Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata transparent


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
i just want to know about the role of DBP. more detail. what are actually DBP's role in malaysia. tq.

Terima kasih kerana menggunakan Khidmat Nasihat DBP.

transparent; border: #ece9d8">Sebagai makluman, peranan DBP adalah seperti yang tarcatat pada matlamat Dewan Bahasa dan Pustaka dalam Akta DBP (semakan tahun 1978, pindaan dan peluasan 1995) seperti berikut:·         untuk membina dan memperkaya bahasa kebangsaan dalam semua bidang termasuk sains dan teknologi;·         untuk memperkembangkan bakat sastera, khususnya dalam bahasa kebangsaan;·         untuk mencetak atau menerbitkan atau membantu dalam percetakan atau penerbitan buku-buku, majalah-majalah, risalah-risalah dan lain-lain bentuk kesusasteraan dalam bahasa kebangsaan dan dalam bahasa-bahasa lain;·         untuk membakukan ejaan dan sebutan, dan membentuk istilah-istilah yang sesuai dalam bahasa kebangsaan;

·         untuk menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan yang betul; dan

·         untuk menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan supaya ia akan digunakan secara meluas bagi segala maksud mengikut undang-undang yang sedang berkuat kuasa.

 

Berdasarkan matlamat  dalam akta secara umumnya DBP berperanan sebagai badan pembinaan dan pengembangan bahasa dan sastera dan badan penerbitan.

Untuk maklumat lanjut saudara bolehlah merujuk bahan ini : 1. Peranan DBP lebih tegas dan jelas oleh Awang Sariyan [diwawancara oleh Adnan Abd. Majid] Dewan Masyarakat 01/07/2004 . 2. Permasalahan dalam pembangunan bahasa Melayu sebagai asas pembangunan negara bangsa Malaysia oleh Ismail Dahaman Dewan Bahasa 01/07/2001 . 3. DBP akan terus mainkan peranan Utusan Malaysia 06/01/1988 4. DBP kembangkan peranannya oleh Nor Sedek Ismail Utusan Malaysia 11/11/1994 . 5. Peranan DBP sebagai penasihat bahasa AGHA Utusan Malaysia 01/03/1996 6. Citra : Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia = Citra : Institute of Language and Literature Malaysia Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 2003 . 7. CITRA : Dewan Bahasa dan Pustaka Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 2002 . 8. Citra DBP 40 tahun Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 1996

 

Lain-lain09.09.2008

Kembali ke atas