Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[trans.li.te.ra.si] | ترنسليتراسي

Definisi : (Lin) penukaran huruf (per­kataan dsb) drpd abjad sesuatu tulisan (mis tulisan Arab) kpd huruf yg selaras bunyinya dsb dlm abjad sistem tulisan lain (mis Rumi); mentransliterasikan membuat (menye­dia­kan) transliterasi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata transliterasi


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya merupakan pelajar Master yang sedang menulis disertasi. Saya memerlukan panduan transliterasi perkataan Arab ke Rumi. Boleh saya dapatkan panduan transliterasi tersebut sebagai panduan saya untuk penulisan disertasi saya?Untuk makluman DBP telah menerbitkan buku Pedoman Transliterasi Perkataan Arab Ke Ejaan Rumi Edisi Kedua terbitan tahun 2008. Buku ini boleh dibeli di Kedai Koperasi DBP atau wakil penjual buku DBP yang lain.Lain-lain12.01.2011
Adakah panduan umum dalam transliterasi perkataan Arab berkenaan huruf hamzah, kaf dan qaf. Dan adakah ruang untuk memasukkan penggunaan yang lebih merujuk kepada ejaan Arab di dalam ejaan yang telah dgunapakai di dalam Kamus Dewan, sebagai rujukan silang cthnya, perkataan "takwa" dan diwujudkan rujukan silang dengan perkataan "taqwa." Moga Allah membalas jasa baik pihak tuan. wassalamPedoman Transliterasi Huruf Arab ke Huruf Rumi dirumus khusus bagi penerbitan buku-buku agama khususnya yang berkaitan dengan istilah Agama Islam. Dalam proses transliterasi perkataan Arab ke Rumi, huruf hamzah kepada tanda ', kaf kepada k dan qof kepada q. Dalam buku Daftar Kata Bahasa Melayu: Rumi - Sebutan - Jawi, kata serapan daripada bahasa Arab yang berupa istilah khusus dieja seperti ejaan asal dalam bahasa Arab ke dalam ejaan Jawi dan diselaraskan ejaannya dalam Rumi seperti wuduk, wuquf dan reda. Manakala kata umum daripada bahasa Arab yang sudah terserap dalam bahasa Melayu dieja dalam ejaan Rumi mengikut cara mengeja kata-kata jati dalam bahasa Melayu seperti sabun, darurat dan sahabat. Wallahualam.Lain-lain14.01.2013
Salam sejahtera. Saya menghadapi masalah untuk muat-turun Panduan Transliterasi Huruf Arab ke Huruf Rumi yang terdapat di laman web DBP. Mohon bantuan tuan untuk menghantarnya melalui email saya. Terima kasih

Untuk makluman puan, kami tidak memiliki salinan lembut (soft copy) Panduan Transliterasi Huruf Arab ke Huruf Rumi. Kami sendiri masih menyemak menggunakan salinan keras (hard copy) panduan tersebut. Sila hubungi Bahagian Dasar dan Penyelidikan Bahasa, Tingkat 24, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Lain-lain05.05.2011
bagaimana kegunaan simbol transilasi dari bahasa arab ke bahasa melayuSimbol-simbol transliterasi hanya digunakan dalam buku-buku yang ditulis dalam bahasa Melayu tetapi banyak menggunakan istilah daripada bahasa Arab. Tujuannya untuk mengeja bunyi sebutan Arab dengan betul.

Contoh simbol transliterasi dan panduan penggunaannya boleh dirujuk dalam buku Gaya Dewan Edisi Ketiga m/s 142-148.

