Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : 2. (rugby) try: the team scored three tries, pasukan itu mendapat tiga try; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : ~ st out, mencuba sst: have you tried the car out on the open road?, sudahkah kamu mencuba memandu kereta itu di jalan?; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : ~ it on, (colloq) menguji sso: he’s not ill, he’s just ~ing it on, dia tdk sakit, dia cuma hendak menguji kamu saja; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : ~ st on, /mencuba, mengacu/ sst: she tried on the shoes for size, dia mencuba kasut itu utk mengetahui padan tidaknya; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : ~ for, mencuba merebut: four of them tried for the first prize, mereka berempat mencuba merebut hadiah pertama; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : ~ at; ~ o’s hand at, mencuba-cuba: I tried my hand at painting, saya mencuba-cuba melukis; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : ~ o’s patience, menguji kesabaran sso; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : ~ o’s /luck, fortunes/, mencuba nasib: let’s ~ our luck at the roulette table, mari kita mencuba nasib bermain rolet; he left home to ~ his fortunes in the city, dia meninggalkan rumah utk mencuba nasib di kota; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : 4. put on trial, membicarakan: he was the judge who tried the case, dialah hakim yg membicarakan kes itu; he was tried for murder, dia dibicarakan krn membunuh; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : 3. investigate the state, capability or potential of, cuba pergi ke: we tried two or three restaurants, but they were packed, kami cuba pergi ke dua tiga restoran tetapi semuanya penuh; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : 2. put to the proof or test, mencuba: they decided to ~ him for the job, mereka memutuskan utk mencubanya membuat kerja itu; do ~ a piece of this cake, cuba rasa sepotong kek ini; let’s ~ my key. It may fit, cuba gunakan kunci saya. Mungkin boleh buka; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : vt 1. make an effort, mencuba: she tried to please her mother by helping in the kitchen, dia mencuba menyenangkan hati ibunya dgn menolongnya di dapur; he didn’t even ~ the last two questions,dia langsung tdk mencuba menjawab dua soalan yg akhir itu; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : vi cuba: if you can’t do it the first time, ~ again, kalau kamu tdk dapat melakukannya pd kali pertama, cubalah lagi; do ~ to come, cubalah datang; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : n 1. attempt, percubaan, mencuba: after several tries he succeeded, setelah mencuba beberapa kali, dia berjaya or setelah membuat beberapa percubaan, dia berjaya; give st a ~, mencuba: I wish you’d give the job a ~, saya harap kamu mencuba membuat pekerjaan itu; have a ~, mencuba: if you can’t do it let me have a ~, kalau kamu tdk dapat membuatnya biarlah saya mencubanya; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata try


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
saya menghadapi sedikit pemasalahan dalam penggunaan ". sekiranya mengakhiri ayat dengan ", soalan saya : kita perlu tutup kata (") atau . (nokhtah) dahulu. contoh ayat: "Kejayaan berada di sebalik dua patah perkataan, 'try harder'". atau "Kejayaan berada di sebalik dua patah perkataan, 'try harder'." mohon kerjasama pihak tuan/puan untuk khidmat nasihat. terima kasih

Dalam keadaan yang sedemikian, ayat saudara diakhiri dengan tanda petik dan barulah noktah.

