Assalamualaikum tuan. Saya perlukan kepastian, dalam surat menyurat/surat rasmi 'tuan/puan' di letak huruf kecil ke atau huruf besar? tuan/puan ke atau Tuan/Puan. sekian terima kasih | Dalam surat rasmi, di bahagian kata sapaan permulaan ayat Tuan/Puan perlu dieja dengan huruf besar. Manakala ejaan tuan/puan di tengah ayat ialah huruf kecil. | Tatabahasa | 22.11.2019 |
Askum dan salam sejahtera. Tuan/Puan, 1) mohon pencerahan tentang penggunaaan perkataan 'perwujudan' @ 'pewujudan' @ 'mengwujudkan' Contoh ayat : Cadangan untuk perwujudan/pewujudan/mengwujudkan perjawatan gred u40 di jabatan ini (adakah ayat ini betul @ tidak?) 2) panggilan Tuan/Puan dlm ayat surat rasmi kerajaan di pertengahan ayat..adakah huruf besar di awal perkataan @ kecil.. Contoh ayat : Kerjasama daripada pihak Tuan/Puan @ tuan/puan amat kami hargai. Saya sangat berbesar hati sekiranya dapat maklumbalas daripada pihak tuan/puan. Sekian, terima kasih. | 1. Ejaan yang betul ialah pewujudan. 2. Perkataan tuan/puan ditulis dengan huruf kecil pada pertengahan ayat. | Tatabahasa | 19.04.2021 |
salam tuan/puan. apa perkembangan mengenai soalan sebelum ini tuan/puan? kerjasama tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih. | Berdasarkan carian dalam data kami, soalan tuan berkaitan untuk mendapatkan pengesahan DBP bagi penterjemahan perkataan "climate action" yang dijadikan tema Hari Bumi 2020 seluruh negara pada tahun ini telah dijawab pada 26 Februari 2020. Cadangan pihak kami, tema “climate action” bersempena dengan Hari Bumi 2020 diterjemahkan sebagai Kebolehtindakan Iklim atau Pengawalan Iklim, bergantung pada konsep dan konteks penggunaannya. | Lain-lain | 25.02.2020 |
Assalamualaikum Tuan/Puan di talian, Apakah terjemahan perkataan ossicone dalam bahasa Melayu? Bolehkah saya terjemahkan sebagai osikon. Untuk pengetahuan tuan/puan, osikon ini nama bagi tanduk zirafah. Moga pihak tuan/puan dapat memberikan jawapan dengan kadar segera. Terima kasih atas perhatian dan kerjasama tuan/puan. Terima kasih. | Padanan bahasa Melayu bagi ossicone ialah osikon. | Istilah | 27.09.2019 |
Boleh terangkan penggunaan kata sapaan "tuan/puan" dalam surat rasmi, permulaan huruf bagi setiap kata sapaan itu perlu dimulai dengan huruf besar atau huruf kecil? contoh : " YBhg. Datuk/Dato'/Datin/tuan/puan.." Bagaimana pula keadaan sekiranya , kata sapaan "tuan/puan" itu di pertengahan ayat. Contoh : "...untuk makluman dan perhatian tuan/puan selanjutnya.." Kata sapaan tersebut perlu dimulai dengan huruf besar atau huruf kecil? Sekian, terima kasih. | Ejaan kata sapaan "tuan/puan" pada pertengahan ayat dimulai dengan huruf kecil. Contoh : "...untuk makluman dan perhatian tuan/puan selanjutnya.." | Ejaan | 06.08.2018 |
Assalamualaikum tuan/puan. Salam hormat dari saya☺️ Saya ingin bertanya bolehkah jika saya ingin bekerjasama atau secara jelasnya ingin mengisi ruang dalam majalah tuan/puan dengan mengirimkan karya penulisan seperti cerpen, artikel dan bentuk penulisan lainnya di majalah seperti majalah dewan bahasa, tunas cipta, dewan sastera dan majalah lainnnya yang berada di bawah DBP? Jika tuan /puan membenarkan, bagaimanakah langkah yang seharusnya saya lakukan untuk proses berikutnya. Terima kasih yang tak terhingga atas jasa baik tuan/puan untuk maklum balas ini☺️ | Penghantaran karya ke majalah DBP Tuan/puan amatlah dialu-alukan untuk menghantar artikel untuk majalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Tuan/puan boleh memilih tema penulisan yang bersesuaian dengan jenis majalah. Tuan/puan boleh menghantar artikel kepada Ketua Editor Bahagian Majalah, razali3@dbp.gov.my atau Timbalan Ketua Editor Bahagian Majalah, naimahyusof@dbp.gov.my untuk penilaian. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 13.08.2020 |
Assalamualaikum, Tuan/Puan, Dimohon kerjasama tuan/puan untuk menyemak penggunaan serta maksud Chicken Manure dalam buku, jurnal serta laporan yang berbahasa Melayu, sama ada najis ayam, tahi ayam ataupun sisa ayam. Kerjasama tuan/puan dalam perkara ini didahului dengan ucapan terima kasih. | Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah chicken manure ialah baja tahi ayam. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 21.12.2023 |
Bagaimanakan cara yang betul untuk penggunaan frasa Tuan/Puan di dalam surat rasmi samada huruf besar atau huruf kecil (tuan/puan) | Dalam surat rasmi, di bahagian kata sapaan permulaan ayat Tuan/Puan perlu dieja dengan huruf besar. Manakala ejaan tuan/puan di tengah ayat ialah huruf kecil. | Ejaan | 20.04.2022 |
Assalam w.b.t. & salam sejahtera tuan / puan. Mohon pandangan tuan / puan, apakah perkataan yang sesuai digunakan untuk "Acknowledge" sijil cuti sakit? Adakah "Diperakukan"? Bantuan tuan / puan dalam perkara ini amatlah dihargai. Sekian, terim kasih. | Waalaikumussalam, Menurut Kamus Bahasa Inggeris maksud acknowledge ialah memberitahu, memaklumi atau akuan. Maka terjemahan yang lebih sesuai ialah Akuan Sijil Cuti Sakit. | Makna | 21.02.2019 |
Assalam w.b.t. & salam sejahtera tuan / puan. Mohon khidmat nasihat tuan / puan, yang manakah penggunaan ayat yang tepat: 1. Borang Akuan Sijil Cuti Sakit; atau 2. Borang Perakuan Sijil Cuti Sakit. Bantuan tuan / puan dalam perkara ini amatlah dihargai. Sekian, terima kasih. | Waalaikumussalam, Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua maksud akuan ialah segala sesuatu yang diakui manakala perakuan bermaksud hasil atau hal memperakukan. Maka ayat yang betul ialah Borang Perakuan Sijil Cuti Sakit | Tatabahasa | 21.02.2019 |