Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tradisonal


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah tatabahasa tradisonal?Tatabahasa tradisional adalah mengikut acuan pola dan kaedah tatabahasa Latin dan Yunani. Tatabahasa ini dapat diaplikasikan pada tatabahasa lain dan bercirikan kajian bahasa sebelum linguistik moden.Tatabahasa27.07.2006
Ayat manakah yangbetul? 1. Beberapa orang murid lelaki memainkan muzik tradisonal. 2. Beberapa orang murid lelaki memainkan alat-alat muzik tradisonal.Ayat kedua.Tatabahasa02.03.2013
salam satu Malaysia Untuk makluman, saya telah menyiapkan sepuluh judul cerita tradisonal untuk kanak -kanak tetapi saya tidak tahu hendak dihantar ke mana manuskrip tersebut. Baru - baru ini saya telah menghantar email kepada beberapa penerbit ( bersama dengan satu contoh judul cerita ) tetapi sehingga kini saya tidak mendapat sebarang jawapan samada mereka mahu menerina atau menolak karya tersebut. Oleh itu besarlah harapan saya agar pihak DBP dapat membantu saya kerana saya benar -benar berminat untuk mencuba bakat saya dalam bidang penulisan ini. Diharapkan agar pihak tuan sudi memberi panduan kepada saya berhubung dengan tempat penghantaran karya ini. Saya sangat mengharap agar mendapat maklum balas yang amat positif daripada pihak tuan. Sekian terima kasih Saindim Sadah Kota Belud Sabah.

Untuk makluman saudara Bahagian Buku Sastera, DBP bertanggungjawab menyelaras dan mengurus penerbitan buku satera. Sila hubungi Ketua Bahagian Buku Sastera, Jabatan Penerbitan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur atau e-mel hajijah@dbp.gov.my.

Sastera03.08.2011
Soalan saya, adakah dbp menyimpan tajuk-tajuk kajian yang pernah dibuat oleh sarjana tempatan atau luar terntang syiar bidasari. 2. Adakah syair milik masyarakat melayu tradisonal atau berasal dari arab 3. Bilakah asal kedatangan syair ke malaysia? 4. Adakah syair asal bidasari mempunyai nama pengarangnya yang asal

Untuk makluman saudara, Syair Bidasari telah dikaji secara mendalam oleh Puan Jamilah Hj.Ahmad seorang pegawai penyelidik DBP dan hasil kajian tersebut telah diterbitkan pada tahun 1989.Beliau telah membuat perbandingan naskhah  lima versi Syair Bidasari. Disamping itu Prof.Madya Dr.Hashim Ismail seorang pensyarah dari Universiti Malaya  ada membuat kajian tentang Syair Bidasari yang berjudul Keindahan Syair Bidasari: Dualisme yang Indah. Kajian beliau ini dimuatkan dalam buku Pandangan Semesta Melayu: Syair yang diterbitkan oleh DBP pada tahun  2005.  Saudara juga boleh merujuk Pusat Dokumentasi Melayu,Dewan Bahasa dan Pustaka untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang perkara tersebut. Antara pegawai yang bertugas yang boleh dihubungi ialah Puan Kamariah Abu Samah ( 03-21481037) atau Puan Fatimah Zahrin( 03-21481044).

Istilah Syair sebenarnya berasal dari Arab atau Parsi tetapi bentuk syair yang wujud dalam kesusasteraan Melayu ialah ciptaan orang Melayu mengikut struktur bahasa Melayu dan cita rasa seni sastera Melayu.  Syair datang atau berkembang ke Malaysia atau ke alam Melayu khususnya sejak kedatangan agama Islam ke Melaka iaitu sekitar abad kelima belas. Syair Bidasari yang asal ( dalam bentuk manuskrip jawi) tidak tertera nama pengarangnya kerana pengarang syair tersebut hanya membahasakan dirinya sebagai "fakir" sebagai tanda merendah diri.

Lain-lain21.07.2010

Kembali ke atas