Tatabahasa12.10.2011
Saya ingin menterjemah ayat ini bagi satu laman web. Boleh saya tahu jika ianya betul? This page seems to be broken... Refresh to fix it or try another page. Terjemahan: Halaman ini nampaknya rosak... Muat semula untuk memperbaikinya atau cuba halaman lain. Terima kasih.Cadangan terjemahan bagi This page seems to be broken... Refresh to fix it or try another page ialah "Halaman ini sedang mengalami masalah ... Muat semula untuk membaiki atau cuba halaman yang lain."Makna04.10.2022
Assalamu'alaikum, boleh tolong sahkan ejaan bagi mata dalam sukan ragbi - adakah ia "try" atau "trai"? Kedua-dua ejaan ada dalam PRPM ini. Terima kasih.Jawapan yang betul ialah trai.Ejaan25.02.2022
Assalamualaikum, saya ingin bertanya mengenai penambahan imbuhan (atau kata sambungan yang lain) kepada perkataan bukan Bahasa Melayu. Contoh yang kerap muncul dalam penulisan ialah: -Best-nya cerita ni! -Ter-over pulak! -Try-lah yang lain. -Tolong print-kan -Dia meng-italik-kan perkataan Jerman itu (dan lain-lain) Adakah wujud peraturan tatabahasa untuk kategori ini? Bagaimana sepatutnya ia ditulis? Adakah dengan meletakkan sengkang seperti di atas, atau perkataan itu dicondongkan dan disambung sahaja seperti perkataan Bahasa Melayu? Terima kasih atas maklum balas.Untuk makluman perkataan yang menggabungkan bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris tidak diterima sebagai bentuk yang rasmi dalam bahasa Melayu. Bentuk ini biasanya digunakan dalam bahasa percakapan seharian yang tidak mempunyai kaedah rasmi yang khusus untuk menulis perkataan tersebut. Perkataan seperti "best, over, try dan print" telah ada padanan bahasa Melayunya dan tidak perlu ditulis dalam bahasa Inggeris.Tatabahasa28.01.2016
Saya nak tau istilah komputer yang sesuai untuk "Blackbox" dan "Unblackbox"? Boleh tunjukkan cth ejaan "blackboxing" utk ayat ni? cth: "try blackboxing if you have ideas".Padanan bagi istilah "black box" dalam bidang komputer ialah "kotak hitam". Manakala "godam kotak hitam" dicadangkan sebagai padanan bagi istilah perkataan "unblack box". Selain itu, pihak kami tidak membuat semakan bagi ayat atau perkataan dalam bahasa lain, selain daripada bahasa Melayu.  Penyemakan dan penterjemahan24.01.2020
DBP has online kamus, How do i subscribe and what is the cost? I am doing translation of questionnaire, i try to call Persatuan Penterjemahan Malaysia but no one pick up the phone. Do you have any idea what is the charges? How long do they take to do it?'Kamus online' boleh diakses melalui portal KaryaNet, tetapi portal ini sedang dalam penyelenggaraan, sehingga ke tarikh yang akan diberitahu kelak.Lain-lain23.05.2008
No. Pendaftaran : 54441/2016 Syarikat : Best View Corporation Sdn Bhd Refer to the above registration no, we would like to find out why our application is rejected and why is the reason ? We had apply more than 3 times, but every time also did not given the reason why u reject. Appreciate if u could advice. We had try to call so many time to your center, but sad to tell u nobody answer the call. Look forward reply from u soon. TQ. BR, Ivy Tan 03-3343 5112 / 5113 016-967 2079Sila buka semula permohonan tuan dan di ruang komen terdapat kesalahan yang dinyatakan oleh petugas kami. Komen petugas kami adalah seperti yang berikut:

1. Tukar "Contact us at" kepada Hubungi kami melalui talian
2. Tukar "PICTURE FOR ILLUSTRATION PURPOSES ONLY" kepada GAMBAR UNTUK TUJUAN ILUSTRASI SAHAJA
3. Tukar "TERMS AND CONDITIONS APPLIES" kepada TERTAKLUK PADA TERMA DAN SYARAT
4. Tukar "STAY WITH US AND FEEL LIKE HOME" kepada bahasa Melayu.

Sila buat pembetulan dan hantar semula visual tersebut untuk pengesahan.
Lain-lain05.11.2016
Mohon semak istilah atau frasa dalam Bahasa Inggeris ke Bahasa Malaysia yang telah di terjemahkan. Soalan: 1. Pembuka Pintu Kecemasan (Emergency Door Release) 2. Buka Penutup (Open the Cover) 3. Putar Pemegang ke "1" dan tunggu ART berhenti (Turn handle to "1" and wait for ART to stop) 4. Putar Pemegang ke "2" dan tolak pintu untuk membuka (Turn handle to "2" and push door to open) 5. Jika tidak dapat putar pemegang ke "2". tunggu sebentar dan cuba sekali lagi (If handle does not turn to "2", wait and then try again) 6. Denda akan dikenakan diatas sebarang penyalahgunaan (Any misuse will be subject to a fine)

Cadangan terjemahan yang bersesuaian adalah seperti yang berikut:

