Selamat sejahtera, Kebiasaannya, dalam peruturan orang zaman dahulu menggunakan panggilan 'hamba-tuan hamba'. Jadi, bolehkah jika saya memasukkan 'tuan hamba' sebagai kata ganti nama diri kedua untuk bentuk tunggal?Dan apakah penerangan yang perlu diletakkan? Terima kasih. | Lazimnya tuan hamba digunakan apabila merujuk orang yang lawan bercakap seorang, jika lebih daripada seorang lazimnya disebut tuan hamba berdua dan seterusnya. | Tatabahasa | 26.04.2013 |
1.Apakah perbezaan diantara puluhan dan berpuluh-puluh Contohnya (Berpuluh-puluh / puluhan) buah kereta rosak akibat banjir 2. Apakah kata ganti nama yang sesuai? "______ ( Patik/ Hamba/ Tuan Hamba)hendak ke mana"? tanya Hang Jebat kepada Hang Tuah 3. "Tiga hari lagi _____ ( hamba/ tuan hamba) akan pulang ke Melaka," kata Hang Tuah. | 1. (Berpuluh-puluh / puluhan) buah kereta rosak akibat banjir. Kedua-duanya boleh digunakan. Yang lebih tepat ialah Berpuluh-puluh. 2. Tuan Hamba ( Patik/ Hamba/ Tuan Hamba)hendak ke mana"? tanya Hang Jebat kepada Hang Tuah 3. "Tiga hari lagi hamba ( hamba/ tuan hamba) akan pulang ke Melaka," kata Hang Tuah. | Tatabahasa | 25.03.2013 |
Dalam situasi apakah kata ganti nama,'tuan hamba' digunakan? Tolong terangkan. | Tuan hamba merupakan kata sapaan yang banyak dipakai dalam sastera lama yang merujuk tuan, digunakan dalam situasi komunikasi antara dua orang. Orang yang dilawan berbicara disapa sebagai tuan hamba dan orang yang berbicara dikenali sebagai hamba. Contoh: " Tuan hamba tinggal di mana?" | Istilah | 21.07.2009 |
Tuan yang arif, Mohon khidmat nasihat daripada Tuan, kata ganti diri yang manakah paling sesuai: 1. Perbualan antara Tengku Alam dengan Tengku Mat dan Tengku Nong: a) "Hamba benar- benar terhutang budi kepada tuan hamba berdua. Tanpa tuan hamba sudah pasti, hamba hanya akan berputih mata," jawab Tengku Alam. b) "Patik benar- benar terhutang budi kepada tuan hamba berdua. Tanpa tuan hamba sudah pasti, hamba hanya akan berputih mata," jawab Tengku Alam. c) "Beta benar- benar terhutang budi kepada tuan hamba berdua. Tanpa tuan hamba sudah pasti, hamba hanya akan berputih mata," jawab Tengku Alam. 2. Perbualan antara Panglima Besar Sancu dan Tengku Nong: a) "Apa yang hamba dapat sekiranya hamba membantu Tengku Alam dalam peperangan ini?" b) "Apa yang beta dapat sekiranya hamba membantu Tengku Alam dalam peperangan ini?" c) "Apa yang patik dapat sekiranya hamba membantu Tengku Alam dalam peperangan ini?" 3. Perbualan antara Tengku Alam dan Panglima Besar Sance a) "Tengku jangan bimbang kerana patik sudah membuat kajian," kata Panglima Besar Sancu penuh yakin. b) "Tengku jangan bimbang kerana hamba sudah membuat kajian," kata Panglima Besar Sancu penuh yakin. 4. Perbualan antara Tengku Nong dan Tengku Alam a) "Tuan hamba rasa rancangan kita boleh berjaya?" Tengku Nong waswas dengan rancangan Tengku Alam. B) "Tengku rasa rancangan kita boleh berjaya?" Tengku Nong waswas dengan rancangan Tengku Alam. | 1. "Beta benar- benar terhutang budi kepada tuan hamba berdua. Tanpa tuan hamba sudah pasti beta hanya akan berputih mata," jawab Tengku Alam. 2. "Apa yang patik dapat sekiranya patik membantu Tengku Alam dalam peperangan ini?" 3. "Tengku jangan bimbang kerana patik sudah membuat kajian," kata Panglima Besar Sancu dengan yakin. 4. "Tengku rasa rancangan kita boleh berjaya?" Tengku Nong was-was dengan rancangan Tengku Alam. | Tatabahasa | 23.04.2013 |
