Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ton.ton] | تونتون

Definisi : ;menonton menengok (pertunjukan, wayang gambar, dll): ~ perlawanan bola; jangan ~ saja jangan melihat saja; mempertontonkan memperlihatkan (sandi-wara dll), memperagakan, memper­tunjuk­kan, mempamerkan (lukisan dll): dipertontonkan sebuah drama di televisyen kita; melihat-lihat barang yg cantik-cantik yg dipertontonkan di kedai; tontonan pertunjukan (wayang gambar dll), sesuatu yg (patut) ditonton: filem-filem Melayu yg menjadi ~ kita; penontonan perbuatan menonton; penonton 1. orang yg menonton (pertun­jukan dll): para ~ bertepuk tangan; 2. ki orang yg hanya menengok saja (tidak ikut serta): biarlah kita jadi ~ saja. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ton.ton] | تونتون

Definisi : ; menonton melihat atau me­­­­­nengok sesuatu pertunjukan (wa­yang gambar dll): Selepas makan ma­lam, kami pergi ~ di panggung Rex. mempertontonkan menyebabkan sesuatu dpt ditonton; memperlihatkan atau mempertunjukkan (sandi­wara dll). tontonan sesuatu yg ditonton; pertunjukan. penontonan perbuatan atau hal menonton. penonton orang yg menonton (pertunjukan dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tonton
Kata Terbitan : menonton, mempertontonkan, menontonkan, penonton,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Aslmkm....blh tk di tonton secara online forum ni, bg yang tk berpeluang menghadirinya secara live.Terima kasih kerana bersahabat dengan DBP. Tiada rakaman atau siaran langsung dibuat. Boleh terus datang ke DBP. Terima kasihLain-lain12.03.2014
saya ingin bertanya tentang perkataan study (belajar) yang dimelayukan adakah studi. perkataan ini saya tonton di saluran astro tutor untuk peperiksaan -- program misi studi upsr, spm, PT3. dewasa ini banyak kekeliruan bahasa berlaku. dah jadi macam indonesia

Perkataan studi terakam dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. Untuk makluman puan, Kamus Dewan berfungsi merakam perkataan yang banyak digunakan dalam kalangan masyarakat dengan merujuk data korpus. Itulah antara justifikasi sesuatu perkataan itu dimasukkan sebagai entri dalam Kamus. Semua perkataan yang dimasukkan dalam Kamus Dewan tidak semestinya diterima sebagai baku dan boleh digunakan untuk tujuan rasmi.
Kami ambil maklum pandangan puan terhadap kekeliruan penggunaan bahasa Melayu dan bersama-samalah kita berusaha mempopularkan kata asli Melayu yang telah mengungkapkan makna yang terkandung dalam perkataan tersebut.

Tatabahasa30.06.2019
Selamat sejahtera........ Bolehkah saya tanya beberapa soalan mengenai tatabahasa ? 1. I Kampung Jaya landa banjir sejak pagi semalam. II Filem seram itu mereka tonton. III Pokok bunga itu kakak siram. Ayat manakah yang betul ? 2. Bapa membeli sebuah kereta baru? atau Bapa membeli sebuah kereta baharu? Terima kasih..........1. Ayat kedua dan ketiga betul.
2. Kedua-dua ayat tersebut juga betul kerana baru dan baharu sama maknanya dan diterima sebagai terjemahan new.
Tatabahasa06.03.2012
contoh ayat: 1) TV1 boleh ditonton secara dalam talian di www.rtm.gov.my/tv1 2) TV1 boleh ditonton menerusi mobile di www.rtm.gov.my Soalan: Adakah ayat ini boleh digunakan? Tonton 'live streaming TV1 di www.rtm.gov.my Soalan : bolehkah perkataan 'live streaming' digunakan? Saya vuba cari perkataan lain yg boleh menggantikan 'live streaming'. Tapi buntu. Harap dapat bantu. Terima kasih1. TV1 boleh ditonton secara dalam talian di www.rtm.gov.my/tv1. (betul)
 
2. TV1 boleh ditonton menerusi mobile di www.rtm.gov.my.
TV1 boleh ditonton menerusi peranti mudah alih di www.rtm.gov.my.


