Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tri.lion] | تريليون

Definisi : nombor atau bilangan yg diikuti oleh 18 angka sifar dlm penggunaannya di Britain, Perancis dan Jerman dan diikuti oleh 12 angka sifar dlm penggunaannya di Amerika Syarikat dan Kanada. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata trilion


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
triliontrilionEjaan27.07.2011
Apakah terjemahan ke dalam Bahasa Melayu perkataan Inggeris untuk 'trillion'?Padanan trillion dalam bahasa Melayu ialah trilion.Istilah27.12.2010
Safuwan Fauzi ada kata baru,, Billion = Risa dan Dekna=1 Trillion, 1 risa=1 billion 1 dekna 1 trilion.agak2 kata baru ini boleh jadi "offical" rasmi tak bahasa Melayu baru?Sekiranya perkataan baru ini banyak dan kerap digunakan, kemudian terakam dalam korpus, tidak mustahil ia akan menjadi perkataan rasmi bahasa Melayu. Bahasa kita hidup dan sentiasa berkembang.Istilah12.06.2015
Salam, bolehkah perkataan "bertrilion" digunakan untuk menterjemah ayat berikut, "A cup of water contain trillions of tiny water molecules."? Jika tidak, apakah padanan yang sesuai untuk perkataan "trillions" di dalam ayat tersebut. Terima kasih.Untuk makluman padanan bahasa Melayu untuk "trillion" ialah ialah trilion. Dalam konteks ayat yang diberikan, tuan boleh menggunakan "bertrilion-trilion".Istilah10.08.2012
Apakah terjemahan bagi ayat yang berikut dan cara menulisnya dalam angka? "Satu biliun empat puluh delapan triliun dua ratus tiga puluh dua juta tujuh ratus ribu tiga ratus dua puluh delapan"Puan,

Penulisan yang betul: Satu trilion empat puluh lapan bilion dua ratus tiga puluh dua juta tujuh ratus ribu tiga ratus dua puluh lapan.

Penulisan dalam bentuk angka: 1 048 232 700 328

Untuk maklumat lanjut, boleh layari http://prpm.dbp.gov.my/.

Sekian.
Makna12.07.2017
saya ingin bertanyakan berkaitan penggunaan ayat (pihak merakamkan ucapan billion terima kasih atas keperihatinan pihak tuan). Bolehkah perkataan 'billion' digunakan bagi menggantikan 'jutaan'?. Isu ini telah mendapat maklumbalas yang negatif dari pihak pengurusan kami. mohon pihak tuan memaklumkan semula. sekian.Ungkapan "kami merakamkan ucapan terima kasih" betul dan dapat menyampaikan hasrat pemberi ucapan. Tidak perlu ada bilangan dalam merakamkan ucapan terima kasih. Walau bagaimanapun ungkapan yang dicadangkan itu tidaklah salah cuma perlu disaring penggunaannya kerana boleh memberi ruang kepada ungkapan yang lain pula seperti trilion terima kasih.Tatabahasa17.07.2012

Kembali ke atas