saya menghadapi sedikit pemasalahan dalam penggunaan ". sekiranya mengakhiri ayat dengan ", soalan saya : kita perlu tutup kata (") atau . (nokhtah) dahulu. contoh ayat: "Kejayaan berada di sebalik dua patah perkataan, 'try harder'". atau "Kejayaan berada di sebalik dua patah perkataan, 'try harder'." mohon kerjasama pihak tuan/puan untuk khidmat nasihat. terima kasih | Dalam keadaan yang sedemikian, ayat saudara diakhiri dengan tanda petik dan barulah noktah. | Tatabahasa | 12.10.2011 |
Saya ingin menterjemah ayat ini bagi satu laman web. Boleh saya tahu jika ianya betul? This page seems to be broken... Refresh to fix it or try another page. Terjemahan: Halaman ini nampaknya rosak... Muat semula untuk memperbaikinya atau cuba halaman lain. Terima kasih. | Cadangan terjemahan bagi This page seems to be broken... Refresh to fix it or try another page ialah "Halaman ini sedang mengalami masalah ... Muat semula untuk membaiki atau cuba halaman yang lain." | Makna | 04.10.2022 |
Apakah padanan bahasa Melayu untuk istilah Inggeris try and error? | Istilah yang lebih tepat dalam bahasa Inggeris ialah trial and error. Padanan bahasa Melayu bagi istilah trial and error ialah cuba-cuba. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 21.06.2025 |
Assalamu'alaikum, boleh tolong sahkan ejaan bagi mata dalam sukan ragbi - adakah ia "try" atau "trai"? Kedua-dua ejaan ada dalam PRPM ini. Terima kasih. | Jawapan yang betul ialah trai. | Ejaan | 25.02.2022 |
Assalamualaikum, saya ingin bertanya mengenai penambahan imbuhan (atau kata sambungan yang lain) kepada perkataan bukan Bahasa Melayu. Contoh yang kerap muncul dalam penulisan ialah: -Best-nya cerita ni! -Ter-over pulak! -Try-lah yang lain. -Tolong print-kan -Dia meng-italik-kan perkataan Jerman itu (dan lain-lain) Adakah wujud peraturan tatabahasa untuk kategori ini? Bagaimana sepatutnya ia ditulis? Adakah dengan meletakkan sengkang seperti di atas, atau perkataan itu dicondongkan dan disambung sahaja seperti perkataan Bahasa Melayu? Terima kasih atas maklum balas. | Untuk makluman perkataan yang menggabungkan bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris tidak diterima sebagai bentuk yang rasmi dalam bahasa Melayu. Bentuk ini biasanya digunakan dalam bahasa percakapan seharian yang tidak mempunyai kaedah rasmi yang khusus untuk menulis perkataan tersebut. Perkataan seperti "best, over, try dan print" telah ada padanan bahasa Melayunya dan tidak perlu ditulis dalam bahasa Inggeris. | Tatabahasa | 28.01.2016 |
Saya nak tau istilah komputer yang sesuai untuk "Blackbox" dan "Unblackbox"? Boleh tunjukkan cth ejaan "blackboxing" utk ayat ni? cth: "try blackboxing if you have ideas". | Padanan bagi istilah "black box" dalam bidang komputer ialah "kotak hitam". Manakala "godam kotak hitam" dicadangkan sebagai padanan bagi istilah perkataan "unblack box". Selain itu, pihak kami tidak membuat semakan bagi ayat atau perkataan dalam bahasa lain, selain daripada bahasa Melayu. | Penyemakan dan penterjemahan | 24.01.2020 |
DBP has online kamus, How do i subscribe and what is the cost? I am doing translation of questionnaire, i try to call Persatuan Penterjemahan Malaysia but no one pick up the phone. Do you have any idea what is the charges? How long do they take to do it? | 'Kamus online' boleh diakses melalui portal KaryaNet, tetapi portal ini sedang dalam penyelenggaraan, sehingga ke tarikh yang akan diberitahu kelak. | Lain-lain | 23.05.2008 |
