Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tr


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mohon bantuan untuk memastikan penterjemahan di bawah adalah betul mengikut tatabahasa Diploma in Business Information System = Diploma Sistem Maklumat Perniagaan. <tr> tr> <tr> tr>
Mengikut Istilah MABBIM, Diploma in Business Information System = Diploma Sistem Maklumat Perniagaan.
Penyemakan dan penterjemahan10.07.2014
MEMOHON KHIDMAT PENGESAHAN BAHASA KEBANGSAAN DALAM IKLAN <tr> tr> <tr> tr>

Salam sejahtera, Untuk makluman, permohonan pengesahan bahasa untuk iklan perlu dibuat secara dalam talian melalui laman web dbpsahbahasa.my. Bagi mendapatkan id akses dan kata laluan, tuan/puan perlu mendaftar dahulu. Mohon rujuk tunjuk cara pendaftaran dengan mengklik Panduan Pendaftaran di laman web dbpsahbahasa.my.  2. Caj sebanyak RM10.00 akan dikenakan untuk jenis iklan Papan Premis Kedai/Pejabat/Syarikat.  Proses kelulusan mengambil masa 3 hari bekerja selepas DBP menerima bayaran daripada bank pelanggan. Sekian, terima kasih.

Lain-lain03.11.2020
untuk nama khas bagi sesebuah lebuhraya contoh 'Lebuhraya E22' adakah perkataan 'lebuhraya' itu sendiri perlu dijarakkan atau ia tidak mengira nama khas ia tetap perlu dijarakkan? <tr> tr> <tr> tr>
Ejaan yang betul ialah Lebuh Raya E22
Ejaan23.11.2020
Pertumbuhan ekonomi dan kemakmuran global pada masa akan datang bergantung kepada kejayaan kita dalam menjadikan usaha mengejar inovasi melalui pendidikan berkualiti. Kita yakin pendidikan bertaraf dunia sebagai penggerak utama pembangunan ekonomi negara. pendidikan merupakan mekanisma asas dalam ditingkatkan pembangunan negara agar dapat berdayasaing di peringkat antarabangsa. Komitmen dengan gembelengan tenaga semua pihak sangat diperlukan bagi pastikan usaha kerajaan memantapkan kualiti sistem pendidikan Malaysia hingga diterima di persada antarabangsa dan seterunya mendapat status berada di dalam kelompok negara yang mempunyai sistem pendidikan terbaik dunia. <tr> tr> <tr> tr>
Soalan anda tidak jelas. Sila kemukakan soalan yang lebih jelas.
Lain-lain01.12.2020
Apakah istilah Bahasa Melayu untuk "freelancer"? <tr> tr> <tr> tr>
Istilah Bahasa Melayu untuk "freelancer" ialah "karyawan bebas".

Terima kasih.


Istilah09.11.2017
Apakah maksud perkataan 'melecut' ? sertakan ayat contoh sekali.<tr id="dict_KDE">tr><tr id="dict_KIM" style="display: none">tr><tr id="dict_KMI" style="display: none">tr><tr id="dict_KMC" style="display: none">tr><tr id="dict_KST" style="display: none">tr><tr id="dict_PRB" style="display: none">tr><tr id="dict_SIB" style="display: none">tr>

Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat makna dan contoh ayat/frasa adalah seperti yang berikut:

bunyi pukulan cemeti (rotan, cambuk, dll); ~ cambuk pukulan cambuk;

  • melecut

    1. terpancut keluar dgn pantas (spt biji buah yg dipicit dll), terlepas keluar, melecit: baji ~ keluar; 2. memukul dgn cemeti (rotan, cambuk, dll), menyebat: anaknya dilecutnya dua kali; 3. berbunyi spt bunyi pukulan cemeti (rotan, cambuk, dll); 4. ki menggiatkan;
  • melecutkan

    1. menjadikan terpancut keluar (melecit dll); 2. memukulkan, mencambukkan, menyebatkan;
  • lecutan

    pukulan, sebatan: ia menanti ~ rotan dgn ketakutan yg amat sangat;
  • pelecut

    alat utk melecut, cambuk, cemeti.
      
Makna02.10.2009
-MENGAPAKAH PROSES PENGGANDAAN PENTING DALAM BAHASA MELAYU ? -PROSES PENGGANDAAN MANAKAH YANG LEBIH BAIK, BAHASA MELAYU ATAU BAHASA INGGERIS ? <tr> tr> <tr> tr>


Proses penggandaan dalam bahasa Melayu ialah proses yang menggandakan kata dasar. Terdapat tiga jenis penggandaan, iaitu penggandaan penuh, separa dan berentak. Kata adjektif ganda, kata nama ganda  dan kata kerja ganda dalam penggandaan separa, iaitu proses yang menggandakan sebahagian kata dasar sahaja. Contoh : Kata kerja = berlari-lari, berkata-kata; kata nama ganda = sayur-sayuran, orang-orangan; kata adjektif ganda = sepandai-pandai, sebaik-baik. Manakala dalam penggandaan berentak pula, contohnya : kata nama ganda = kuih-muih, batu-batan, anak-pinak; kata kerja ganda = cerai-berai, dolak-dalik, ulang-alik; kata adjektif ganda = hiruk-pikuk, gelap-gelita, lintang-pukang.

