Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tong.kol] | توڠکول

Definisi : 1. sepotong kayu yg agak besar, buku (butir) yg besar, gumpal, bongkah, ketul; 2. = ~ jagung tempat butir-butir jagung tumbuh atau melekat (pd buah); 3. penjodoh bilangan utk buah jagung: lima ~ jagung; 4. Kl unting benang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tong.kol] | توڠکول

Definisi : = ikan ~ 1. sj ikan laut, Gumo sibi; 2. sj ikan laut, Euthynnus alleteratus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tong.kol] | توڠکول

Definisi : 1 sepotong kayu yg agak besar; bongkah. 2 = ~ jagung bahagian jagung tempat biji-biji jagung me­lekat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[tong.kol] | توڠکول

Definisi : , = ikan ~ nama sj ikan laut, Germo sibi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tongkol (kata nama)
Bersinonim dengan bongkah, ketul, tongkah, buku, gumpal, blok, butir.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
penggunaan kata TONGKOL a) dua tongkol jagung - ini penggunaan untuk penjodoh bilangan b) dua tongkol kayu Penggunaan pada (b) itu adakah membawa maksud untuk penjodoh bilangan atau bermaksud untuk bentuk kayu itu? (bentuk - kayu yang telah dikerat-kerat)Perkataan "tongkol" boleh berfungsi sebagai penjodoh bilangan dan juga sebagai kata nama yang bermaksud sepotong kayu yang agak besar atau disebut bongkah. Penggunaan "tongkol" dalam ayat (b) bermaksud bongkah kayu, bukan penjodoh bilangan. Penjodoh bilangan yang lazim digunakan untuk kayu ialah "batang".Tatabahasa06.06.2023
Penjodoh bilangan untuk kunyit hidup?..kaki, tongkol, ketul..dlm skema kata kaki..minta maklum balas. TqDalam Kamus Dewan, di bawah entri kaki ada dimasukkan contoh sekaki kunyit.Tatabahasa21.05.2013
Salam sejahtera. Apakah perbezaan perkataan-perkataan berikut: 1) Diagram vs Figure - bolehkah diagram diterjemah kepada 'gambar rajah' manakala figure kepada 'gambar' atau kedua-duanya sama? 2) Boulder vs Rock vs Stone - bagaimana hendak bezakan terjemahannya dalam BM kerana semuanya bermaksud batu. 3) Bats vs Clubs - bukankah kedua-duanya bermaksud kayu pemukul? Adakah terjemahan lain yang boleh membezakan antara dua perkataan ini?Dalam data rujukan kami, perkataan diagram boleh digunakan atau gambar rajah manakala figure diterjemah kepada rajah. Perkataan boulder pula diterjemah sebagai batu tongkol, rock diterjemah sebagai batu manakala stone melempar dengan batu. Perkataan bats diterjemah sebagai kayu pemukul manakala club sebagai kayu golf. Puan bolehlah melayari www.prpm.dbp.gov.my bagi carian padanan bahasa Melayu.Penyemakan dan penterjemahan07.09.2016

Kembali ke atas