Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[trék] | تريک

Definisi : (trék) lorong utk lumba lari, lumba kereta, dsb. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[trék] | تريک

Definisi : /trék/ lorong utk lumba lari, lumba kereta dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata trek


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mohon betulkan ayat di bawah. 1. Membuat garisan trek padang. 2. Minyak hitam terpakai atau minyak hitam kitar semula1. Membuat garisan trek padang. 2. Minyak hitam terpakai atau minyak hitam kitar semula
Jawapan:
1. Membuat garisan trek di padang.
2. Minyak hitam kitar semula.
Tatabahasa04.09.2014
Mohon pandangan tuan/puan sama ada penggunaan perkataan trek basikal boleh digunakan untuk laluan basikal yang berkongsi dengan kenderaan lain di atas jalan raya. Rujuk lampiran yang disertakan bersama bagi menjelaskan maksud pertanyaan ini. Terima kasihPerkataan TREK BASIKAL betul dan boleh digunakan kerana trek juga bermaksud laluan.Lain-lain08.01.2018
mana satukah ayat yang betul? a) saya pergi ke sekolah dengan menaiki kereta @ saya pergi ke sekolah menaiki kereta. b)beberapa orang pemuda sedang berjoging di trek @ beberapa orng pemuda berjoging di atas trek. c)Hobi saya membaca buku @ hobi saya ialah membaca buku.a) Saya pergi ke sekolah menaiki kereta.
b) Beberapa orang pemuda sedang berjoging di trek.
c) Hobi saya membaca buku.
Tatabahasa10.05.2012
Perlu dapatkan pengesahan bagi penggunaan ayat yang sebenar iaitu trek basikal atau lorong basikal

Istilah08.01.2018
Salam, apakah terjemahan untuk istilah yang merujuk kepada roda/tayar kereta kebal? Adakah betul jika diterjemahkan seperti berikut, trek berantai/roda berantai/tayar berantai. Untuk makluman, perkataan bahasa Inggerisnya ialah Track. Terima kasih.Penggunaan yang paling sesuai ialah roda berantai bagi merujuk roda yang menggerakkan kereta kebal.Istilah13.09.2012
Tuan/puan, Mohon terjemahkan 2 istilah perubatan berikut ke dalam Bahasa Melayu; 1. Digestive system 2. Gastrointestinal tract Terima kasih.

Dalam perubatan, istilah bahasa Melayu adalah seperti yang berikut:

  1. Digestive system = sistem pencernaan
  2. Gastrointestinal tract  = trek gastrousus
Istilah27.08.2018
Salam sejahtera tuan/puan. Sukacita sekiranya pihak tuan/puan dapat memberikan terjemahan bagi istilah-istilah berikut: 1.Three Car Monorail Train 2.Virtual Silent Track Monorail Train 3.Diesel Cog Locomotive 4. Flywheel Railcars 5.Shunting Vehicles 6.Articulated Railway Passenger Car Sekian, terima kasih.Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut:

1.Three Car Monorail Train – Tren Monorel Tiga Gerabak

2.Virtual Silent Track Monorail Train – Tren Monorel Trek Senyap Maya

3.Diesel Cog Locomotive – Lokomotif Roda Gigi Diesel

4. Flywheel Railcars – Relkar Roda Tenaga

 5.Shunting Vehicles – Kenderaan Pirau

6.Articulated Railway Passenger Car – Gerabak Penumpang Kereta Api Bersendi

Istilah17.05.2016
Ingin mengemukankan beberapa soalan dan memerlukan huraian secara terperinci. 1. Penggunaan perkataan t-shirt dan track suit. Soalan: Perlu diitalikan atau tidak? Huruf 't' pada perkataan t-shirt perlu besar atau tidak? 2. kundasang war memorial dan poring hot spring. Soalan: perlu atau tidak diitalikkan? sekiranya nama tempat tersebut tidak terdapat dalam bahasa melayu adakah ia tidak perlu diitalikkan? Contohnya: BI : kundasang war memorial BM : tugu peringatan kundasang 3.Perkataan waalaikumussalam. Soalan: Perlu diitalikkan atau tidak? Kerana perkataan tersebut tidak terdapat dalam kamus dewan. Adakah konteks penggunaannya sama dengan perkataan assalamualaikum? 4. perkataan mad wajib. Soalan: adakah ia merupakan kata nama khas? Sekiranya perkataan tersebut adalah kata pinjaman adakah ia perlu diitalikkan?1. T-shirt dan track suit telah ada padanan dalam bahasa Melayu, iaitu kemeja-T dan pakaian trek.
2. Begitu juga dengan war memorial telah ada padanan dalam bahasa Melayu, iaitu tugu peringatan atau tugu peringatan perang. Oleh itu Kundasang war memorial boleh diterjemahkan kepada Tugu Peringatan Perang Kundasang.
3. Perkataan waalaikumussalam tidak perlu diitalikkan.
4. Perkataan mad wajib ialah istilah khusus bahasa Arab dan perlu diitalikkan.
Tatabahasa08.05.2012
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya menghantar dokumen dalam bentuk surat rasmi untuk meminta pihak tuan membuat semakan terhadap kata majmuk yang bakal saya gunakan dalam inovasi Bahasa Melayu.Terima kasih tuan.
Pembentukan Kata majmuk g dihasilkan melalui proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Kata majmuk bertindak sebagai satu unit dan lazimnya dieja terpisah. Kata majmuk dibezakan daripada frasa kerana tidak dapat disisipkan sebarang ungsur antara unitnya. Senarai perkataan tersebut ialah kata majmuk dan perlu dieja terpisah: 
 
1. jam tangan / tanda nama / baju sekolah / tali pinggang / tali leher  / papan putih
2. kipas angin / meja makan / kaunter bayaran/ alas meja / bangku panjang / nasi lemak
3. penyiram air /pasu bunga /bunga raya / tukang kebun / papan tanda  / kolam ikan
4. peti ais / tanda harga  / penimbang berat / tarikh luput / tong sampah / air kotak
5. baju renang / bot nelayan / tapak sulaiman / air laut / rumah api / selipar getah 
6. bingkai gambar / rak televisyen / meja konsol / set sofa/ jam dinding / penyaman udaya
7. papan gelongsor / trek joging / kawasan larangan / palang besi / penunggang spring /            hutan kubah
8. sekatan pergerakan / pensanitasi tangan / barisan hadapan / penjarakan sosial / pelitup          muka  / sut hazmat
Tatabahasa14.07.2020

Kembali ke atas