalas.

''Thank you for saving my son's life. So, you must accept this gift as a token of my gratitude. One good turn deserves another,'' said Salina to me.

''Terima kasih kerana menyelamatkan anak saya. Oleh itu, terimalah hadiah ini sebagai tanda terima kasih daripada saya. Alang berjawab, tepuk berbalas,'' kata Salina kepada saya.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(7)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
DBP sudah terjemahkan 'NFT' dalam bidang kriptowang? Saya tak jumpa lagi istilah 'non-fungible token' dalam bahasa Melayu.Kami mencadangkan "non-fungible token" diterjemahkan sebagai "token tidak sepiawai (NFT)". Namun, padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa.Istilah10.04.2022
Selamat sejahtera, Apakah terjemahan bagi "Key Fob" dalam Bahasa Melayu? "Key Fob" adalah sejenis token sekuriti (peranti perkakasan kecil dengan bina dalam mekanisme pengesahan. Sumber: http://searchsecurity.techtarget.com/definition/key-fob Saya mendapati beberapa laman web menggunakan "Kunci Fob". Adakah terjemahan tersebut boleh diterima pakai? Terima kasih.Padanan Kunci Fob bagi Key Fob boleh diterima kerana dalam bidang kesenian kata fob itu dikekalkan bentuknya seperti reben fob.Penyemakan dan penterjemahan19.03.2015
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Tuan, Saya ingin mendapatkan maklumat mengenai sayembara deklamasi sajak. Pada bulan hadapan (Ogos 2024), Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) akan mengadakan pertandingan deklamasi sajak. Boleh saya mendapatkan tiga (3) orang calon juri profesional untuk tujuan penjurian pertandingan tersebut dan apakah tatacara pembayaran token kepada juri-juri tersebut nanti? Mohon bantuan pihak DBP. Terima kasih.Mohon kerjasama pihak puan untuk menghantarkan surat kepada Ketua Pengarah DBP melalui e-mel hazami@dbp.gov.my dan salinan kepada (cc) dina@dbp.gov.my berkaitan dengan perkara ini.Lain-lain22.07.2024
Apakah padanan yang sesuai bagi perkataan "vended water". Adakah tepat ia dipadankan sebagai "air daripada mesin jual air". Selain itu, kami ingin memohon nasihat sama ada terjemahan ayat di bawah ini adalah betul dari aspek tatabahasa dan penggunaan perkataan seperti perkataan "mendispens" dan "didispens". Vended water 360c. (1) For the purpose of this regulation— “water-vending machine” means any self-service machine that upon insertion of a coin, token or by any other means automatically dispenses unit volume of water for drinking or other purposes involving a likelihood of the water being consumed by human; and “machine-vended water” means any water that is dispensed by a water-vending machine, which is not placed by a bottler in sealed containers for human consumption. Air daripada mesin jual air 360c. (1) Bagi maksud peraturan ini— “mesin jual air” ertinya apa-apa mesin layan diri yang apabila dimasukkan syiling, token atau melalui apa-apa cara lain akan secara automatik mendispens unit isi padu air untuk diminum atau kegunaan lain yang melibatkan kemungkinan air itu diminum oleh manusia; dan “air daripada mesin jual air” ertinya apa-apa air yang didispens oleh mesin jual air, yang tidak diletakkan oleh pembotol di dalam bekas kedap untuk kegunaan manusia.

Untuk makluman, tiada istilah khusus untuk vended water. Walau bagaimanapun, cadangan padanan bahasa Melayu untuk istilah vended water ialah mesin air layan diri, manakala bagi perkataan mendispens dan didispens boleh digunakan dalam ayat seperti yang berikut:

1. Mesin jual air - Apa-apa mesin air layan diri yang apabila dimasukkan syiling, token atau melalui apa-apa cara lain akan secara automatik dapat mendispens unit isi padu air untuk diminum atau kegunaan lain yang melibatkan kemungkinan air itu sedia diminum oleh manusia.

2. Air daripada mesin jual air - Apa-apa air yang didispens oleh mesin air layan diri, yang tidak diletakkan oleh pembotol di dalam bekas kedap untuk kegunaan manusia.

Istilah18.07.2021

Kembali ke atas