Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : vi; ~ with, a. handle in a playful manner, mengusik-usik, mencuit-cuit: he sat ~ing with a pencil, dia duduk sambil mengusik-usik penselnya; he only ~ed with his food and ate practically nothing, dia hanya mencuit-cuit makanannya dan langsung tdk memakannya sedikit pun; b. consider lightly, berangan-angan, berfikir-fikir: he is ~ing with the idea of going to Europe next year, dia sedang berangan-angan hendak ke Eropah tahun depan. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : 2. (derog) amusement, barang mainan: his latest ~ is a portable phone, barang mainannya yg terbaru ialah telefon mudah alih; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : n 1. plaything for children, mainan: the child was playing with his ~s, budak itu sedang bermain dgn mainan-mainannya; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : 2. miniature, kecil: a ~ dog, anjing kecil; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : adj 1. made as a toy, mainan: ~ soldiers, askar mainan; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata toy


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
DBP telah memadankan 'fidget spinner' dengan 'gasing tangan'. Agak sukar untuk kembangkan pola ini untuk menterjemahkan 'fidget toy'. Apakah padanan sesuai untuk 'fidget toy'? 'mainan buang gelisah'?Kami mencadangkan "fidget toy" diterjemahkan sebagai "mainan nyahresah". Namun, padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa.Istilah10.04.2022
Salam sejahtera. Bolehkah saya tahu padanan terjemahan yang sesuai bagi "toy theatre" dan "reverspective" yang ditemukan dalam bidang kesenian? Terima kasih.Tiada maklumat berkaitan dengan “toy theatre” dan “reverspective” dalam pangkalan data. Namun istilah “toy theatre” yang digunakan di DBP ialah “Teater Boneka”. Sila berikan konteks bagi cadangan yang lebih tepat.Istilah11.08.2014
Assalamualaikum. Saya ingin tahu terjemahan bagi istilah berikut. Semua istilah merujuk pada permainan kanak-kanak kecuali nombor 4. 1) plushy 2)soft toy 3)stuffed animal 4)plushophile 5)Teddy bear Terima kasih.Waalaikumsalam. Cadangan kami:
1. plushy =patung mainan lembut
2. soft toy = mainan lembut
3. stuffed animal = patung mainan lembut
4. plushophile = patung
5. teddy bear = beruang teddy
Penyemakan dan penterjemahan28.09.2015
Saya ingin mengesahkan terjemahan bagi "Rattle (a baby's toy)". Adakah ia boleh diterjemahkan sebagai"Mainan yang berdetar (mainan bayi)"? Terima kasih.Untuk makluman, belum ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "rattle" yang merujuk kepada mainan bayi. Walau bagaimanapun, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah mainan berdetar atau mainan detar.Istilah31.01.2017
Assalamualaikum DBP. Nama saya Kapten Mohamad Nawi bin Ismail (Bersara) daripada Syarikat MNI Teguh Jaya Ventures. Saya ingin mendapatkan pengesahan iklan bagi perniagaan saya ini untuk memohon lesen perniagaan daripada Majlis Perniagaan Nilai (MPN). Iklan tersebut adalah seperti berikut: 1. Kedai Toy's Murah - Menjual mainan terpakai daripada luar negera, hard toys dan soft toys 2. AhPeng Garage - Kedai Membaiki Motorsikal, Membaiki motorsikal dan Modifikasi Ekzos Motorsikal Mohon pengesahan daripada pihak tuan untuk pengeluaran Sijil Pengesahan Bahasa daripada pihak tuan. Terima Kasih.Wassalam,

Mohon pihak tuan buat permohonan melalui kunjungan kaunter kami di DBP (Kuala Lumpur) atau melalui dalam talian http://www.dbpsahbahasa.my/

Terim kasih.
Lain-lain18.10.2017

Kembali ke atas