Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tuah (kata nama)
Bersinonim dengan untung, nasib, rahmat, rezeki, berkat, anugerah, limpahan, habuan, ganjaran, balasan, durian runtuh;,
Kata Terbitan : bertuah, menuahi, menuahkan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Nama saya Sunee kasem saya. innginkan bertanya apakah makna bertuah terima kasihBertuah bermaksud:

1. Mempunyai tuah, bernasib baik, berbahagia, beruntung.
2. Mendatangkan tuah, berhikmat, sakti.
3. Ketulahan, terpesona (ark-kuno)
Makna28.10.2015
Nama saya Nureeta Yayor. Saya ingin bertanya apakah makna Bertuah Terima kasih.Bertuah bermaksud:

1. Mempunyai tuah, bernasib baik, berbahagia, beruntung.
2. Mendatangkan tuah, berhikmat, sakti.
3. Ketulahan, terpesona (ark-kuno)
Makna28.10.2015
1. "Bilakah baginda akan berangkat ke tanah seberang?" ujar Laksamana Hang Tuah kepada Datuk Bendahara. 2. "Bilakah tuan hamba akan berangkat ke tanah seberang?" ujar Laksamana Hang Tuah kepada Datuk Bendahara. Adakah kedua-dua ayat ini betul? Terima kasih.Ayat 1 " Bilakah  baginda akan berangkat ke tanah seberang?" ujar Laksamana Hang Tuah kepada Datuk Bendahara. Ayat ini betul

Ayat 2 "Bilakah tuan hamba akan berangkat ke tanah seberang?" Tanya  Laksamana Hang Tuah kepada Datuk Bendahara. Perkataan ujar perlu ditukar kepada perkataan Tanya.
Tatabahasa14.08.2018
1.Apakah perbezaan diantara puluhan dan berpuluh-puluh Contohnya (Berpuluh-puluh / puluhan) buah kereta rosak akibat banjir 2. Apakah kata ganti nama yang sesuai? "______ ( Patik/ Hamba/ Tuan Hamba)hendak ke mana"? tanya Hang Jebat kepada Hang Tuah 3. "Tiga hari lagi _____ ( hamba/ tuan hamba) akan pulang ke Melaka," kata Hang Tuah.1. (Berpuluh-puluh / puluhan) buah kereta rosak akibat banjir. Kedua-duanya boleh digunakan. Yang lebih tepat ialah Berpuluh-puluh.

2. Tuan Hamba ( Patik/ Hamba/ Tuan Hamba)hendak ke mana"? tanya Hang Jebat kepada Hang Tuah

3. "Tiga hari lagi hamba ( hamba/ tuan hamba) akan pulang ke Melaka," kata Hang Tuah.
Tatabahasa25.03.2013
1)Hang Tuah memperhambakan atau memperhamba diri kepada sultan 2)3 jam 1/2 atau 3 1/2 jam1)memperhambakan -apitan memper-kan yang bertemu kata nama dan kata kerja 2)3 1/2 jam -unit mesti dihujungTatabahasa02.03.2011
Apakah jawapan bagi solaan berikut? 1.Upacara diraja itu dimulakan sebaik-baik sahaja Laksamana Hang Tuah..........punggung. A.menurunkan B.melabuhkan C.menjatuhkan D.meletakkan 2.Oleh sebab Cik Rogayah...........,dia mempunyai kenalan yang banyak. A.ringan mulut B.ringan tangan C.ringan tulang D.ringan kepala

1. Upacara diraja itu dimulakan sebaik-baik sahaja Laksamana Hang Tuah melabuhkan punggung.

2. Oleh sebab Cik Rogayah ringan mulut, dia mempunyai kenalan yang banyak.

Tatabahasa07.12.2010
1. (memberitahu/ memberitahukan )perkara itu kepada guru atau (memberitahu/ memberitahukan) guru perkara itu 2.( tuan hamba/ hamba) akan pergi ke pekan ,kata hang tuah kepada hung jebat 3. berkata bahawa atau mengatakan bahawa .yang mana satu betul. terima kasih atas bantuan yang diberi.

