| Istilah double-blind trial dalam perubatan. Uji kaji dubel-sulih? | Istilah double-blind trial dalam perubatan ialah uji kaji dubel-buta. | Istilah | 04.11.2020 |
| Salam, saya ingin bertanya apakah perbezaannya terjemahan untuk perkataan "hearing" dan "trial" dalam istilah dalam mahkamah. Contoh ayat: "Spare me the diatribe, counselor. This is a hearing, not a trial". Sekian, terima kasih. | Dalam data kami, terdapat istilah routine hearing yang digunakan dalam bidang sains politik yang mempunyai padanan bahasa Melayunya ialah sidang dengar rutin. Manakala istilah trial dipadankan dengan perbicaraan yang digunakan dalam bidang undang-undang. Sila layari http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=hearing untuk lebih lanjut. | Tatabahasa | 16.04.2014 |
| Salam, Mohon pengesahan sekiranya 'trial use' boleh diterjemahkan kepada 'cubaguna'. Terima kasih. | “Trial use” boleh diterjemahkan sebagai frasa atau kata umum “cuba guna” dan bukannya satu istilah khusus. Pilihan padanan terjemahan yang lain bagi “trial use” ialah pengujian atau percubaan, bergantung pada konsep dan konteks ayat. | Istilah | 28.05.2020 |
| Salam Tuan/Puan, Apakah terjemahan yang sesuai bagi perkataan 'Clinical Trial'. Adakah 'ujian klinikal' ataupun 'kajian klinikal'. Kerjasama tuan/puan dalam perkara ini saya dahului dengan ucapan terima kasih. | Padanan istilah bahasa Melayu bagi Clinical Trial ialah Percubaan Klinikal | Istilah | 03.01.2012 |
| Apakah terjemahan dalam bahasa Melayu yang betul bagi terma "right to fair trial" dan "right to fair hearing" dalam bidang undang-undang? Adakah perkataan "fair" diterjemah sebagai "adil" atau "saksama"? | Sila berikan cadangan terjemahan frasa Undang-Undang tersebut dalam bahasa Melayu dan kemukakan huraian lengkap yang menerangkan konsep frasa tersebut bagi memudahkan pihak kami memberikan cadangan terjemahan yang bersesuaian. | Istilah | 07.03.2024 |
| Apakah padanan bahasa Melayu untuk istilah Inggeris try and error? | Istilah yang lebih tepat dalam bahasa Inggeris ialah trial and error. Padanan bahasa Melayu bagi istilah trial and error ialah cuba-cuba. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 21.06.2025 |
| Salam sejahtera. Bolehkah tolong jelaskan, "Hearing" dalam bidang undang-undang adakah membawa maksud pembicaraan atau perbicaraan? Contohnya dalam "Provisional Hearing". Terima kasih. | Istilah bahasa Melayu untuk "hearing" ialah pembicaraan. Perbicaraan ialah padanan bahasa Melayu untuk perkataan bahasa Inggeris "trial". | Istilah | 13.04.2016 |
| Saya ingin bertanya kepada pihak DBP tentang terma "Double-Dummy" yang digunakan dalam penyelidikan klinikal. Klien saya sering merujuk istilah "Double Blind" sebagai "Rabun Dua Pihak" dalam dokumen borang persetujuan termaklum (Informed Consent Form) peserta penyelidikan. Namun, terma Double Dummy belum pernah digunakan sebelum ini oleh klien saya dan saya juga tidak mendapat hasil carian di PRPM. Menurut carian di Google, Double-Dummy merujuk kepada "A technique for retaining the blinding of a clinical trial, where the two treatments cannot be made identical." Apakah istilah yang sesuai bagi terma ini menurut pihak DBP? Terima kasih. | Padanan istilah yang tepat bagi “double blind” ialah “gelap ganda” (Perubatan). “Double dummy” pula merupakan ujian klinikal yang kerap digunakan dalam penyelidikan, khususnya untuk membandingkan dua jenis ubat atau dua kaedah rawatan yang berbeza. Kami mencadangkan "double dummy" diterjemahkan sebagai kaedah atau teknik “cubaan berganda”, “uji kaji dedua”, atau “banding rambang”, bergantung pada konsep dan konteks penggunaan yang sesuai bagi istilah tersebut. | Istilah | 04.11.2020 |
| Assalamualaikum dan salam sejahtera, Saya ingin bertanya tentang istilah "time attack". Istilah ini belum wujud dalam PRPM. Jika merujuk pada kamus urban di Google, istilah ini membawa maksud: 1. An act of racing against time or a deadline to establish how fast a certain goal can be covered or done. 2. A form of competition in which an athlete races against the clock to establish how fast he or she can cover a given distance. NOTE: This is also the same thing as Time Trial. *Bolehkah sekiranya saya terjemahkan ia kepada "Serangan Masa" atau "Masa Percubaan"? Yang mana lebih sesuai? Terima kasih. | Merujuk Kamus Inggeris Melayu Dewan, “attack” juga membawa maksud act of setting to work upon, iaitu pengerjaan atau penggarapan, maka kami mencadangkan “garapan masa” sebagai padanan bagi contoh ayat yang pertama. Contoh ayat yang kedua pula merujuk serangan (in a game, sport), oleh itu, kami mencadangkan “serangan masa” sebagai padanan bahasa Melayu yang sesuai bagi konteks makna “time attack” tersebut. | Istilah | 05.05.2020 |