Salam... adakah teks ini betul...ini adalah pengumuman di stesen keretapi " Panggilan untuk atau kepada?? Penumpang tren no# bla3.... dipersilakan ke platform # gate # untuk perlepasan. Tren akan berlepas atau membuat perjalanan??? Pada jam bla3... Terima kasih atas bantuan. | 1. Panggilan kepada... 2. Penumpang tren nombor....dipersilakan ke platform...pintu...untuk pelepasan. 3. Tren akan berlepas pada pukul... | Tatabahasa | 22.12.2015 |
maksud kesiapsiagaan.. tren atau trend? | Siap siaga bermaksud siap sedia, jadinya kesiapsiagaan bermaksud kesiapsediaan. | Makna | 24.11.2010 |
Assalamualaikum. Bolehkah berikan padanan yang sesuai bagi istilah "Hop-on hop-off"? Contoh: Tren yang berkonsepkan "hop-on hop-off". | Untuk makluman, tidak terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk ho--on hop-off". Padanan bahasa Melayu yang pernah dicadangkan untuk "hop-on hop-off" ialah bersiar-siar atau ronda-ronda. | Istilah | 25.12.2016 |
Selaku ketua taskforce program Railway Engineering di UTHM, saya inginkan perkataan yang sesuai utk "Railway Engineering". Perbicangan dengan KTMB, Monorel, LRT, SPAD mendapati perkataan 'keretapi' tidak sesuai. Majoriti mereka mencadangkan 'rel' walaupun ada mencadangkan 'relway' dan 'tren'. Mohon cadangan balas pihak DBP. Terima kasih. Wasalam, Khalid | Untuk makluman tidak ada istilah khusus untuk railway engineering dalam pangkalan data kami. Padanan istilah bahasa Melayu yang dicadangkan ialah kejuruteraan pengangkutan rel. | Istilah | 07.07.2011 |
Apakah istilah BM bagi 'magnetically-levitated train'? | Untuk makluman, belum terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "magnetically-levitated train" dalam pangkalan data istilah kami. Walau bagaimanapun terdapat istilah "levitated vehicle" yang paanan bahasa Melayunya ialah kenderaan terangkat. Oleh itu, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah tren terangkat magnet. | Istilah | 04.09.2015 |
Salam sejahtera tuan/puan. Sukacita sekiranya pihak tuan/puan dapat memberikan terjemahan bagi istilah-istilah berikut: 1.Three Car Monorail Train 2.Virtual Silent Track Monorail Train 3.Diesel Cog Locomotive 4. Flywheel Railcars 5.Shunting Vehicles 6.Articulated Railway Passenger Car Sekian, terima kasih. | Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut: 1.Three Car Monorail Train – Tren Monorel Tiga Gerabak 2.Virtual Silent Track Monorail Train – Tren Monorel Trek Senyap Maya 3.Diesel Cog Locomotive – Lokomotif Roda Gigi Diesel 4. Flywheel Railcars – Relkar Roda Tenaga 5.Shunting Vehicles – Kenderaan Pirau 6.Articulated Railway Passenger Car – Gerabak Penumpang Kereta Api Bersendi | Istilah | 17.05.2016 |
Salam sejahtera. Apakah penggunaan yang sesuai dalam bahasa melayu bagi "road train"? Kenderaan ini merupakan sejenis kenderaan seperti trak besar yang boleh menarik beberapa buah treler di belakangnya, seperti kereta api. Terima kasih. | Perkataan road train memang tidak terdapat dalam data DBP. Akan tetapi, dicadangkan terjemahannya sebagai tren tunda. | Istilah | 01.07.2015 |