Lain-lain15.02.2008
di Indonesia pada umumnya transliterasi ucapan salam dari bahasa Arab ke bahasa Indonesia "assalamualaikum", menurut saya hal ini keliru sebab dalam huruf Arab ada huruf "ya". jadi seharusnya ditulis "assalamualaykum" ( pakai "y" bukan "i" ). Bagaimana menurut pendapat Tuan?Dalam data kami, ejaan yang digunakan ialah 'assalamualaikum'.Ejaan16.07.2013
Sekiranya sesuatu perkataan berasal daripada istilah arab dan tidak menggunakan transliterasi, adakah perlu ditulis secara condong (italic)? Misalnya, perkataan 'maysir'.Ya, perkataan "maysir" perlu dicondongkan.Istilah15.03.2013
Saya menukarkan penjelasan audio menjadi teks bercetak. Mohon nyatakan istilah yang tepat untuk usaha itu, sama ada transliterasi/mentransliterasikan, transkripsi/mentranskripsikan, atau alih bentuk/mengalih bentuk. Mungkinkah ada istilah lain yang persis? Terima kasih saya ucapkan kepada pihak tuan atas jawapan-jawapan yang terdahulu dan jawapan terhadap soalan ini. Wassalam.Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, transkripsi bermaksud 1. (penyediaan) skrip atau teks yang penuh atau lengkap berdasarkan catatan-catatan trengkas dan lain-lain, atau daripada rakaman ucapan dan lain-lain 2. penukaran bahan bertulis daripada sesuatu bentuk ke dalam bentuk lain (misalnya yang meng­gunakan sistem fonetik, huruf dalam abjad lain, dan lain-lain).  Oleh itu, istilah yang betul ialah transkripsi.Istilah09.05.2012
Seperti sedia maklum, kata bahasa Inggeris "repertoremic" tidak terdapat dalam pangkalan data PRPM (sekalipun sebagai lema dalam kamus bahasa Inggeris) tetapi kata ini wujud hendak dieja dalam bentuk transliterasi bahasa Melayu (bukan dipinjam terus dan dicondongkan). Berdasarkan Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu, adakah betul bentuk ejaan bakunya "repertoremik"?Mengikut kaedah penyesuaian ejaan, repertoremik boleh diterima sebagai padanan repertoremic dalam bahasa Melayu.Ejaan13.06.2013
Bagaimana mahu menentukan ejaan bahasa Arab itu diterima dalam bahasa Melayu atau tidak? Contohnya lailatulqadar dieja satu perkataan, adakah kerana ia sudah menjadi bahasa Melayu? Adakah jika didapati sesuatu perkataan tiada dalam pangkalan data DBP, semua perkataan tersebut perlu disendengkan dan dieja menggunakan kaedah transliterasi? Saya masih keliru dengan keadaan ini dan harus menggunakan perkataan yang diambil daripada bahasa lain seperti bahasa Arab dan bahasa Inggeris. Mohon penjelasan tuan.Untuk makluman puan, ejaan kata pinjaman (termasuklah bahasa Arab) yang belum ada dalam bahasa Melayu disesuaikan bentuk visualnya dalam bahasa Melayu dan ejaan tersebut ditulis condong (italik).Ejaan30.07.2013
Aduan : Semakan kembali perkataan "Lahiriah ; Ar" "laif Ar : Daif" Laik Ar : layak, patut, padan -adakah benar dari perkataan Bahasa Arab? Pada pengetahuan saya, huruf `Ain (jawi) adalah ditulis dengan tanda komar di atas sebelum atau selepas huruf A atau I bagi membezakan dengan perkataan dan sebutan huruf lain. Contoh : "Faal Ar perlu ditulis dengan Fa`al" Begitu juga dengan Huruf Qof (Jawi) perlu dibezakan dengan huruf Kaf(Jawi) dengan Huruf Qof (Q) dan Huruf Kaf (K) "Lakab Ar perlu ditulis dengan perkataan Laqab" Cadangan saya , DBP menyemak kembali perkataan dengan tanda Ar bagi memudahkan sebutan dan penggunaan orang awam yang tiada latarbelakang Bahasa Arab dapat menggunakan dan menyebut dengan betul. Rujukan pakar adalah amat perlu yang berlatarbelakangkan Bahasa Arab. Terima kasihPandangan puan akan kami salurkan kepada bahagian yang berwenang di DBP. Untuk makluman puan, dalam konteks umum perkataan yang diambil daripada bahasa Arab diselaraskan ejaannya dengan sistem ejaan Rumi bahasa Melayu. Walau bagaimanapun sistem ini tidak terpakai bagi perkataan daripada bahasa Arab yang menjadi istilah agam dan digunakan dalam konteks khusus yang berkaitan dengan pengajian Islam. Dalam Pedoman Transliterasi Perkataan Arab ke Ejaan Rumi, perkataan Arab yang menjadi istilah agama dan digunakan dalam konteks pengajian Islam hendaklah menggunakan sistem transliterasi sepenuhnya. Contohnya huruf "tha" dalam ejaam umum digantikan dengan huruf "s" tetapi transliterasi menggunakan huruf "th" seperti thabit.Lain-lain25.07.2013
12

Kembali ke atas