Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : 2. (in pl) casual footwear, kasut getah. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : n 1. one who trains person or animal, pelatih; (sport) jurulatih: football ~, jurulatih bola sepak; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata trainer


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam Malaysia MADANI. Saya ingin kepastian kaedah penulisan frasa bahasa Inggeris yang telah menjadi nama program khas di Institut Aminuddin Baki. Contoh: 1. Program Master Trainer 2. Program Master Trainer (Frasa Master Trainer diitalikkan) 3. Certified Trainer 4. Certified Master Trainer Kaedah penulisan tanpa italikkan frasa bahasa Inggeris untuk program khas bersifat dalaman institusi atau mesti diitalikkan.Untuk makluman, pihak DBP tidak membuat kerja-kerja penterjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. Sila terjemahkan perkataan atau ayat bahasa asing tersebut dalam bahasa Melayu agar pihak kami dapat menyemak dan memberikan cadangan padanan yang sesuai.Lain-lain21.11.2024
1. Bolehkah istilah 'Master Trainer' digunakan secara terus sebagai nama khas kepada sesuatu kelayakan khusus. 2. Apakah perkataan paling sesuai diberikan kepada perkataan 'trainer', jika ia merujuk kepada tenaga pengajar kepada seorang jurulatih.Istilah Master Trainer belum ada dalam sumber rujukan kami. Dalam bidang pendidikan terdapat istilah master teacher dan diterjemahkan kepada guru ahli/guru utama. Oleh itu, kami mencadangkan padanan istilah Master Trainer dalam bahasa Melayu ialah Jurulatih Utama.Istilah16.11.2011
Saya ingin bertanya terjemahan istilah Training of Trainer dalam bahasa Melayu.Terjemahan Training of Trainer ialah Latihan kepada Pelatih/JurulatihPenyemakan dan penterjemahan13.08.2014
Maaf, saya ingin bertanya perkataan bahasa inggeris elliptical trainer di dala bahasa melayu apa ye?Padanan yang dicadangkan untuk "Elliptical Trainer" dalam bahasa Melayu ialah 'Mesin Senaman Elips" atau "Alat Senaman Elips".Makna16.04.2020
Salam sejahtera, saya ingin bertanya apakah terjemahan yang tepat bagi istilah Bahasa Inggeris (Training of Trainer) di dalam Bahasa Melayu? Sekian, terima kasih.Kami mencadangkan istilah "Training of Trainer" diterjemahkan sebagai "latihan jurulatih (TOT)". Namun, padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa.Istilah06.04.2022
Apakah padanan yang sesuai untuk "apex predator" untuk ayat contoh di bawah: A sudden strike turns a location scout into a race against death and a personal trainer becomes the victim of an apex predator stalking the trails. Menurut Kamus Bahasa Inggeris, definisi yang diberikan ialah: n 1. highest point, peak, puncak, mercu, kemuncak; (tech) mercu, puncak: the ~ of a mountain,puncak gunung; the ~ of a triangle,mercu segi tiga; 2. pointed end, apeks; (of tongue, leaf) apeks, hujung: the ~ of the lung, apeks paru-paru; the ~ of the heart, apeks jantung; the ~ of the tongue, hujung lidah; 3. end, edge, crest of mineral vein, apeks; 4. climax, mercu, puncak: he was at the ~ of his career, dia berada di puncak kerjayanya. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan) Berdasarkan definisi di atas, mengikut pemahaman saya, "apex predator" merujuk kepada pemangsa yang berada di puncak piramid makanan. Mohon bantuan pihak Tuan/Puan untuk memberikan padanan yang sesuai mengikut konteks ayat contoh yang diberikan di atas. Terima kasih.Kami mencadangkan "apex predator" diterjemahkan sebagai "pemangsa puncak". Namun, padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa.Istilah18.06.2022

Kembali ke atas