Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tuan (kata nama)
1. Bersinonim dengan tuan punya: pemilik, empunya, pemunya, majikan, tauke,

2. Bersinonim dengan encik: saudara

Kata Terbitan : bertuankan, menuani, mempertuani, tuanan, ketuanan, pertuanan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, 'kan' dalam dialog berikut perlu dieja bersambung atau dijarakkan? (1) "Janganlah macam tu, kita kan kawan baik." atau "Janganlah macam tu, kitakan kawan baik." (2) "Kau kan tak suka aku." atau "Kaukan tak suka aku." (3) "Ibu... kakak kan... dia kan, dia nak pukul adik". atau "Ibu... kakakkan... diakan, dia nak pukul adik." (4) "Siapalah saya ni kan". atau "Siapalah saya nikan". (5) "Ha, tu kan dah jatuh." atau "Ha, tukan dah jatuh." (6) "Kau ni kan, memang nak kena". atau "Kau nikan memang nak kena". (7) "Pergilah, aku tumbuk kan!" atau "Pergilah, aku tumbukkan!"Hanya kan yang berfungsi sebagai imbuhan sahaja dieja bersambung dengan perkataan sebelumnya. Selain itu "kan" dieja terpisah kerana kan dalam percakapan bermaksud bukan atau tidak membawa apa-apa makna.Tatabahasa25.06.2012
1. Apakah perbezaan antara garisi dengan gariskan? 2. Apakah perbezaan antara diperhati dengan diperhatikan? Terima kasih.

Penggunaan yang betul ialah ‘gariskan’dan ‘diperhatikan’. Akhiran –kan mempunyai dua pengertian khusus, dalam soalan tuan, –kan memberi pengertian kausatif atau menyebabkan jadi, contohnya:

buku – bukukan (menyebabkan jadi buku)

garis – gariskan (menyebabkan jadi ada garis)

Manakala, akhiran-I tanpa awalan wujud hanya dalam dua bentuk tertentu, iaitu:

(i)           Dalam ayat pasif orang pertama dan kedua, contohnya: Perkara itu mesti kamu halusi.

 

(ii)         Dalam ayat suruhan, contohnya: Tolong baiki basikal yang rosak itu.

 

Rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 183-190.

 

 

Tatabahasa28.04.2014
masalah penggunaan 'kan". keadaan bagaimana verb boleh tambah 'kan'. keadaan bagaimana 'kan' dihujung kata perbuatan tak patut letak 'kan' . saya perlu jawapan segera, kerana banyak 'kan' saya kena potong oleh supervisor semak thesis phdSemua golongan kata utama, iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif dan beberapa jenis kata tugas boleh bergabung dengan akhiran -kan untuk membentuk kata kerja. Contonya: i. kata nama - bukukan, pasarkan, dirikan; ii. kata kerja transitif - bacakan, belikan, masakkan; iii. kata kerja tak transitif - lahirkan, tidurkan, terbangkan; iv. kata adjektif - panjangkan, besarkan; v. kata tugas - sudahkan, sertakanAkhiran - kan boleh juga hadir dalam ayat dengan beberapa imbuhan lain, iaitu meN-...-kan, beR-...-kan, mempeR-...-kan, di-...-kan, dan dipeR-...-kan.
Mohon tuan dapat berikan contoh penggunaan -kan dalam tesis yang diterima dan dipotong.
Tatabahasa03.07.2014
Salam 1Malaysia. Tuan/Puan, Saya mempunyai soalan berkaitan 'bukan' dan 'kan'. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, 'bukan' mempunyai maksud 'untuk menyatakan pertanyaan yg mengeraskan dugaan (pd akhir hayat)' dengan contoh diberi 'ini bukumu, bukan?'. Adakah penggunaan bukan di sini dikategorikan dalam 'tag question' atau 'yes-no question'? Bagaimana pula dengan penggunaan 'kan'? 'kan' ditakrifkan sebagai singkatan kepada perkataan bukan / bukankah, menurut Kamus Dewan Edisi Keempat. Adakah ini bermaksud 'kan' juga merupakan pertanyaan yang mengeraskan dugaan? Sekiranya perbezaan 'bukan' dan 'kan' hanyalah pada penggunaan ('bukan' lebih formal, 'kan' kurang formal'), adakah 'kan' juga boleh membawa maksud 'tag question' atau 'yes-no question'? Mohon pencerahan daripada pihak tuan/puan. Terima kasih.Salam Sejahtera.

