1) Apakah definisi kampung tradisional dan ciri-ciri kampung tradisional 2) Apakah definisi bandar metropolitan | 1. Tidak ada definisi khusus untuk kampung tradisional dan ciri kampung tradisional dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, terdapat definisi "kampung" dan "tradisional" dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. iaitu: i. kampung bermaksud 1. kawasan kediaman (terdiri daripada sekumpulan rumah dll) di luar bandar, desa, dusun 2. kawasan dalam bandar tempat sesuatu kaum tinggal berkelompok 3. (kiasan) tidak moden, agak kolot 4. bukan dihasilkan (dipelihara dll) dengan cara pengurusan moden, terpelihara (terhasil, terjaga, dll) cara kampung ii. tradisional bermaksud berkaitan dengan, bersifat, atau mengikut tradisi, 2. Dalam bidang Geografi, istilah bandar metropolitan bermaksud sesebuah bandar yang terlalu besar atau sebuah kawasan bandar yang diperluas. | Makna | 29.11.2012 |
rumah melayu tradisional atau rumah tradisional melayu | Jawapan yang betul ialah rumah melayu tradisional. | Tatabahasa | 21.04.2010 |
Adakah betul ungkapan tajuk dibawah? : PERTANDINGAN PERMAINAN ALAT MUZIK TRADISIONAL atau ia sepatutnya di tulis PERTANDINGAN MUZIK TRADISIONAL? Kami akan menganjurkan pertandingan muzik tradisional di mana peserta perlu menunjukan bakat memainkan alat muzik tradisional secara berkumpulan. | Tajuk yang sesuai ialah "Pertandingan Permainan Alat Muzik Tradisional". | Tatabahasa | 20.05.2013 |
Salam pertanyaan: 1. Mana satu betul Sukan Memanah Tradisional @ Sukan Panah Tradisional @ atau ada yang lain? 2. Aktiviti Tunggang Kuda?" | 1. Sukan Memanah Tradisional 2. Aktiviti Menunggang Kuda | Ejaan | 09.12.2013 |
maksud warisan tradisional? faktor yang menyebabkan warisan tradisional semakin merosot? | Warisan tradisional ialah bahan-bahan sama ada benda atau bukan benda seperti rumah Melayu lama (benda) dan pantun (bukan benda) yang menjadi lambang atau identiti sesebuah bangsa atau suku kaum. Untuk menyatakan bahawa warisan tradisional semakin merosot pada hari ini adalah sesuatu yang subjektif. | Lain-lain | 12.02.2008 |
Yang mana betul, "perubatan tradisional Melayu" atau "perubatan Melayu tradisional"? | Frasa yang lazim digunakan ialah "perubatan tradisional Melayu". | Tatabahasa | 30.10.2015 |
apakah perbezaan maksud diantara sastera moden dan sastera tradisional? | Perbezaan maksud antara sastera moden dan sastera tradisional ialah sastera moden mengandungi karya meliputi genre novel, cerpen, puisi, drama dan esei/kritikan. Sastera tradisional pula terbahagi kepada sastera lisan dan sastera tulisan. Sastera lisan mengandungi sastera rakyat yan terbahagi kepada prosa (cerita lipur lara, jenaka, teladan, binatang, mitos dan legenda) dan puisi (pantun, syair, nazam, gurindam, seloka, teka-teki, teromba, peribahasa dan dikir/mentera). Sastera tulisan pula mengandungi sastera hikayat, sastera panji, sastera epik sastera sejarah, cerita nabi-nabi, sastera kitab dan sastera undang-undang. Sekian dan salam. | Lain-lain | 09.07.2009 |
Apakah bentuk dan aliran dalam penulisan sastera tradisional | Sdr., dari segi bentuk, kesusasteraan Melayu tradisional terbahagi kepada dua iaitu prosa dan puisi atau disebut juga sebagai genre prosa dan genre puisi. Genre prosa merangkumi cerita-cerita yang dikategorikan pula kepada, a. Sastera Hikayat ( cerita-cerita daripada sumber Hindu, Islam dan tempatan) b. Sastera Epik( epik tempatan dan berunsur Islam) c. Sastera Panji dan Perwayangan ( sumber daripada Jawa dan Hindu) d. Sastera Sejarah ( cerita yang berhubung dengan sejarah atau salasilah sebuah kerajaan Melayu silam) e.Cerita Para Nabi dan Tokoh-Tokoh Islam ( sumber daripada sejarah Islam) f. Sastera Kitab( berhubung dengan kitab fikah, tasawuf dan sebagainya) g. Sastera Undang-undang dan ketatanegaraan ( undang-undang, peraturan dan adat istiadat sesebuah kerajaan Melayu) h. Kepustakaan Ilmu Tradisional ( berhubung dengan ilmu penujuman, ilmu mendukun dan sebagainya) Genre puisi pula termasuk pantun, syair, nazam, gurindam, seloka, mantera, teromba dan sebagainya. Mohon sdr. merujuk buku Kesusasteraan Melayu Tradisional( DBP,2000) yang ditulis oleh Dr. Harun Mat Piah dll. untuk mendapatkan keterangan yang lebih lanjut tentang persoalan yang di atas. | Lain-lain | 22.10.2010 |
Terdapat permainan tradisional yang menggunakan rim basikal. Ada yang mengatakan kelereng. Ada yang mengatakan kleret. Manakah yang paling tepat? Terima kasih. | Untuk makluman, dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan "kelereng" bermaksud 1. biji buah lerak 2. guli, gundu, kelici. Perkataan "kleret" tidak terdapat dalam kamus atau pangkalan data istilah DBP. | Istilah | 28.10.2016 |
Definisi Pembelajaran Tradisional | Pembelajaran Proses/kegiatan untuk memperoleh ilmu pengetahuan bersifat tradisi yang diwarisi daripada orang/sistem terdahulu. | Makna | 16.10.2009 |