Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : tempat membuang sampah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : bekas tempat sampah dibuang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tong (kata nama)
Bersinonim dengan tin, kaleng, tahang, leger.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, Gabungkan ayat-ayat tunggal berikut menjadi ayat majmuk. 1.Kok Seng mengutip sampah. 2.Kok Seng membuang sampah ke dalam tong sampah. Jawapan: 1.Kok Seng mengutip sampah lalu membuang sampah ke dalam tong sampah. 2.Kok Seng mengutip sampah lalu membuang ke dalam tong sampah. 3.Kok Seng mengutip sampah lalu membuangnya ke dalam tong sampah. Ayat majmuk yang mana satu betul ? Sekian , terima kasih.Ayat majmuk yang betul ialah Kok Seng mengutip sampah lalu membuangnya ke dalam tong sampah. Tatabahasa20.07.2016
1. Ali membuang sampah ke dalam tong sampah. 2. Ali membuang sampah di dalam tong sampah. ayat yang kedua betul atau salah? mohon tuan berikan pencerahan jika ayat tersebut salah. terima kasih.Ayat kedua juga betul kerana menunjukkan tempat Ali membuang sampah. Walau bagaimanapun ayat pertama Ali membuang sampah ke dalam tong sampah telah mantap penggunaannya dalam kalangan msyarakat.Tatabahasa13.05.2013
Dia membuang sampah di dalam tong sampah. Dia membuang sampah ke dalam tong sampah. Soalan saya, adakah keuda-dua ayat di atas boleh digunakan? (Penggunaan di dan ke) Apakah perkataan dalam bahasa Melayu yang betul bagi perkataan bahasa Inggeris berikut: dustpan Adakah penyeduk atau penceduk?Ayat yang betul ialah Dia membuang sampah ke dalam tong sampah. Padanan bahasa Melayu bagi perkataan dustpan ialah penadah sampah.Makna28.06.2010
saya ingin mempastikan jawapan bagi soalan berikut adalah betul atau tidak betul. 1.soalan: Ayat aktif : Dinesh membuang sampah ke dalam tong sampah. Jawapan : Ayat pasif: Sampah dibuang ke dalam tong sampah oleh Dinesh. 2. soalan : Ayat aktif :Halimah menghidangi tetamu itu sepinggan kuih. Jawapan : Ayat pasif : Tetamu itu dihidangi sepinggan kuih oleh Halimah.Ayat pertama kedua-duanya betul, manakala ayat kedua (aktif) telah dibuat pembetulan. 1. Ayat aktif : Dinesh membuang sampah ke dalam tong sampah, Ayat pasif: Sampah dibuang ke dalam tong sampah oleh Dinesh.   2. Ayat aktif : Halimah menghidangkan sepinggan kuih kepada tetamu, Ayat pasif : Tetamu itu dihidangkan sepinggan kuih oleh Halimah.Tatabahasa12.08.2009
Abang membuang sampah ke / di dalam tong sampah. Bolehkah berikan penerangan ? Terima kasih !

Ayat yang tepat  dan betul penggunaan tatabahasa ialah:

   (a) Abang membuang sampah di dalam tong sampah.   (Nota: Kata sendi di dalam digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat. Dalam konteks ayat ini, tong sampah merujuk tempat untuk membuang sampah).

Tatabahasa13.05.2009
1. Ali membuang sampah ke / di dalam tong sampah. 2. ibu murid-murid atau ibu-ibu murid

1. Ali membuang sampah ke dalam tong sampah.

2. Ibu murid

Tatabahasa12.08.2010
ayat: 1.ali membuang sampah di dalam /ke dalam tong sampah.Ayat yang tepat ialah Ali membuang sampah ke dalam tong sampah.Tatabahasa03.11.2017
Salam sejahtera, Gabungkan ayat tunggal dengan kata hubung supaya menjadi ayat majmuk. 1. Kok Seng mengutip sampah. Kok Seng membuang sampah ke dalam tong sampah. (lalu) Kok Seng mengutip sampah lalu membuangnya ke dalam tong sampah. Adakah ayat majmuk di atas betul? Sekian, terima kasih.Gabungan ayat "Kok Seng mengutip sampah lalu membuangnya ke dalam tong sampah', tidak ada kesalahan dan boleh digunakan. Untuk makluman, lalu ialah kata hubung gabungan yang berfungsi menghubungkan dua klausa atau lebih yang sama tara sifatnya. Kata hubung gabungan terletak pada pertengahan ayat dan ayat yang terbentuk disebut ayat majmuk gabungan. Ini bermakna, tidak ada yang salah dengan struktur ayat tersebut.Tatabahasa18.07.2016
Tuan, penggunaan "di dalam" atau "ke dalam" lebih sesuai dalam ayat (1)? 1. Ali membuang sampah di dalam / ke dalam tong sampah.Ali membuang sampah ke dalam tong sampah.Tatabahasa08.01.2015
1. Kita mesti membuang sampah ( ke / di ) dalam tong sampah. 2. Berpeluh-peluh Ali menolak motosikalnya yang rosak ketika ( mendaki / mengharung ) bukit yang tinggi itu. Apakah jawapan yang paling betul tentang soalan 1 dan 2 ? Terima kasih.

Saudara Gina,

jawapan yang betul ialah i. ke dalam tong sampah ii. mendaki bukit

Tatabahasa27.05.2010
123

Kembali ke atas