Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : anak perempuan raja, permaisuri raja; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : anak raja yg perempuan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tuan (kata nama)
1. Bersinonim dengan tuan punya: pemilik, empunya, pemunya, majikan, tauke,

2. Bersinonim dengan encik: saudara

Kata Terbitan : bertuankan, menuani, mempertuani, tuanan, ketuanan, pertuanan,

Puisi
 

Tuan puteri rambutnya perang,
     Mati ditikam Melayu jati;
Dulu terbilang batik Semarang,
     Sekarang dibuat basahan mandi.


Lihat selanjutnya...(9)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
"Mengapakah tuan puteri bersedih?Katakanlah kepada _____," kata Mak Inang Sari kepada Tuan Puteri Nilai Kenchana. Jawapan yang paling sesuai untuk soalan di atas "patik" atau "hamba"? Terima kasih.Jawapan yang sesuai:

"Mengapakah tuan puteri bersedih?Katakanlah kepada hamba," kata Mak Inang Sari kepada Tuan Puteri Nilai Kenchana.
Istilah15.05.2016
Apakah kata ganti nama diri yg sesuai digunakan sekiranya inang bercakap dengan tuan puteri sama ada patik atau hamba. begitu juga sebaliknya tuan puteri akan membahasakan diri sebagai beta atau hamba? terdapat kekeliruan di sini . mohon penjelasan yang lengkap. terima kasihKata ganti ‘patik’ digunakan untuk seorang rakyat biasa yang bercakap dengan raja/sultan/kerabat diraja; manakala ‘beta’ untuk raja/sultan/kerabat diraja kepada rakyat biasa.Tatabahasa22.08.2014
Salam sejahtera. Apakah kata ganti nama diri yang sesuai? Tuan Puteri tidak hadir kerana ( ) gering. Bolehkah permaisuri, putera dan puteri gunakan beta, tuanku dan baginda? Jika tidak boleh, apakah gelaran yang betul? Terima ksih.

Tuan puteri bermaksud anak perempuan raja, sultan, maharaja dan sebagainya. “Beta” merupakan kata ganti nama diri pertama untuk raja, permaisuri atau anak raja apabila bercakap dengan orang yang berpangkat lebih rendah, orang bawahan atau rakyat. Manakala, gelaran “Tuanku” dikhususkan terhadap raja, sultan atau isteri baginda. Gelaran “Baginda” pula merupakan kata ganti diri ketiga bagi raja, khalifah atau nabi. Oleh itu, ayat “Tuan puteri tidak hadir kerana gering” sudah mantap dari segi binaannya tanpa perlu meletakkan kata ganti nama diri.

 

Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021) halaman 172, 280, 2409, 2410 dan Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015) halaman 81 – 87.

Tatabahasa11.09.2025
Dalam Antologi T5 Prosa Pelayaran yang penuh peristiwa, kenapa Awang Sulung Merah Muda menyamar sebagai budak hitam dalam geliung Tuan Puteri DAyang Seri Jawa? Kenapa Awang Sulung boleh berhutang rial batu? Siapakah Tuan Puteri Dayang Nuramah? dan siapakah Datin Batin Alam? Kenapa lanun dalam prosa tu takut akan Awang Sulung dan mengatakan bahawa Awang Sulung ialah penghulu mereka? Adakah awang Sulung itu lanun juga?

Untuk makluman saudara khidmat nasihat sastera termasuklah pertanyaan tentang kegiatan sastera, hadiah, anugerah dan sayembara; pertanyaan bimbingan dan bengkel penulisan/penyuntingan; pertanyaan sastera kanak-kanak dan remaja; carian pantun dan biodata penulis/penyair dan penyemakan bahasa Melayu klasik. Walau bagaimanapun untuk mendapatkan maklumat terperinci kandungan sesebuah teks sastera, saudara perlu membaca dan menghayati karya tersebut.

