Bagaimana ingin mendapatkan buku rujukan mengenai Trengkas terbitan DBP? Amat sukar untuk mencarinya buat masa sekarang. | Mohon maaf, DBP tidak pernah menerbitkan buku trengkas. | Lain-lain | 06.09.2007 |
Saya menukarkan penjelasan audio menjadi teks bercetak. Mohon nyatakan istilah yang tepat untuk usaha itu, sama ada transliterasi/mentransliterasikan, transkripsi/mentranskripsikan, atau alih bentuk/mengalih bentuk. Mungkinkah ada istilah lain yang persis? Terima kasih saya ucapkan kepada pihak tuan atas jawapan-jawapan yang terdahulu dan jawapan terhadap soalan ini. Wassalam. | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, transkripsi bermaksud 1. (penyediaan) skrip atau teks yang penuh atau lengkap berdasarkan catatan-catatan trengkas dan lain-lain, atau daripada rakaman ucapan dan lain-lain 2. penukaran bahan bertulis daripada sesuatu bentuk ke dalam bentuk lain (misalnya yang menggunakan sistem fonetik, huruf dalam abjad lain, dan lain-lain). Oleh itu, istilah yang betul ialah transkripsi. | Istilah | 09.05.2012 |
definisi kepada tulisan. kenapa perlu kita gunakan bahasa indonesia untuk membuat kajian? | Saudara, Perkataan tulisan bermaksud 1. hasil drpd menulis, sesuatu yg ditulis, cara menulis: rupa ~mu spt cakar ayam; dgn ~ dgn ditulis (tidak dgn kata-kata); 2. hasil sastera (dlm bentuk prosa atau puisi), karangan: pernahkah dia membaca ~ Bertrand Russell? 3. sl sesuatu yg digambarkan, gambaran, lukisan; 4. kain yg dibatik (bukan dicetak), batik; 5. sesuatu yg ditakdirkan, nasib, suratan; ~ cepat Id trengkas; ~ Jawi tulisan yg memakai huruf-huruf Jawi; ~ nasib suratan takdir; ~ Rumi tulisan yg memakai huruf-huruf Rumi; ~ tangan tulisan yg ditulis dgn tangan (tidak ditaip atau dicetak); Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. Mohon penjelasan lanjut tentang pertanyaan kedua saudara. Setahu kami kajian boleh dibuat menggunakan apa-apa bahasa mengikut kesesuaian dan keperluan. | Lain-lain | 08.10.2009 |
1. Apakah maksud menterjemah? 2. Bahasa sumber adalah? 3. Menurut Abdullah hussain (1970), perkataan kamus berasal daripada apa? 4. Secara keseluruhan edisi terkini kamus dewan memuatkan berapa jumlah kata?, kata majmuk berapa?, terbitan?, tunggal? 5. Siapakah yang menyusun kamus eka yang pertama? 6. Perkataan dansa, nahkoda, seluar, serunai, baju dan mohor berasal dari mana? 7. Maksud transkripsi 8. Menurut Hartimurti (1974), kitab pengetahuan bahasa tidak dapat dianggap sebagai kamus murni melainkan dianggap sebagai kamus jenis apa? 9. Kamus dewan edisi terkini diterbitkan bila, berapa jumlah entri? 10. Penyusun kamus boleh menggunakan pelbagai bahan rujukan seperti kamus sedia ada, daftar istilah dan sebagainya untuk mencari maksud sesuatu perkataan. Proses ini adalah? 7. | Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat terjemahan bermaksud hasil daripada menterjemah. Terjemah bermaksud memindah daripada satu bahasa kepada bahasa lain. Transkripsi bermaksud skrip atau teks yang penuh atau lengkap berdasarkan catatan trengkas atau rakaman. Kamus Dewan Edisi terkini diterbitkan pada tahun 2005. untuk maklumat lanjut saudara boleh menghubungi Bahagian Perkamusan, Tingkat 23, Menara DBP. | Makna | 30.01.2008 |
1. Apakah maksud peribahasa "hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri"? 2. Bagaimanakah untuk menggunakan perkataan "merencanakan" serta perkataan "sarwajagat"? 3. Apakah laman web yang mengandungi senarai istilah yang boleh digunakan?seperti yang terdapat dalm peperiksaan SPM...ataupun mungkin di sini terdapat .. | 1. Maksud peribahasa tersebut ialah walau bagaimanapun mewah dan makmurnya negeri orang, namun negeri sendiri juga yang lebih baik. 2. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, merencanakan digunakan seperti yang berikut: 1. mengarang (cerita dll), menghuraikan, menceritakan: maka adalah kurencanakan dalamnya dr zaman moyangku sampai ke masa aku; tidak dapat kurencanakan bagaimana rasa hatiku, marah, sedih, benci, dll; tidak semua kejadian yg direncanakan dlm cerita ini sebenarnya berlaku; 2. menyusun laporan (keterangan, minit, dll): hasil tinjauan tentang kemahuan penduduk Malaysia Timur yg direncanakan oleh rombongan peninjau Bangsa-Bangsa Bersatu dlm laporannya kpd U Thant, diterima baik oleh Kuala Lumpur; 3. menyusun atau membuat rancangan (program dll), merancang: ia meminta kepadaku utk ~ suatu projek perumahan Bupati; dua jurusan penggempuran direncanakan, pasukan Amerika mendarat di Afrika Barat dan Inggeris di Mesir; 4. mengucapkan perkataan (ayat dll) supaya ditulis oleh orang lain: apa yg direncanakan oleh pengurus itu ditulis oleh setiausahanya dlm tulisan trengkas; manakala sarwajagat :(bersifat) sejagat, universal, meliputi seluruh dunia, alam semesta: unsur-unsur yg mendukung idea atau konsep keindahan sastera ~; menghadapi teknologi komunikasi yg bersifat ~; kesarwajagatan keadaan sejagat: kertas kerja yg membahaskan ciri-ciri kebudayaan Islam dgn menitikberatkan ~. 3. Sdr. boleh menggunakan enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). PRPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sila layari prpm.dbp.gov.my/">www.prpm.dbp.gov.my dan memasukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari". | Istilah | 01.08.2010 |