Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tor.pé.do] | تورڤيدو

Definisi : (torpédo) 1. senjata gerak sendiri ber-bentuk silinder yg membawa bahan letupan yg dilancarkan dalam air dr kapal, kapal terbang, atau kapal selam dan meletup apabila mengenai sasarannya; 2. = kapal ~ kapal perang kecil yg dilengkapkan dgn torpedo; 3. Id, bp bahagian tengah roda basikal (hab) yg dapat memberhentikan basikal; mentorpedokan menembak dgn torpedo. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tor.pé.do] | تورڤيدو

Definisi : /torpédo/ 1 peluru berbentuk lancip yg dpt melancar di air (biasanya dilepaskan dr kapal selam atau dr kapal terbang). 2 = kapal ~ kapal perang kecil yg dilengkapi torpedo. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata torpedo


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah terjemahan struktur ayat berikut tepat dan apa terjemahannya yang sesuai? > Torpedo is a genus of a large rays, a flat cartilaginous fishes in the family Torpedinidae, the electric ray. > Torpedo ialah genus pari besar, ikan berawan leper dalam keluarga Torpedinidae, iaitu pari karan.Struktur ayat dalam bahasa Melayu dibetulkan kepada: Torpedo ialah genus pari besar yang mempunyai rawan leper. Terpode atau pari elektrik merupakan keluarga Torpedinidae.Tatabahasa26.10.2023

Kembali ke atas