Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : n dulang, talam; (for mail) bakul: there were two glasses on the ~, ada dua biji gelas di atas dulang itu; ~s of food were handed round, beberapa dulang makanan diedarkan; put the outgoing mail in this ~, letakkan surat keluar ke dlm bakul ini. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tray


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Selamat sejahtera, Apakah terjemahan yang sesuai bagi "Bypass tray" yang terdapat pada pencetak (printer)? a) Dulang pintas b) Dulang pintasan c) Bekas pintasan d) Lain-lain (sila berikan cadangan yang lebih sesuai). Mohon bantuan DBP dalam memberikan jawapan yang sesuai. Terima kasih.Untuk makluman puan, tiada padanan khusus dalam bahasa Melayu bagi istilah bypass tray dalam data rujukan kami. Walau bagaimanapun, penggunaan istilah dulang pintas boleh digunakan bagi padanan tersebut.Penyemakan dan penterjemahan13.03.2015
Saya ingin menyemak dengan pihak DBP sama ada istilah ssndtray dalam bahasa Inggeris boleh ditukar ke dulang pasir dalam bahasa Melayu? Saya sedang menjalankan kajian di peringkat doktor falsafah. tahuk kajian saya ialah terapi sandtray dalam kaunseling untuk kanak-kanak ibu bapa bercerai. Terima Kasih.

Kami mencadangkan penggunaan istilah terapi dulang pasir sebagai padanan bahasa Melayu bagi sand tray therapy. Mengikut rujukan kami, kaedah terapi menggunakan elemen pasir di dalam dulang ini digunakan khusus bagi murid-murid berkeperluan khas atau kanak-kanak untuk menilai aspek perkembangan diri mereka, iaitu dari segi fizikal, mental, emosi, dan sosial.

Istilah04.04.2020
Salam sejahtera. Saya ingin bertanya mengenai terjemahan yang bersesuaian untuk perkataan bahasa Inggeris, "shopping cart" dalam laman web pembelian dalam talian. Saya berpendapat bahawa terjemahan yang sesuai ialah "troli beli-belah". Namun begitu, saya ingin meminta pendapat pakar bahasa di DBP sekiranya terdapat terjemahan yang lebih baik. Terima kasih. Farez Syinon

Dalam data rujukan kami, belum terdapat padanan khusus bagi perkataan “shopping cart”.  Walau bagaimanapun, terdapat istilah “tray-delivery cart” yang dipadankan sebagai troli penghantaran dan “shopping” sebagai beli-belah. Oleh itu, cadangan tuan bagi padanan “shopping cart” iaitu troli beli-belah boleh diterima.

Makna01.04.2019

Kembali ke atas