Sastera17.02.2011
Salam sejahtera; Tuan; Apakah kata ganti nama diri pertama yang paling sesuai bagi dayang atau mak inang ketika bercakap dengan tuan puteri / putera? Harap tuan berikan penjelasan kepada saya. Terima kasih.Kata ganti nama diri yang sesuai digunakan bagi Dayang atau mak inang ketika bercakap dengan tuan puteri/putera ialah "hamba", manakala bagi tuan puteri/putera pula ialah "patik".Istilah29.03.2013
Salam Sejahtera Sekiranya seorang dayang bercakap dengan seorang tuan puteri, kata ganti nama apakah yang sesuai digunakan untuk dayang samada hamba atau patik? Terima kasihPatik digunakan apabila rakyat bercakap dengan raja, oleh itu kata ganti nama yang sesuai dalam situasi tersebut ialah hamba.Tatabahasa11.05.2012
Salam sejahtera. Mohon tuan/puan memberi penjelasan yang lanjut bagi soalan berikut: "______ tidak selera santap sejak kemangkatan tuan puteri," kata Bendahara Bitara kepada Laksamana Idris. Antara Tuanku dan Baginda, yang manakah jawapan yang paling tepat. Mengapa? Penjelasan bagi Tuanku dalam Kamus Dewan adalah tidak mencukupi. Terima kasihSalam sejahtera,
Ayat yang tepat untuk soalan di atas ialah "Baginda tidak selera santap sejak kemangkatan tuan puteri". Istilah "Tuanku" digunakan apabila kita bercakap dengan raja/sultan.
Tatabahasa13.05.2015
Tuan/Puan yang dihormati Ayat tersebut dipetik daripada ‘ Hikayat Langlang Buana ‘ dalam Antologi Dirgahayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2010, hal 37 "Maka barang lakunya tuan puteri itu habis dilihat oleh Raja Indera Bumaya itu" Saya ingin bertanyakan maksud frasa"barang lakunya" Ribuan terima kasih didahulukanMaksud frasa "barang lakunya" dalam ayat tersebut ialah segala perbuatan dan  tingkah laku Tuan Puteri itu diperhjatikanoleh raja Indera Bumaya.Sastera01.06.2012
Merujuk soalan saya tentang kata ganti nama diri itu, ada yang memberi peneragan bahawa apabila mak inang atau dayang istana bercakap dengan tuan puteri perlu bahasakan diri dengan perkataan hamba bukan patik sedangkan selama ini saya maklum tentang kata hamba itu untuk membahasakan diri dalam kalangan rakyat biasa sahajaKata ganti nama diri  ‘patik’ digunakan untuk seorang rakyat biasa yang bercakap dengan raja/sultan/kerabat diraja; manakala kata gandi nama diri ‘hamba’ digunakan sesama rakyat biasa.Tatabahasa25.08.2014
Bolehkah anda terangkan maksud maksud pantun-pantun berikut? Petang hari pergi ke pekan, Pulang membawa sebungkus laksa; Hidup muhibah perlu diamalkan, Di negara Malaysia berbilang bangsa. Cantik bergugus buah papaya, Masak dipetik satu per satu; Walaupun berlainan bangsa budaya, Kerana muhibah hidup bersatu. Air mengalir dalam terusan, Mengairi sawah beratus relung; Bekerjasama segala urusan, Tanda bersatu bergotong-royong. Tuan Puteri dari kayangan, Senyuman manis seperti madu; Bermacam keturunan bukan halangan, Untuk membina bangsa yang padu. Enak nian air kelapa, Penawar sakit mujarab sekali; Kebudayaan asal tidak dilupa, Kebudayaan nasional mereka banggai.

Untuk makluman saudara, kelima-lima rangkap pantun yang diajukan secara umumnya membawa persoalan tentang semangat muhibah yang perlu diamalkan oleh rakyat Malaysia.  Muhibah yang  bermaksud hubungan mesra pelbagai kaum dapat diwujudkan dengan perbagai cara, antaranya melalui aktiviti bergotong-royong, bersukan dan menghadiri perayaan-perayaan kaum di Malaysia. Semangat setia kawan , persefahaman dan kerjasama akan terbentuk melalui aktiviti tersebut dan secara tidak langsung perpaduan kaum juga akan dapat dicapai. Disamping itu, kita sebagai rakyat Malaysia hendaklah saling hormati menghormati pelbagai budaya dari pelbagai kaum yang ada di negara ini disamping merasa bangga dengan kebudayaan nasional. Walau bagaimanapun memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum ini adalah penting untuk pembangunan negara.

 

Sekian.

Lain-lain13.12.2010
123

Kembali ke atas