No. Pendaftaran : 54441/2016 Syarikat : Best View Corporation Sdn Bhd Refer to the above registration no, we would like to find out why our application is rejected and why is the reason ? We had apply more than 3 times, but every time also did not given the reason why u reject. Appreciate if u could advice. We had try to call so many time to your center, but sad to tell u nobody answer the call. Look forward reply from u soon. TQ. BR, Ivy Tan 03-3343 5112 / 5113 016-967 2079 | Sila buka semula permohonan tuan dan di ruang komen terdapat kesalahan yang dinyatakan oleh petugas kami. Komen petugas kami adalah seperti yang berikut: 1. Tukar "Contact us at" kepada Hubungi kami melalui talian 2. Tukar "PICTURE FOR ILLUSTRATION PURPOSES ONLY" kepada GAMBAR UNTUK TUJUAN ILUSTRASI SAHAJA 3. Tukar "TERMS AND CONDITIONS APPLIES" kepada TERTAKLUK PADA TERMA DAN SYARAT 4. Tukar "STAY WITH US AND FEEL LIKE HOME" kepada bahasa Melayu. Sila buat pembetulan dan hantar semula visual tersebut untuk pengesahan. | Lain-lain | 05.11.2016 |
Mohon semak istilah atau frasa dalam Bahasa Inggeris ke Bahasa Malaysia yang telah di terjemahkan. Soalan: 1. Pembuka Pintu Kecemasan (Emergency Door Release) 2. Buka Penutup (Open the Cover) 3. Putar Pemegang ke "1" dan tunggu ART berhenti (Turn handle to "1" and wait for ART to stop) 4. Putar Pemegang ke "2" dan tolak pintu untuk membuka (Turn handle to "2" and push door to open) 5. Jika tidak dapat putar pemegang ke "2". tunggu sebentar dan cuba sekali lagi (If handle does not turn to "2", wait and then try again) 6. Denda akan dikenakan diatas sebarang penyalahgunaan (Any misuse will be subject to a fine) | Cadangan terjemahan yang bersesuaian adalah seperti yang berikut: 1. Pembuka Pintu Kecemasan (Emergency Door Release) 2. Buka Penutup (Open the Cover) 3. Denda akan dikenakan terhadap sebarang penyalahgunaan. (Any misuse will be subject to a fine) 4. Putar pemegang ke arah angka "1" dan tunggu ART berhenti. (Turn handle to "1" and wait for ART to stop) 5. Putar pemegang ke arah angka "2" dan tolak pintu untuk membuka. (Turn handle to "2" and push door to open) 6. Jika tidak dapat memutar pemegang ke arah angka "2", tunggu sebentar dan cuba sekali lagi. (If handle does not turn to "2", wait and then try again) Walau bagaimanapun, cadangan terjemahan di atas hendaklah bersesuaian dengan konteks penggunaan dalam bidang yang dimaksudkan. | Lain-lain | 19.08.2024 |
Salam Tuan/Puan, Saya ingin bertanya soalan bagi ayat-ayat berikut, terdapat kekeliruan dan ketidakpastian dalam penggunaannya. Mohon khidmat nasihat daripada Tuan/Puan. 1) Penggunaan "pada" dan "kepada" Ayat asal: This group was added to the community “{1}”. Tap to view. Diterjemah 1: Grup ini telah ditambahkan kepada komuniti “{1}”. Ketik untuk lihat. Diterjemah 2: Grup ini telah ditambahkan pada komuniti “{1}”. Ketik untuk lihat. 2) Penggunaan "pada" dan "kepada" Ayat asal: Everyone in the group will be added to the community and community members will be able to find it. Diterjemah 1: Semua orang dalam grup akan ditambahkan kepada komuniti dan ahli komuniti akan dapat mencari komuniti tersebut. Diterjemah 2: Semua orang dalam grup akan ditambahkan kepada komuniti dan ahli komuniti akan dapat mencari grup tersebut. 3) Kurang pasti ayat yang lebih tepat menurut ayat asal Inggeris Ayat asal: This may be because of a technical error that we're working to get fixed. Try reloading this page. Diterjemah 1: Ini mungkin disebabkan oleh ralat teknikal yang kami sedang berusaha untuk menyelesaikannya. Cuba muatkan semula halaman ini. Diterjemah 2: Ini mungkin disebabkan oleh ralat teknikal yang sedang kami usaha untuk selesaikan. Cuba muatkan halaman ini semula. Terima kasih | Berikut merupakan padanan terjemahan bahasa Melayu untuk ayat yang dinyatakan: 1. This group was added to the community: Kumpulan ini telah dimasukkan dalam komuniti. 2. Everyone in the group will be added to the community and community members will be able to find it: Semua orang dalam kumpulan akan dimasukkan dalam komuniti dan ahli komuniti akan mengetahuinya. 3. This may be because of a technical error that we're working to get fixed. Try reloading this page: Perkara ini mungkin disebabkan oleh ralat teknikal yang kami sedang cuba selesaikan. Sila muat semula halaman ini. | Makna | 21.09.2022 |