1. Frasa yang betul ialah "memberitahukan perkara itu kepada guru" dan "memberitahu guru  perkara itu".

2. Jika merujuk pada Hang tuah, gunakan "hamba".

3. Kedua-duanya boleh digunakan mengikut konteks ayat.

Tatabahasa23.03.2010
1."____ menitahkan hamba mengiringi Tun Ali ke Majapahit," kata Hang Tuah kepada Tun Mamat. Perkataan yang paling sesuai untuk tempat kosong ialah 'baginda' atau 'tuanku''? 2.Puan Mei seakan-akan tidak percaya bahawa anaknya, Daniel menuruti perbuatan vandalisme itu. Adakah penggunaan perkataan 'menuruti' di ayat di atas sesuai? 3.Sejak kematian ayahnya, dialah yang mengurus syarikat itu. Adakah ayat di atas betul? Terima kasih!

1."Baginda menitahkan hamba mengiringi Tun Ali ke Majapahit," kata Hang Tuah kepada Tun Mamat. - Baginda - kata ganti nama diri ketiga bagi raja atau sultan. 

2.Puan Mei seakan-akan tidak percaya bahawa anaknya, Daniel menuruti perbuatan vandalisme itu. - Perkataan menuruti itu boleh digunakan, sila rujuk makna keempat menuruti dalam Kamus Dewan, iaitu menjadikan sesuatu sebagai contoh (teladan), contoh ayat: jangan dituruti, kerana ia orang yang tidak tahu bahasa;

3.Sejak kematian ayahnya, dialah yang mengurus syarikat itu. - mengurus sama maknanya dengan menguruskan, iaitu menyelenggarakan supaya berjalan dan sebagainya dengan baik (perniagaan dan perdagangan)

Tatabahasa13.04.2010
Ribuan terima kasih atas penerangan yang diberi mengenai makna "patik" dan "hamba". Tetapi saya ada sedikit kekeliruan. (1) Bila seorang rakyat biasa yang bercakap dengan raja/sultan, perkataan 'patik' digunakan. Bila pembesar/ temenggung/ bendahara yang bercakap dengan raja/sultan, apakah perkataan digunakan untuk menggelar dirinya sendiri ? (2) Kalau Hang Tuah bercakap dengan Hang Jebat, perkataan "hamba" digunakan untuk menggelar dirinya sendiri, betulkah ?

Kata ganti nama "patik" digunakan apabila rakyat berbicara dengan raja. Dalam hal ini, golongan yang berjawatan dalam pentadbiran istana tetap rakyat biasa, bukan berketurunan raja maka tetap menggunakan kata ganti diri “patik” apabila bercakap dengan raja. Kata ganti nama diri pertama "hamba” pula sering digunakan oleh masyarakat atau rakyat biasa pada zaman dahulu yang bermaksud “saya”. Maka, Hang Tuah dengan Hang Hang Jebat menggunakan kata ganti diri “hamba” apabila bercakap sesama mereka.

Tatabahasa14.07.2014
Apakah kata ganti nama diri yang sesuai digunakan apabila 1. seorang puteri bercakap dengan seorang Bndahara? 2. Hang Tuah bercakap dengan Hang Jebat? 3. Mayang bercakap dwngan bendahara 4. Permaisuri bercakap dengan mayang.. Terima kasih.
Kata ganti nama 'patik' digunakan apabila rakyat berbicara dengan raja, manakala kata ganti nama 'hamba' untuk merendah diri yang bermaksud saya. Oleh itu, orang biasa dan orang yang berjawatan menggunakan kata ganti nama diri 'patik' apabila bercakap dengan raja. Kata ganti nama diri pertama `hamba' pula sering digunakan oleh masyarakat atau rakyat biasa pada zaman dahulu yang bermaksud `saya. Manakala beta digunakan oleh raja, sultandan kerabar diraja apabila bertitah kepada rakyat.
Tatabahasa26.06.2014
12

Kembali ke atas