Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata track


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, Apakah nama bagi tayar kereta kebal? Dalam Bahasa Inggeris disebut sebagai caterpillar track/continuous track. Adakah tepat jika saya gunakan istilah tayar? tetima kasihTuan.

Berdasarkan data kami, caterpillar track wheel boleh diterjemahkan kepada roda runut Caterpillar. Untuk maklumat lanjut, tuan boleh melayari track&d=129316&#LIHATSINI">http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=caterpillar+track&d=129316&#LIHATSINI.

Sekian, terima kasih.
Istilah03.07.2017
apakah perkataan bahasa Melayu yang sesuai untuk "keep track" dalam konteks "keep track of perbelanjaan". Terima kasih.Cadangan terjemahan yang boleh digunakan bagi perkataan keep track ialah mengawasi, mengawasi perbelanjaan.Penyemakan dan penterjemahan21.04.2019
Istilah 'fast track' dalam BMTidak ada padanan fast track dalam sumber rujukan kami. Kata fast boleh diterjemahkan kepada cepat, pantas dan segera mengikut konsep maknanya dan konteks penggunaannya. Sila hubungi kami semula dan nyatakan bidang penggunaannya untuk kami cadangkan terjemahan yang sesuai.Tatabahasa18.12.2011
Salam, saya ingin tahu adakah terjemahan bahasa Melayu berikut, "Atlet Balapan", sesuai untuk padanan bahasa Inggeris, "Track Athlete". Terima kasihUntuk makluman, belum ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk track athlete. Walau bagaimanapun, istilah bahasa Melayu untuk track ialah balapan dan istilah bahasa Melayu untuk athlete ialah atlet.  Oleh itu, istilah atlet balapan adalah betul dan boleh digunakan.Istilah08.10.2012
Tuan/Puan, Apakah terjemahan yang sesuai untuk 'track changes'; adakah 'mencatat perubahan'. Terima kasih.Cadangan terjemahan "track changes" dalam bahasa Melayu ialah "perubahan  suntingan"






Makna08.10.2019
Apakah padanan yang sesuai untuk 1.speed skating 2.short track speed skating? Terima kasihSalam sejahtera,

Tuan,

Padanan bahasa Melayu bagi speed skating ialah luncur laju.

Pihak kami belum ada terjemahan istilah bagi short track speed skating. Padanan bahasa Melayu yang kami boleh cadangkan ialah luncur laju laluan pendek atau luncur laju landasan pendek.

Sekian, terima kasih.
Istilah27.09.2017
Ingin mengemukankan beberapa soalan dan memerlukan huraian secara terperinci. 1. Penggunaan perkataan t-shirt dan track suit. Soalan: Perlu diitalikan atau tidak? Huruf 't' pada perkataan t-shirt perlu besar atau tidak? 2. kundasang war memorial dan poring hot spring. Soalan: perlu atau tidak diitalikkan? sekiranya nama tempat tersebut tidak terdapat dalam bahasa melayu adakah ia tidak perlu diitalikkan? Contohnya: BI : kundasang war memorial BM : tugu peringatan kundasang 3.Perkataan waalaikumussalam. Soalan: Perlu diitalikkan atau tidak? Kerana perkataan tersebut tidak terdapat dalam kamus dewan. Adakah konteks penggunaannya sama dengan perkataan assalamualaikum? 4. perkataan mad wajib. Soalan: adakah ia merupakan kata nama khas? Sekiranya perkataan tersebut adalah kata pinjaman adakah ia perlu diitalikkan?1. T-shirt dan track suit telah ada padanan dalam bahasa Melayu, iaitu kemeja-T dan pakaian trek.
2. Begitu juga dengan war memorial telah ada padanan dalam bahasa Melayu, iaitu tugu peringatan atau tugu peringatan perang. Oleh itu Kundasang war memorial boleh diterjemahkan kepada Tugu Peringatan Perang Kundasang.
3. Perkataan waalaikumussalam tidak perlu diitalikkan.
4. Perkataan mad wajib ialah istilah khusus bahasa Arab dan perlu diitalikkan.
Tatabahasa08.05.2012
Apakah maksud "bubble" untuk ayat "We do not track or bubble you!"?Untuk makluman saudara Khidmat nasihat bahasa hanya menjawab soalan bahasa Melayu sahaja dan bukan bahasa lain.  Soalan terjemahan boleh diajukan kepada Institut Terjemahan Negara.  Terima kasih.Makna21.05.2014
Salam sejahtera tuan/puan. Sukacita sekiranya pihak tuan/puan dapat memberikan terjemahan bagi istilah-istilah berikut: 1.Three Car Monorail Train 2.Virtual Silent Track Monorail Train 3.Diesel Cog Locomotive 4. Flywheel Railcars 5.Shunting Vehicles 6.Articulated Railway Passenger Car Sekian, terima kasih.Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut:

1.Three Car Monorail Train – Tren Monorel Tiga Gerabak

2.Virtual Silent Track Monorail Train – Tren Monorel Trek Senyap Maya

3.Diesel Cog Locomotive – Lokomotif Roda Gigi Diesel

4. Flywheel Railcars – Relkar Roda Tenaga

 5.Shunting Vehicles – Kenderaan Pirau

6.Articulated Railway Passenger Car – Gerabak Penumpang Kereta Api Bersendi

Istilah17.05.2016
Salam, apakah terjemahan untuk istilah yang merujuk kepada roda/tayar kereta kebal? Adakah betul jika diterjemahkan seperti berikut, trek berantai/roda berantai/tayar berantai. Untuk makluman, perkataan bahasa Inggerisnya ialah Track. Terima kasih.Penggunaan yang paling sesuai ialah roda berantai bagi merujuk roda yang menggerakkan kereta kebal.Istilah13.09.2012
12

Kembali ke atas