1. Pembuka Pintu Kecemasan
    (Emergency Door Release)

2. Buka Penutup
    (Open the Cover)

3. Denda akan dikenakan terhadap sebarang penyalahgunaan.
    (Any misuse will be subject to a fine)

4. Putar pemegang ke arah angka "1" dan tunggu ART berhenti.
    (Turn handle to "1" and wait for ART to stop)

5. Putar pemegang ke arah angka "2" dan tolak pintu untuk membuka.
    (Turn handle to "2" and push door to open)

6. Jika tidak dapat memutar pemegang ke arah angka "2", tunggu sebentar dan cuba sekali lagi.
    (If handle does not turn to "2", wait and then try again)

Walau bagaimanapun, cadangan terjemahan di atas hendaklah bersesuaian dengan konteks penggunaan dalam bidang yang dimaksudkan.

Lain-lain19.08.2024
Salam Tuan/Puan, Saya ingin bertanya soalan bagi ayat-ayat berikut, terdapat kekeliruan dan ketidakpastian dalam penggunaannya. Mohon khidmat nasihat daripada Tuan/Puan. 1) Penggunaan "pada" dan "kepada" Ayat asal: This group was added to the community “{1}”. Tap to view. Diterjemah 1: Grup ini telah ditambahkan kepada komuniti “{1}”. Ketik untuk lihat. Diterjemah 2: Grup ini telah ditambahkan pada komuniti “{1}”. Ketik untuk lihat. 2) Penggunaan "pada" dan "kepada" Ayat asal: Everyone in the group will be added to the community and community members will be able to find it. Diterjemah 1: Semua orang dalam grup akan ditambahkan kepada komuniti dan ahli komuniti akan dapat mencari komuniti tersebut. Diterjemah 2: Semua orang dalam grup akan ditambahkan kepada komuniti dan ahli komuniti akan dapat mencari grup tersebut. 3) Kurang pasti ayat yang lebih tepat menurut ayat asal Inggeris Ayat asal: This may be because of a technical error that we're working to get fixed. Try reloading this page. Diterjemah 1: Ini mungkin disebabkan oleh ralat teknikal yang kami sedang berusaha untuk menyelesaikannya. Cuba muatkan semula halaman ini. Diterjemah 2: Ini mungkin disebabkan oleh ralat teknikal yang sedang kami usaha untuk selesaikan. Cuba muatkan halaman ini semula. Terima kasih

Berikut merupakan padanan terjemahan bahasa Melayu untuk ayat yang dinyatakan:
1. This group was added to the community: Kumpulan ini telah dimasukkan dalam komuniti.

2. Everyone in the group will be added to the community and community members will be able to find it:
Semua orang dalam kumpulan akan dimasukkan dalam komuniti dan ahli komuniti akan mengetahuinya. 

3. This may be because of a technical error that we're working to get fixed. Try reloading this page: Perkara ini mungkin disebabkan oleh ralat teknikal yang kami sedang cuba selesaikan. Sila muat semula halaman ini.
Makna21.09.2022
Salam,maaf tanya,sis nak tau info lanjut berkenaan ISBN Sis di beritahu oleh pihak sekolah Penulisan Ramadan anjuran saudara Mr Zamri Presiden myMove,,,, Ringkas ayat sis nak tahu bolehkah konten dan idea blogging sis dalam blog koleksi ubat di freedengkiblog.net berupaya di bukukan,atau ebook kan atau buat magazine yang boleh di print dan di jual,sis belum siapkan manuskrip koleksi blog,masih dalam try and adjust,,bagaimana proses selanjutnya,, ,,Sekian,,TerimakasihSalam sejahtera puan, Maklumat berkenaan dengan penerbitan manuskrip/karya. Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk. 2. Dimaklumkan bahawa, sebarang pertanyaan berhubung dengan penerbitan karya/manuskrip dengan pihak Dewan Bahasa dan Pustaka, bolehlah menghubungi melalui talian telefon dan e-mel agar dapat memperoleh maklumat yang lebih terperinci daripada pegawai yang terlibat dengan hal-hal penerbitan seperti maklumat yang berikut: Rusdi bin Abd Rahman, Bahagian Buku Umum, Dewan Bahasa dan Pustaka, Aras 13, Menara DBP, Kuala Lumpur. No. Tel.: 03-21479431 013-3607426 e-mel: rar@dbp.gov.my Maklum, terima kasih.Lain-lain17.05.2020

Kembali ke atas