1. "Mengapakah _______ bertitah demikian?" tanya Datuk Penghulu kepada Putera Aziz. Jawapannya Tuanku atau Baginda?? 2. Siapakah yang boleh menggunakan "bertitah" ? Raja & Sultan sahaja? 3. Apakah perbezaan antara hamba & tuan hamba? Bolehkah beri contoh? TQ | 1. Baginda - kata ganti nama diri ketiga bagi raja atau sultan Tuanku - yg mulia (digunakan apabila bercakap dgn raja); kata ganti nama diri kedua bagi raja atau sultan. jawapan tepat ialah Tuanku. 2. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, bertitah bermaksud berkata, memberi perintah yang merupakan bahasa dalam, bahasa istana. Hanya digunakan oleh Sultan atau Raja. 3. hamba dan tuan hamba - Tuan hamba merupakan kata sapaan yang banyak dipakai dalam sastera lama yang merujuk tuan, digunakan dalam situasi komunikasi antara dua orang. Orang yang dilawan berbicara disapa sebagai tuan hamba dan orang yang berbicara dikenali sebagai hamba.Contoh: " Tuan hamba tinggal di mana?" patik, hamba, tuanku - Patik juga merujuk hamba/saya (dipakai semasa bercakap dengan raja) dan tidak dijelaskan taraf yang orang yang berbicara itu sama ada pembesar atau rakyat jelata. | Tatabahasa | 03.08.2012 |
Apakah perbezaan antara"patik","hamba" dan "tuan hamba"? Terima kasih | Tuan hamba merupakan kata sapaan yang banyak dipakai dalam sastera lama yang merujuk tuan, digunakan dalam situasi komunikasi antara dua orang. Orang yang dilawan berbicara disapa sebagai tuan hamba dan orang yang berbicara dikenali sebagai hamba. Patik juga merujuk hamba/saya (dipakai semasa bercakap dengan raja). | Tatabahasa | 20.11.2013 |
Kata ganti diri yang mana paling tepat?: 1. . Perbualan antara Tengku Nong dan pemuda kampung a) "Sekiranya mahu nyawa tuan hamba semua selamat, lebih baik jangan ingkar.Ada sesiapa yang mahu menentang hamba?" tanya Tengku Nong semakin angkuh. b) "Sekiranya mahu nyawa tuan hamba semua selamat, lebih baik jangan ingkar.Ada sesiapa yang mahu menentang patik?" tanya Tengku Nong semakin angkuh. c) "Sekiranya mahu nyawa tuan hamba semua selamat, lebih baik jangan ingkar.Ada sesiapa yang mahu menentang beta?" tanya Tengku Nong semakin angkuh. | 1. "Sekiranya mahu nyawa tuan hamba semua semua selamat, lebih baik jangan ingkar. Ada sesiapa yang mahu menentang beta?" tanya Tengku Nong semakin angkuh. | Tatabahasa | 23.04.2013 |
1. (memberitahu/ memberitahukan )perkara itu kepada guru atau (memberitahu/ memberitahukan) guru perkara itu 2.( tuan hamba/ hamba) akan pergi ke pekan ,kata hang tuah kepada hung jebat 3. berkata bahawa atau mengatakan bahawa .yang mana satu betul. terima kasih atas bantuan yang diberi. | 1. Frasa yang betul ialah "memberitahukan perkara itu kepada guru" dan "memberitahu guru perkara itu". 2. Jika merujuk pada Hang tuah, gunakan "hamba". 3. Kedua-duanya boleh digunakan mengikut konteks ayat. | Tatabahasa | 23.03.2010 |
Selamat pagi, saya ingin mohon bantuan tentang istilah dan penggunaan kedua-dua kata ganti nama ini dengan jelas. 1) hamba 2) tuan hamba Kalau boleh, saya ingin mendapat beberapa ayat contoh supaya mendapat gambaran yang lagi jelas. Sekian, terima kasih. | Hamba bermaksud saya, iaitu kata ganti diri pertama, manakala tuan hamba ialah kata sastera lama yang bermaksud tuan, iaitu kata ganti nama diri kedua. Contohnya: Hamba mendapat khabar tuan hamba ingin berdagang ke Riau. | Tatabahasa | 17.08.2011 |
Minta tuan betulkan jika pernyataan di bawah ini ada kesalahan penggunaan kata ganti nama orang . Jika sesama pembesar , Penggunaan kata ganti nama (hamba..tuan hamba) . Jika pembesar dengan sultan/raja ( patik...tuanku). Jika rakyat jelata/biasa dengan sultan/raja (hamba atau patik ...tuanku). Terima kasih | Sila rujuk penggunaan kata ganti nama yang berikut: hamba dan tuan hamba - Tuan hamba merupakan kata sapaan yang banyak dipakai dalam sastera lama yang merujuk tuan, digunakan dalam situasi komunikasi antara dua orang. Orang yang dilawan berbicara disapa sebagai tuan hamba dan orang yang berbicara dikenali sebagai hamba. patik, hamba, tuanku - Patik juga merujuk hamba/saya (dipakai semasa bercakap dengan raja) dan tidak dijelaskan taraf yang orang yang berbicara itu sama ada pembesar atau rakyat jelata. | Tatabahasa | 10.05.2010 |