Tidak ada kaedah yang menentukan proses penggandaan mana yang lebih baik antara bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.
Tatabahasa29.01.2017
Saya ingin menerbitkan tesis PhD sejarah saya menjadi sebuah buku dengan DBP. Apakah email pihak berkaitan untuk saya menghantar salinan tesis? Saya menetap di Shah Alam dan tesis saya tebal untuk diprint & dipos ke DBPSelamat petang

Pihak tuan boleh menghubungi Ketua Editor Bahagian Buku Umum, Jabatan Penerbitan, Dewan Bahasa dan Pustaka untuk mendapat nasihat tentang tatacara untuk menerbitkan tesis tuan dengan pihak DBP. Nama dan no. telefon seperti yang berikut:
 
<tr> tr> <tr> tr> <tr> tr> <tr> tr> <tr> tr>
Amran bin Joned (Dr.)
Ketua Editor
Jabatan Penerbitan Bahagian : Bahagian Buku Umum E-mel : amran@dbp.gov.my Nombor Pejabat : 03-21479585

Sekian, terima kasih.
Lain-lain31.07.2016
DEFINSI TEKNIKAL,VOKASIONAL,TEKNOLOGI

Sdr, atitein, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.

(téknikal) 1. (yg) berkaitan dgn pelaksanaan sesuatu kerja dsb (tidak dgn aspek-aspek atau perincian kerja itu sendiri): pelancaran skim itu terpaksa ditangguhkan kerana masalah ~; 2. (yg) berkaitan dgn sesuatu bidang pengetahuan yg tertentu: perkataan ~; istilah ~.

<tr id="dict_KDE">tr><tr id="dict_KIM" style="display: none">tr><tr id="dict_KMI" style="display: none">tr><tr id="dict_KMC" style="display: none">tr><tr id="dict_KST" style="display: none">tr><tr id="dict_PRB" style="display: none">tr><tr id="dict_SIB" style="display: none">tr>
  • 1. bkn pekerjaan (profesion dsb) yg tertentu; 2. bkn kursus (latihan, dsb) pendidikan amali yg menitikberatkan kemahiran yg diperlukan utk sesuatu pekerjaan (profesion dsb): bimbingan ~; sekolah téknologi) 1. aktiviti atau kajian yg menggunakan pengetahuan sains utk tujuan praktis dlm industri, pertanian, perubatan, perniagaan, dll, sains gunaan: Universiti Malaya memainkan peranan yg penting utk melahirkan pakar-pakar ~ kita;
  • 2. kaedah atau proses menangani sesuatu masalah teknikal; ~ maklumat teknologi yg berkaitan dgn pemerolehan, penyimpanan, pemprosesan dan penyebaran maklumat secara elektronik; ~ maklumat dan komunikasi
      

Istilah27.03.2009
Apakah kesan kerancuan bahasa terhadap perkembangan bahasa baku?

Sila rujuk bahan ini yang dipetik daripada Talian KAWAT Pusat Dokumentasi Melayu DBP. Sekiranya sdr menjadi Rakan Dewan sdr boleh meminjam di Pusat Dokumentasi Melayu.

<tr>tr><tr>tr>
Hasil carian yang mempunyai 'kerancuan bahasa' dalam Judul (6 rekod dijumpai)Carian Baru<tr style="font-weight: bold; color: #f7f7f7; background-color: navy">tr><tr style="color: black; background-color: #c8c8ff">tr><tr style="color: #4a3c8c; background-color: #f7f7f7">tr><tr style="color: #4a3c8c; background-color: #e7e7ff">tr><tr style="color: #4a3c8c; background-color: #f7f7f7">tr><tr style="color: #4a3c8c; background-color: #e7e7ff">tr><tr style="color: #4a3c8c; background-color: #f7f7f7">tr>
 JUDUL ARTIKELPENGARANGMAJALAHKELUARAN Kerancuan bahasa dari perspektif IslamIbnu Ahmad Al-KurauwiDewan Masyarakat01/06/2006TerperinciKerancuan Bahasa IklanRusdi Abd. RahmanPelita Bahasa 01/11/2001TerperinciKerancuan Bahasa pada Papan TandaAsiah IdrisPelita Bahasa 01/11/2001TerperinciKerancuan dalam bahasa MelayuTeo Kok SeongJurnal Bahasa01/12/2006TerperinciKerancuan membunyikan e-taling dan e-pepet dalam bahasa MelayuMuhammed Salehudin AmanDewan Bahasa01/06/2004TerperinciUsop Sontorian dan kerancuan bahasaSamat BuangPelita Bahasa01/12/1996Terperinci

Lain-lain24.03.2008
12345678910...

Kembali ke atas