Penggunaan "bukan" dikategorikan sebagai taq question.
"Kan"  merupakan kependekkan "bukan" yang selalu didapati dalam teks sastera dan "kan" juga tergolong dalam taq question.
Istilah21.02.2014
Salam sejahtera, Tuan / Puan Bolehkah kita menggunakan perkataan 'di-...-kan' 'men-...-kan' seperti dalam ayat yang berikut? Mengapa? Apakah ayat yang gramatis? 1) Mereka digalakkan menjimatkan air Sekian, terima kasih CKApitan di-...-kan ialah bentuk pasif meN-...-kan. Walau bagaimanpun penggunaan apitan tersebut secara berturutan boleh berlaku seperti ... digalakkan menjimatkan air dan ... digalakkan menggunakan kertas.Tatabahasa10.02.2012
Tuan, Di biasanya diakhiri dengan kan namun adakalanya di tidak diakhiri dengan kan atau i seperti dalam diakhiri. Bila masanya di diakhiri dengan kan atau i dan bila pula ia tidak begitu. Mohon tuan berikan penjelasan. Terima kasih.Apitan di...kan ialah bentuk pasif bagi meN-...-kan. Segala ciri apitan ini dan maknanya tidak berubah daripada yang terkandung dalam imbuhan-imbuhan di- dan -kan. Contohnya "memberikan" (bentuk aktif) dan "diberikan" (bentuk pasif). Seperti di-...-kan, apitan di-...-i  ialah bentuk pasif bagi meN-...-i, contohnya "mempelopori" (bentuk aktif) dan "dipelopori" (bentuk pasif). Untuk maklumat lanjut, rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, muka surat 202 dan 208.Tatabahasa24.05.2011
Tuan, saya keliru dengan bentuk: 1. ber... + Kata Sendi Nama + meN...kan / meN... 2. ber... + Tidak Perlu Kata Sendi Nama + meN...kan / meN... Tuan faham akan soalan saya, kan? :) Bilakah perlu menggunakan bentuk 1, dan bila hendak menggunakan bentuk 2. Tolong!Barangkali soalan yang tuan ingin kemukakan berkenaan kata kerja transitif. Kata kerja digolongkan kepada dua kumpulan utama: i. kata kerja transitif ii. kata kerja tak transitif. Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mengandungi objek yang terdiri daripada frasa nama untuk melengkapkan maksudnya.Cth. Murid sedang membaca buku; saya telah menjawab soalan sdr. Kata kerja transitif dapat dibahagikan kepada kata kerja yang berfungsi dalam ayat aktif dan kata kerja yang berfungsi dalam ayat pasif. kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan penyambut atau objek sesudahnya. kata kerja tak transitif dapat dibahagikan kepada dua subgolongan. iaitu kata kerja tak transitif tanpa pelengkap dan kata kerja tak transitif berpelengkap. Cth. kata kerja tak transitif tanpa pelengkap: semua orang pulang.; adik saya masih tidur. Cth. kata kerja berpelengkap: keadaan bapanya beransur baik.; mereka tinggal di Kampung Paya. Untuk keterangan lanjut, sila dapatkan buku Tatabahasa Dewan Edisi, terbitan DBP.Tatabahasa29.04.2014
ayat yang manakah yang betul? 1. Saya menemukan kucing itu di tepi longkang. 2. Saya menemui kucing itu di tepi longkang.Bagi membezakan penggunaan me...i dan me... kan, tuan/puan boleh menggunakan rumus, iaitu apitan me ...i perlu menerima orang sebagai objek manakala apitan me..-kan menerima objek bukan orang. Tuan boleh menggunakan kata tanya siapa dan apa bagi membezakan penggunaan yang tepat. Contohnya, menamai siapa? menamakan apa? menemui siapa? menemukan apa?

Ayat yang betul ialah ayat kedua:  Saya menemui kucing itu di tepi longkang.
Makna17.04.2014
Tuan/Puan, Saya ingin bertanya berkenaan penggunaan akhiran -i dan -kan yang betul .Saya memahami bahawa akhiran -kan digunakan dalam contoh ayat yang objekj perbuatan itu berpindah tempat . Akhiran -i membawa erti objek perbuatan itu tidak bergerak ke mana-mana. sehubungan itu, dalam ayat berikut. Apakah penggunaan imbuhan yang betul: 1.Sila garisi perkataan yang susah difahami. 2.Sila gariskan perkataan yang susah difahami. Terima kasih.

1. Akhiran kata kerja -i dan -kan diterangkan dengan jelas dalam buku Tatabahasa Dewan, mulai halaman 183.
Akhiran -kan boleh bergabung dengan banyak golongan kata dan membentuk kata transitif. Biasanya kata kerja yang menerima akhiran -kan menerima juga awalan meN- atau di- dan hadir dalam ayat aktif transitif atau pasif. Kata kerja tanpa yang menerima akhiran -kan tanpa awalan wujud dalam dua jenis ayat sahaja, iaitu: ayat pasif bagi kata ganti nama orang pertama dan orang kedua dan dalam ayat suruhan. Kata Kerja akhiran -i juga membentuk kata kerja transitif. Terdapat dua pengertian khusus penggunaan akhiran -i, iaitu: memberi pengertian menyebabkan sesuatu dan menyatakan unsur tempat. Persamaan antara kedua-dua akhiran ini ialah kedua-duanya membawa maksud kuasatif. Perbezaannya pula ialah akhiran -kan mengandungi unsur benafaktif, manakala akhiran -i mengandungi unsur lokatif. Untuk melihat contoh ayat yang digunakan, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan.

2. Ayat yang betul ialah sila gariskan perkataan yang susah difahami.

Tatabahasa05.08.2015
Apitan meN...kan dalam frasa 'membuatkan Ahmad kopi' membawa maksud benafaktif. Mengapa frasa 'menghadiahkan Ahmad cincin" kurang tepat pula?Saya nampak binaan apitan meN...kan kedua-dua frasa adalan sama. Sila jelaskanPertanyaan tuan ini dibincangkan dalam buku Tatabahasa Dewan, halaman 207 dalam menerangkan perbezaan apitan meN-...-i dan meN-...-kan. Fungsi apitan meN-...-kan menandakan kuasatif, manakala apitan meN-...-i menandakan lokatif. Contohnya: Osman menghadiahkan sebuah basikal kepada Ahmad dan Osman menghadiahi Ahmad sebuah basikal. Penggunaan apitan meN-...-kan dalam dalam ayat ... membuatkan Ahmad kopi ... menandakan maksud benefaktif. Tuan perlu perbezaan fungsi apitan meN-...-kan tersebut bukan kepada persamaan bentuk apitan.Tatabahasa09.09.2012
12345678910...

Kembali ke atas