| Saya ingin mengetahui penggunaan perkataan 'trend': i. Adakah 'trend turun naik' digunakan untuk semua jenis arah aliran? Contohnya; Tahun 2008 50% Tahun 2009 80% Tahun 2010 65% Ayat: Prestasi murid dalam peperiksaan menunjukkan trend turun naik. (Adakah ayat ini betul?) 2. Bolehkah saya menggunakan 'trend naik turun' untuk menggambarkan peratus pencapaian murid yang meningkat pada tahun 2009 jika dibandingkan dengan tahun 2008 dan menurun pada tahun berikutnya? | Perkataan trend bermaksud arah aliran, yang menunjukkan perkembangan atau pergerakan dan tidak semestinya berlaku turun naik. Walau bagaimanapun, sekiranya berlaku turun naik dalam sesuatu trend itu, maka boleh digunakan trend turun naik. | Istilah | 15.06.2012 |
| Mohon bantuan bagi istilah yang tepat bagi "disruptive megatrend"? Adakah: trend mega mengganggu / megatrend disruptif / trend mega disruptif / lain? | Kami mencadangkan "disruptive megatrend" diterjemahkan sebagai "trend mega pengganggu". Namun, padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. | Istilah | 11.04.2022 |
| Saya ingin dapatkan penjelasan perkataan 1) Trend - Adakah ia telah di Melayukan? - Atau menggunakan perkataan 'aliran' bertepatan maksunya dengan perkataan tersebut. 2) Data Entry - Saya tidak dapat mencari perkataan yang sesuai dalam Bahasa Melayu seperti: a) Interviewwer = Penemubual b) Supervisor = Penyelia Harap mendapat perhatian yang sewajarnya. Sekian, terima kasih. | Padanan bahasa Melayu bagi 'trend' ialah arah aliran atau trend. Data entry- kemasukan data; Interviewer- penemu duga; Supervisor- penyelia | Istilah | 25.04.2008 |
| maksud kesiapsiagaan.. tren atau trend? | Siap siaga bermaksud siap sedia, jadinya kesiapsiagaan bermaksud kesiapsediaan. | Makna | 24.11.2010 |
| Apakah terjemahan kepada BM bagi megatrend? Trend mega atau Megatrend? | Mohon berikan contoh perkataan yang ingin diterjemahkan dalam ayat agar pihak kami dapat memberikan terjemahan yang tepat mengikut konteks ayat. | Makna | 29.06.2022 |
| Perkataan Bahasa Inggeris kepada bahasa Malaysia perkataan berikut: a. Trend b. Linear regression c. Spatial d. Gantt Chart e. Endangered f. Vulnerable g. Critically Endangered Terima Kasih | Mohon maaf kerana DBP tidak memberikan perkhidmatan penterjemahan. Tuan/puan boleh mencarinya daripada kamus atau hubungi Persatuan Penterjemahan Malaysia 03-21442506. Terima kasih. | Penyemakan dan penterjemahan | 04.11.2014 |
| Apakah terjemahan bagi "Content Creator" dan "Influencer" dalam konteks media sosial yang menjadi trend sekarang? | Padanan bahasa Melayu bagi istilah content creator ialah pencipta kandungan dan istilah influencer ialah pempengaruh. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 28.08.2023 |
| Saya ingin tahu apakah terjemahan terbaik untuk container gardening? Contoh: Container gardening is the new trend of urban gardeners who don't have any space in their home. | Untuk makluman, tidak ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "container gardening" dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, istilah bahasa Melayu untuk "gardening" ialah perkebunan dan istilah bahasa Melayu untuk "container" ialah bekas. Oleh itu, istilah yang dicadangkan ialah perkebunan bekas atau perkebunan dalam bekas. | Istilah | 18.02.2013 |
| Saya ingin bantuan untuk terjemahan ke Bahasa Melayu: 1) "Reshoring" seperti dalam ayat : Meanwhile, the reshoring trend in the US has been driven by political pressures at home as well as rising wages and labour issues in low-cost manufacturing countries 2) "Internet of Things (IoT): contoh ayat "Ubiquitous sensor-equipped devices will share data with one another across the network in the Internet of Things (IoT). This technology will revolutionise the way people live and work." Terima kasih didahulukan. Muhammad Halimi | Cadangan kami: 1. reshoring = penempatan kembali/menempatkan kembali 2. Internet of Things (IOT) = Internet Benda | Penyemakan dan penterjemahan | 29.09.2015 |
| Apakah terjemahan yang sesuai bagi "conscious unbossing"? "Citing a recent Financial Times article, Elman Mustafa said Gen Zers are increasingly turning away from middle management roles, a trend commonly referred to as “conscious unbossing”." Rujukan: https://www.thestar.com.my/news/education/2025/04/27/we-dont-want-to-be-boss | Padanan bagi istilah conscious unbossing dalam bahasa Melayu ialah nyahkepimpinan sedar. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 06.05.2025 |