Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[trans.for.ma.si] | ترنسفورماسي

Definisi : perubahan bentuk (sifat, rupa, keadaan, dll): satu ~ asas perlu dibuat utk melaksanakan hukum-hukum al-Quran; mentransformasikan melakukan (mening­galkan dsb) transformasi, mengubah bentuk (sifat, rupa, keadaan, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[trans.for.ma.si] | ترنسفورماسي

Definisi : perubahan rupa, bentuk, sifat dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata transformasi


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah betul ayat tema "Inovatif menjana transformasi" atau "Inovatif teras transformasi" dan "Kualiti dan Teknologi Menjana Transformasi

Perkataan yang lebih sesuai untuk tema ialah "Inovasi menjana transformasi", Inovasi teras transformasi dan "Kualiti dan Teknologi Menjana Transformasi".
Tatabahasa16.05.2013
Salam tuan, maaf mengganggu. saya ingin mendapat makna yang tepat mengikut kamus dewan bagi perkataan TRANSFORMASI dan MENJANA TRANSFORMASI berkaitan 1 MALAYSIA. Terima kasih atas perhatian dan kerjasama.Transformasi bermaksud perubahan bentuk (sifat, rupa, keadaan, dll): satu ~ asas perlu dibuat utk melaksanakan hukum-hukum al-Quran; Manakala menjana transformasi ialah mewujudkan/menghasilkan transformasi atau perubahan sesuatu.Lain-lain03.10.2010
SAYA INGIN MENGETAHUI DENGAN LEBIH LANJUT TENTANG APA YANG DIKATAKAN SEBAGAI AYAT TRANSFORMASI, KONSEP AYAT TRANSFORMASI SATU DASAR BERSERTA DENGAN CONTOH AYATNYA SEKALI. TERIMA KASIH.Teori tatabahasa transformasi -generatif mengandaikan adanya dua peringkat struktur ayat, iaitu peringkat struktur dalaman dan struktur permukaan.  Kedua-dua peringkat struktur ini diterbitkan oleh dua jenis hukum atau rumus tatabahasa. Pertama jenis rumus struktur frasa yang menerbitkan ayat-ayat pada peringkat dalaman dan jenis kedua dikenali sebagai rumus transformasi yang berfungsi menukarkan pola atau struktur bayat hingga membawa kepada peringkat struktur permukaan. Untuk keterangan lanjut sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 531. Tatabahasa25.03.2008
Salam, kami memerlukan khidmatnasihat bagi memilih tema konvo kolej ini. Berikut disertakan cadangan. yang manakah yang paling sesuai dan apakah susunan dan tatabahasa adalah betul. 1. Menjana Transformasi Graduan Berinovasi 2. Graduan Berinovasi Menjana Transformasi 3. Transformasi Ke Arah Graduan Berinovasi Terima kasih.
Tema yang paling sesuai digunakan ialah ' Graduan Berinovasi Menjana Transformasi'
Tatabahasa14.08.2012
(1) APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN TRANSFORMASI DALAM BAHASA MELAYU DAN BAHASA INGGERIS? (2) TRANSFORMASI MENURUT KAMUS DEWAN?Makna transformasi dalam bahasa Melayu seperti dalam Kamus Dewan, iaitu perubahan bentuk (sifat, rupa, keadaan dan sebagainya). Kamus Inggeris - Melayu Dewan memberi menghuraikan transformation, iaitu act of changing the form or appearance of.Makna02.11.2011
Ketepatan Tema: Transformasi Kreativiti Inovatif Berkualiti. Bolehkah digunapakai?Frasa "Transformasi Kreativiti Inovatif Berkualiti" tidak tepat dari segi maknanya. Cuba lihat makna tiap patah kata satu per satu, transformasi bermaksud perubahan bentuk, kreativiti bermaksud kebolehan mencipta/daya kreatif, inovatif bermaksud bersifat inovasi dan berkualiti.Tatabahasa18.03.2013
contoh ayat transformasi " ke pasar," Entah ke mana perginya Zilalah "macam mana dia nampaknya?" adakah ini ayat transformasi?

Ayat Transformasi yang telah mengalami perubahan aturannya sama ada melalui pengguguran, penyusunan semula atau peluasan unsur-unsur struktur dalaman ayat tersebut. Ayat ini dibincangkan dalam buku Tatabahasa Dewan, Bab 19: Proses Penerbitan Ayat. Sila rujuk halaman 531, buku Tatabahasa Dewan.

Tatabahasa26.05.2010
Saya ingin tahu jika perkataan transformasi boleh digunakan dalam bentuk MENTRANSFORMASI atau perlu diguna dalam bentuk MENTRANSFORMASIKANPerkataan transformasi boleh digunakan dalam bentuk "mentransformasikan" yang bermaksud melakukan transformasi atau mengubah bentuk, sifat, keadaan dan sebagainya.Tatabahasa28.12.2009
Berikut adalah tema konvensyen yang akan kami adakan. Mohon untuk menyemak tema mengikut bahasa melayu yang betul. a. Inovasi Kreatif Menjana Transformasi. ( ayat macam tergantung?) b. Inovasi Kreatif Penjana Transformasi.( inovasi kreatif menjadi subjek) c. Inovatif Penjana Transformasi(inovasi+ kreatif = inovatif?) D. Lain cadangan dari pihak tuan jika ada.Tema ialah subjek yang menjadi dasar sesuatu wacana. Tema boleh dihasilkan dalam bentuk ayat atau frasa. Pada pandangan kami, tema  'Inovasi Kreatif Menjana Transformasi' dan 'Inovasi Kreatif Penjana Transformasi', kedua-duanya adalah betul.Tatabahasa12.04.2011
kelebihan aliran transformasi genaratifMenurut Teori TG (Transformasi generatif ) yang telah diperkenalkan oleh Noam Chomsky, pemusatan terhadap kajian bahasa terletak pada pengetahuan penutur asli yang memungkinkannya membentuk serta memahami ayat-ayat. Pengetahuan ini dikenali sebagai kecekapan berbahasa yang ada pada setiap penutur asli sasuatu bahasa. Untuk membantu saudara mendapatkan kelebihan terperinci aliran transformasi generatif, saudara boleh membuat rujukan pada Buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu Bab 19.Tatabahasa06.03.2007
1234

Kembali ke atas