3. Padanan untuk live streaming ialah penstriman  langsung.
Tatabahasa17.01.2013
Saya rasa seronok dan mahu ucap tahniah kerana mewujudkan suatu perkataan baharu khusus untuk bahasa Melayu seperti selfie kepada swafoto. Saya teringin nak melihat suatu perkataan khusus peraturan-peraturan dalam permainan dan sukan khususnya bola sepak yang saban hari kita main, melihat dan tonton. Saya mencari perkataan bahasa Melayu untuk offside dan foul, tetapi yang saya jumpa ialah ofsaid dan faul. Saya mohon ada perkataan baharu untuk bahasa kita yang merupakan jiwa dan identiti kita. Tidak perlu yang panjang, contoh anak dara tua jadi andartu. Atau apa-apa perkataan yang mudah disebut yang semestinya pihak DBP lebih mahir dalam bidang ini. Semoga dapat dipertimbangkan dan dapat memartabatkan lagi kedudukan bahasa Melayu di peringkat antarabangsa. Sekian.Istilah ofsaid dan faul ialah istilah yang rasmi dalam bidang sukan. Walau bagaimanapun, cadangan tuan akan kami kemukakan kepada Bahagian Peristilahan dan Leksikologi untuk dipertimbangkan.   Istilah12.02.2017
Siva Ramana 20 Disember 2015 SUN 10:28PM Siva Nama saya Siva Ramana. Walaupun saya bukan berbangsa melayu saya fasih berbahasa dan suka menonton drama melayu tak kira mana mana siaran. Sejak kebelakangan ini, banyak drama drama Sudah mula mencampuradukan penggunaan bahasa inggeris(BI) terlampau. Saya berusia 35 tahun saya menonton drama sejak kecil Lagi Dari cerita Opah zaman 80an hingga kini. Maka, saya tahu layar cerita dan cara penggunaan BM dulu dan kini. Saya memang tidak nafikan, untuk tujuan Pasaran dan gaya masa kini penggunaan BI dan BM Dalam tutur kata harian. Tetapi bila lihat drama kini penggunaan BI terlalu banyak Dalam satu seisi perbualan. Kalau Ada masa, Cuba tonton TV dan nilai sendiri. Tak salah kalau saya kata, tujuan saya menonton drama melayu untuk menghayati drama melayu, bukan untuk dengar BI.. Saya tidak Tahu sejauhmana balasan saya ini di ambilkira. Walaupun tak diambilkira saya masih tak Rugi yang sayangnya mingkin satu hari nanti kita lihat drama BM Dalam versi BI sepenuhnya kononnya itu lah trend pada masa itu." Sediakan payung sebelum hujan" " setitik nila rosak susu sebelangga". Buat lah sesuatu sebelum terlambat Terima kasih Daripada Insan bukan melayu yang Berjiwa melayu.Terima kasih atas keprihatinan tuan. Untuk makluman, unit pemantauan di DBP juga telah membuat pemantauan tentang penggunaan bahasa dalam media elektronik dan dapatan dari pemantauan ini telah dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Media Elektronik. Walau bagaimanapun kami juga sedar kecelaruan penggunaan bahasa dalam media elektronik ini masih belum diatasi dan kami amat mengharapkan sokongan semua pihak terutamanya pengamal media dan orang awam untuk kita bersama-sama memperkasakan penggunaan bahasa Melayu dalam media elektronik dan bidang-bidang lain juga. Kami amat memuji sikap dan jati diri tuan dalam hal ini, semoga bahasa kebangsaan kita terus dimartabatkan di negara kita.Lain-lain20.12.2015

Kembali ke atas