Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tra.ve.la.tor] | تراۏلاتور

Definisi : laluan pejalan kaki yg bergerak secara mendatar, biasanya terdapat di terminal lapangan terbang dsb. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tra.ve.la.tor] | تراۏلاتور

Definisi : laluan pejalan kaki yg ber­­gerak secara mendatar, biasanya ter­da­pat di terminal lapangan terbang dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata travelator


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, Berdasarkan jawapan tuan tentang soalan saya pada 12.11.2013, besarlah harapan saya agar keterangan maksud travelator " bergerak mendatar" dapat ditambah "turun atau naik" cuma bezanya tidak bertangga. Maka maksud travelator akan menjadi tepat dan tidak menimbulkan kekeliruan pada masa hadapan. Mohon dipanjangkan kepada pihak perkamusan DBP. Terima kasihPandangan dan harapan tuan akan kami panjangkan kepada Bahagian Perkamusan dan Leksikografi, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Tatabahasa13.11.2013
Salam Sejahtera, Berdasarkan Kamus Dewan; 1. eskalator = tangga bergerak utk. membawa orang naik atau turun antara tingkat bangunan. 2. travelator = laluan pejalan kaki yang bergerak mendatar Soalan ; Di sesetengah pasar raya, ada kemudahan laluan untuk pelanggan bergerak naik atau turun antara tingkat yang tidak bertangga supaya boleh diletakkan troli. Sekiranya eskalator, tidak bertangga. Sekiranya travelator, tidak bergerak secara mendatar kerana naik atau turun antara tingkat. Apakah istilah yang sesuai ? Terima kasihKami mencadangkan istilah "travelator" digunakan bagi maksud tersebut kerana konsep tidak bertangga dan laluan pejalan kaki.Istilah12.11.2013

Kembali ke atas