Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kep tersebut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tsb


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Azhar Mfa Aug 30th, 8:59pm saya dh lampirkan papan tanda tsb Lokasi susur masuk ke TBS terpampang papan tanda Pusat Bandaraya dan Lake Field Kenapa jadi begini?Kami ambil maklum akan hal yang tersebut, walaupun tidak ada lampiran yang disertakan.Lain-lain30.08.2014
hi, good days. I just need the help for the short forms like: ttg, dsb, tsb, Kd, bp. May I know where is the reference for these short forms? many thanksUntuk makluman saudara, kependekan tersebut terdapat di halaman li di dalam Kamus Dewan Edisi Empat. Kependekan tersebut terakam di dalam semua Kamus Dewan terbitan DBP.

Saudara disarankan menggunakan bahasa Melayu dengan betul dalam pertanyaan Khidmat Bahasa DBP.
Tatabahasa12.08.2013
saya amat meminati bidang penterjemahan dan ingin mengikuti kursus tersebut.bila di google perpapar DBP tetapi bila dilayari laman webnya, tiada info ttgnya.DBP ada tawarkan kurus tsb?Bila, di mana dan berapa kosnya?saya fasih bhs ingg. dan jg bhs melayu dan merupakan seorg guru di sek menengah di shah alam.harap dpt membantu.terima kasih.Kursus penterjemahan secara insentif ditawarkan oleh  Institut Terjemahan dan Buku Negara (ITBN) melalui talian 03-4149 7210 atau Persatuan Penterjemah Negara (PPM)-(03- 21424381)/Puan Saodah (012-22067076) , Setiausaha Kehormat Persatuan Penterjemah Malaysia. DBP menawarkan Kursus Penataran Bahasa Melayu: Bahasa Melayu dalam Penterjemahan, dan maklumat lanjut boleh diperoleh dengan menghubungi Puan Faridah Ab. Rahman melalui talian 03-2147 9220 (Akademi DBP).Lain-lain29.01.2014
perkataan yang sesuai peta/pelan ? peta laluan keluar kecemasan bangunan. / pelan laluan keluar kecemasan bangunan.Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan "peta" bermaksud 1. lukisan (gambar) pd kertas dll yg menun­jukkan kedudukan negeri, sungai, gunung, dll; 2. lukisan (gambar) yg menunjukkan keduduk­an bintang dll di langit; ~ angin peta yg menunjukkan arah peredaran angin; ~ antarabangsa peta dunia yg biasanya berskala 1:1 000 000; ~ bahasa peta yg meng­gambarkan daerah bahasa-bahasa tertentu di­gunakan; ~ bumi peta yg khusus menunjuk­kan tanah (gunung, sungai, dll); ~ kontur peta yg dilukiskan dgn garisan-garisan kontur; ~ kosong peta yg belum ditandai dgn nama tempat (letak sungai, gunung, dll); ~ lakar peta sesuatu kawasan dll yg dilukis dgn secara kasar dan mengandungi hal-hal yg penting sahaja; ~ laut peta yg khusus menunjukkan laut (pulau­pulau, aliran ombak, dll); ~ timbul peta yg dibuat drpd tanah liat (plastisin) dgn gambaran bukit (gunung, sungai, dll) spt yg terdapat di muka bumi; ~ topo peta lengkap sesuatu tempat (yg menunjukkan bandar, jalan, dll); berpeta berupa peta: mendedahkan panau ~-peta di bahu dan di lengannya; memeta membuat peta; memetakan 1. membuat peta tentang se­suatu, menunjukkan kedudukan (keadaan dsb) sesuatu dlm bentuk peta: sebahagian besar daerah itu masih belum dipetakan; 2. meng­gambarkan, melukiskan: Nasib Seorang Muda karangan Cikgu Harun ~ bagaimana seorang kerani muda yg bergaji kecil hidup; pemetaan perihal membuat peta; pemeta orang yg membuat peta.

Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua pula, "pelan" bermaksud 1 rajah yg menggambarkan bentuk serta ukuran sesuatu bangunan, kawasan dsb. 2 rancangan yg sudah diatur utk dilaksanakan. ~ induk rancangan menyeluruh yg merangkumi seluruh dasar dan segala rancangan kegiatan yg akan dilaksanakan (dlm pembangunan, perekonomian, dsb): Beberapa kajian terkandung dlm ~ induk projek tsb. ~ lantai lukisan mengikut skala bagi susun atur bilik dsb pd satu lantai sesebuah bangunan. ~ tindakan rancangan yg diatur yg terdiri drpd langkah-langkah utk bertindak secara bijak.

Oleh itu, jawapan yang lebih sesuai ialah "pelan".
Istilah09.04.2013

Kembali ke atas