soalan 1) pengejaan dan penulisan kata-kata yang berakhir dengan 'i', 'an' dan '-kan', serta kesalahan yang dilakukan. soalan2) apakah perbezaan antara ayat yang menggunakan tanda seru berikut: i- tolong!tolong!tolong! ii- amboi, garangnya! adakah tanda seru hanya diletakkan di hujung ayat? | 1. Pengejaan perkataan yang menerima imbuhan meN-i : menduduki; menjejaki. Pengejaan perkataan yang menerima akhiran -an: galakan; patukan;(membentuk kata nama). Pengejaan perkataan yang menerima imbuhan meN-kan: mengalakkan; mendudukkan ; meletakkan. 2. Tanda seru digunakan sesudah ungkapan atau pernyataan yang berupa seruan,perintah atau yang mengungkapkan kebenaran, ketidakpercayaan atau rasa emosi yang kuat. Contoh : Amboi, cantiknya pakaian dalam almari cermin itu! Wah, besarnya kereta awak! Oleh itu ayat (i) tidak betul kerana tanda seru hanya diletakkan di akhir ayat. | Ejaan | 18.06.2008 |
minta tolong betulkan tanda baca ayat berikut : " Tolong! Tolong! Ada pencuri masuk rumah saya," jerit Abu! | Penggunaan tanda baca yang betul - "Tolong! Tolong! Ada pencuri masuk rumah saya, jerit Abu." | Tatabahasa | 15.04.2011 |
Mengapa ayat-ayat berikut salah? a) Tolong! Tolong! Ada orang lemas di sungai! b) Majikan lebih cenderung mengambil pekerja dari kalangan pendatang asing. | Ayat pertama betul dan ayat kedua dibetulkan menjadi Majikan lebih cenderung mengambil pekerja daripada kalangan pendatang asing. | Tatabahasa | 23.11.2012 |
Tolong jelaskan secara ringkas tentang 1. Ayat gramatis 2. Ayat majmuk 3. Ayat Aktif 4. Ayat pasif 5. Ejaan yang betul, powerpoint, power point atau Power point. Terima kasih. | 1. Ayat gramatis ialah ayat yang dibina mengikut prinsip-prinsip nahu atau tatabahasa. 2. Ayat majmuk ialah ayat besar yang terdiri daripada dua ayat kecil atau lebih. 3. Ayat Aktif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan. 4. Ayat pasif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan objek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan. 5. Ejaan yang betul ialah powerpoint atau tuan boleh juga menggunakan slaid persembahan. | Tatabahasa | 29.11.2013 |
Tolong beri penerangan tentang: 1.Pembentukan ayat yang menggunakan klausa dengan tugas-tugasnya bagi ayat-ayat di bawah. 2. Sebab-sebab klausa berfungsi sebagai tugas yang tertentu. Ayat 1 Saya jelaskan kepadanya bahawa pemimpin itu tidak amanah terhadap rakyatnya Ayat 2 Kakitangan pejabat itu mendapat pengesahan bahawa pengarah baharu itu bukan orang tempatan. | Kedua-dua contoh ayat yang diberikan ialah ayat komplemen. Dalam ayat pertama, Saya menjelaskan kepadanya bahawa pemimpin itu tidak amanah terhadap rakyatnya. Dalam ayat tersebut, ayat "bahawa pemimpin itu tidak amanah" merupakan objek kepada kata kerja transitif "menerangkan". Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 508. | Tatabahasa | 23.08.2013 |
Tolong jelaskan perbezaan di antara "pernyataan", "kenyataan", "penyataan"? | Penyataan ialah perbuatan melahirkan pendapat dan sebagainya, pernyataan ialah pemberitahuan atau pemakluman dan kenyataan ialah keterangan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan atau laman web www.prpm.dbp.gov.my. | Makna | 12.08.2013 |
Tolong mengesahkan perkataan "GALERI PENGANTIN" adalah betul bagi papan iklan galeri pengantin saya. terima kasih. | Perkataan GALERI PENGANTIN adalah betul. Sila ke ruangan Khidmat Pengesahan Bahasa untuk kelulusan iklan. | Tatabahasa | 18.07.2013 |
Tolong terangkan maksud kosa kata umum dan kosa kata istillah. Sila berikan contoh bagi kedua-duanya sekali. Buku rujukan bagi murid thn 3. Sekian terimakasih. | Kosa kata umum digunakan dalam ungkapan umum seperti perkataan-perkataan yang hadir dalam ayat saya minum susu. Kosa kata istilah ialah perkataan atau rangkai kata yang menyatakan sesuatu dengan betul, tepat dan sesuai dalam sesuatu bidang ilmu pengetahuan, seperti rangkai kata jentera parti yang digunakan dalam bidang Sains Politik. | Tatabahasa | 31.05.2013 |
Tolong cekkan sama ada kata kerja berikut betul digunakan dalam ayat di bawah. Lauk itu belum memasak. Terima kasih. | Ayat "Lauk itu belum memasak" salah. Yang sebetulnya ialah "Lauk itu belum dimasak". | Tatabahasa | 30.04.2013 |
Tolong Betulkan ayat ini. Saya memetik piano. Adakah kata kerja memetik sesuai piano? | Ayat tersebut tidak betul, cukup sekadar menyatakan "Saya bermain piano". Kata kerja yang sesuai ialah "menekan" untuk piano. Contohnya, "Abu menekan mata piano". | Tatabahasa | 18.04.2013 |