apakah maksud permainan tradisi | Permainan tradisi bermaksud permainan atau sesuatu yang sudah menjadi kebiasaan (adat, kepercayaan, dll) yg kekal turun-temurun, sesuatu yg sudah menjadi amalan yg sudah sebati dgn sesuatu masyarakat (golongan, kumpulan, dsb) | Istilah | 26.11.2009 |
apakah maksud tradisi masyarakat mengikut kamus dewan bahasa | Tradisi bermaksud sesuatu kebiasan(adat, kepercayaan, dll.) yang kekal turun-temurun. Masyarakat bermaksud kumpulan manusia yang hidup bersama. Oleh itu tradisi masyarakat bermaksud sesuatu kebiasaan yang kekal turun-temurun dalam masyarakat(sekumpulan manusia). | Makna | 26.03.2008 |
1. Boria ialah sejenis teater tradisi yang popular. 2. Boria adalah sejenis teater tradisi yang popular. Penggunaan kata pemeri mana yang lebih sesuai? Ialah atau adalah. | Penggunaan kata pemeri yang betul dalam contoh ayat yang diberikan "ialah". Untuk makluman, kata pemeri "ialah" hadir di hadapan frasa nama, manakala kata pemeri "adalah" pula hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama seperti untuk, pada, dalam, dengan dan sebagainya. | Tatabahasa | 15.05.2019 |
selamat sejahtera saya ingin bertanya mengenai tajuk pembentangan yang bertajuk 'Warga yang Berbudaya,Memahami Tradisi Bangsa'.Apakah yang perlu saya bincangkan mengenai tajuk tersebut? | Sila rujuk bahan ini : 1. Warga yang berbudaya, memahami tradisi bangsa oleh AGA Dewan Budaya 01/01/2007. 2. Budaya identiti bangsa [diwawancara oleh Ghafar Abdullah] A. Aziz Deraman Dewan Budaya 01/10/1986. 3. Cabaran dan masa depan Dasar Kebudayaan Kebangsaan A. Aziz Deraman Melayu: Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu 01/12/2004. 4. Menghayati budaya bangsa Hassan Ahmad Dewan Budaya 01/08/2004 T | Lain-lain | 07.08.2007 |
Saya ingin menggunakan perkataan ini "reinvensi Tradisi" dalam tajuk tesis saya. Perkataan ini saya alihbahasa dari perkataan bahasa Inggeris iaitu "tradition reinvention". Diharapkan pihak tuan dapat mengesahkan jika saya boleh mengunakan perkataan tersebut. | Menurut Kamus Inggeris- Melayu Dewan kata invention ialah ciptaan atau berkaitan dengan penciptaan. Oleh sebab sdr tidak memberikan jenis bidang pembelajaran (judul tesis) sdr, rangkai kata "tradition reinvention" dapat dipadankan secara umum ialah "Tradisi Penciptaan Semula". | Istilah | 23.06.2009 |
Apakah beza dua frasa ini? 1. Adat resam 2. tradisi | “Adat resam” bermaksud adat (aturan) yang menjadi kebiasaan kepada sesuatu kaum (daerah dll), merangkumi kebiasaan atau kelaziman manusia daripada segi perbuatan, berpakaian, makan, menghias diri dan sebagainya. Manakala “tradisi” ialah sesuatu kebiasaan merangkumi aspek (adat, kepercayaan, cara hidup, dll) yang telah diamalkan sejak lama dan diwarisi secara turun-temurun daripada generasi kepada generasi seterusnya dan menjadi amalan yang sudah sebati dengan sesuatu masyarakat (golongan, kumpulan, dsb). | Makna | 07.05.2020 |
selamat pagi. soalan yang dikemukakan adalah penggunaan perkataan diperturunkan dalam konteks ayat "bagi kaum Melayu, kain batik merupakan elemen tradisi yang diperturunkan oleh generasi terdahulu kepada generasi kini. soalan saya adalah, adakah penggunaan diperturunkan betul daripada segi tatabahasa dan sekiranya salah, bagaimana untuk menganalisisnya. hal ini demikian, kata dasar bagi diperturunkan adalah turun yang membawa pelbagai definisi seperti perbuatan, warna, ekonomi. terima kasih. | Bagi kaum Melayu, kain batik merupakan elemen tradisi yang diperturunkan oleh generasi terdahulu kepada generasi kini - diperturunkan (kata dasar turun) membawa pelbagai maksud antaranya memindahkan sesuatu kepada (anak, cucu, dan lain-lain), atau mewariskan sesuatu kepada..., berdasarkan maksud tersebut diperturunkan dalam ayat tersebut bermaksud diwariskan dan boleh digunakan. | Tatabahasa | 20.01.2010 |
Apakah maksud perkataan 'kumpi'? Adakah ia sejenis makanan ringan tradisi? | Maksud kumpi ialah moyang (lelaki dan perempuan). | Makna | 30.04.2007 |
apakah itu nasi malukut?? benarkah ianya wujud dan menjadi makanan tradisi di sesuatu tempat?? | Nasi malukut tiada dalam sumber rujukan DBP yang ada hanya hanyalah malakut (bermaksud alam atau tempat malaikat dan roh/kerajaan) dan melukut (bermaksud pecahan beras yg halus-halus) | Makna | 01.11.2007 |
Definisi Pembelajaran Tradisional | Pembelajaran Proses/kegiatan untuk memperoleh ilmu pengetahuan bersifat tradisi yang diwarisi daripada orang/sistem terdahulu. | Makna | 16.10.2009 |