| Pohon pencerahan mengenai penggunaan ayat tuan-tuan dan puan-puan di pertengehan ayat. T untuk Tuan dan P untuk Puan perlu huruf besar atau kecil. | Penggunaan tuan-tuan dan puan-puan di tengah-tengah ayat boleh digunakan. Ejaan tuan atau puan pula perlu menggunakan huruf besar sekiranya di permulaan ayat, jika di tengah-tengah atau akhir ayat perlu menggunakan huruf kecil. | Tatabahasa | 13.06.2019 |
| Salam tuan. Adakah kata-kata berikut betul? 1. salah tempat Contoh ayat: Kamu sudah salah tempat untuk membuat kad pengenalan. 2. tuan-tuan dan puan-puan sekalian Terima kasih. | Penggunaan yang lebih formal untuk menyatakan hal tersebut ialah seperti contoh yang berikut: 1. Kamu berada di tempat yang salah untuk membuat pengaduan. Tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Terima kasih. | Tatabahasa | 26.08.2023 |
| Salam sejahtera, tuan -tuan dan puan-puan. Saya ingin tanya bapa borek anak rintik membawa maksud yang positif ke ataupun negatif? | “Bapa borek anaknya tentu rintik”, boleh membawa maksud negatif atau positif bergantung pada konteks dan penggunaan dalam ayat. Contoh peribahasa ini ditunjukkan dalam ayat yang berikut: Ani mengahwini jejaka idaman setiap gadis. Namun begitu, kini timbul desas-desus bahawa suaminya itu akan berkahwin lagi. Dia terus percaya kerana bapa mentuanya sendiri pernah berkahwin empat. Benarlah, bapa borek anaknya tentu rintik. | Lain-lain | 13.06.2023 |
| Selamat petang, tuan-tuan dan puan-puan, Saya ingin bertanya mengenai apakah penterjemaan yang betul dalam Bahasa Melayu untuk perkataan "Resourceful" Contoh ayat - As a business owner, you need to be resourceful. Terima Kasih, | Menurut Kamus Inggeris-Melayu Dewan, “resourceful” bermaksud pintar. Maka, padanan lain yang juga tepat untuk menggambarkan “resourceful” dalam bahasa Melayu ialah bijak, pandai, cerdik atau cerdas (Tesaurus Bahasa Melayu Dewan) | Penyemakan dan penterjemahan | 22.11.2019 |
| Selamat sejahtera kepada Tuan-tuan dan puan-puan.Saya mahu bertanyakan soalan tetang soalan Tatabahasa.Bolehkah perkataan "melalui' menjadi ''dalam''?Jika tidak boleh,apakah sebab-sebab?Manakala,"Setiap negara" tidak boleh melnjadi "tiap-tiap negara" dalam ayat yang di bawah ini. Lazimnya [setiap] negara mampu mengaut keuntungan yang lumayan [melalui] penganjuran kejohanan sukan yang bermutu dan bertaraf dunia. | Dalam konteks ayat yang diberikan, perkataan "dalam" boleh menggantikan perkataan "melalui" dan perkataan "tiap-tiap" boleh digunakan bagi menggantikan "setiap". | Lain-lain | 03.08.2021 |
| Salam sejahtera, apakah istilah atau terma bagi ayat yang digunakan sebelum pengumuman sesuatu acara ketika mengacarakan majlis? Contohnya: 1. Tuan-tuan dan puan-puan hadirin sekalian 2. Yang Berbahagia Dato', tuan-tuan dan puan- yang dihormati sekalian dan seumpamanya. Adakah ia juga dikategorikan sebagai penanda wacana? Terima kasih. | Penanda wacana wujud sebagai isyarat bagi berlakunya (sudah berlaku, sedang berlaku atau akan berlakunya) sesuatu peristiwa. Ungkapan-ungkapan yang digunakan selain mempunyai makna tersendiri juga berfungsi sebagai pemberi isyarat bagi makna keseluruhan surat rasmi itu. Penanda wacana dibahagikan menurut jenis makna dan kata yang ditimbulkannya seperti penanda rujukan, penanda penyertaan, penanda makluman dan sebagainya. Kekeliruan berlaku apabila penulis tidak menggunakan penanda wacana yang betul dan tepat mengikut konteks dan makna yang hendak disampaikan. Untuk maklumat lanjut tentang penanda wacana, sila rujuk buku Penggunaan Bahasa dalam Surat Rasmi, Bahasa dalam Komunikasi oleh Asmah Hj. Omar. Berdasarkan contoh yang diberikan, frasa tersebut dikategorikan sebagai “kata-kata aluan”. | Tatabahasa | 09.09.2022 |
| Mohon Tuan-tuan dan puan-puan mengalisis kesalahan tatabahasa terhadap ayat yang di bawah.Perkataan ''menangani''adalah salah atau tidak salah? Menangani masalah luar biasa seperti pandemik Covid-19 memerlukan solusi dan keberanian tindakan yang luar biasa juga. | Perkataan menangani adalah betul dan boleh digunakan. Ayat yang betul ialah Menangani pandemik covid-19 memerlukan penyelesaian dan tindakan luar biasa. | Tatabahasa | 09.07.2021 |
| Tuan-tuan dan puan-puan.Bolehkah saya tahu akan beberapa ayat yang di bawah.Adakah beberapa ayat adalah kesalahan bahasa atau kesalahan tatabahasa? Kerajaan hanya menjaga nama dan imej diri sendiri untuk meningkatkan impak yang baik kepada penduduk-penduduk.Kementerian Hal Ehwal Ekonomi dari Thailand tidak mengambil berat dalam kes yang berkaitan dengan negara lain bagai enau dalam belukar pucuk masing-masing.Condong yang akan menongkat,rebah yang akan menegakkan.Kerajaan haruslah mengatur pemimpin yang sesuai untuk memimpin negara dengan sebaik-baiknya.Dengan ini,negara dapat berjaya memajukan ekonomi dan politik negara.Saya berpendapatan bahawa kelakuan rakyat jelata akan diubah daripada negatif hingga positif.Apa payahnya menaupkan bibir atas bawah,kita mestilah melakukan sesuatu perkara atau tindakan sehingga berjaya.Janganlah melakukan sesuatu tindakan yang separuh di samping berputus asa seperti berputus harapan dan matlamat negara yang diingini.Natijahnya,matlamat negara akan dicapai sekiranya mereka gigih mencapai aspirasi dari segi ekonomi dan politik negara seperti berjalan ke batas,belayar sampai ke pulau.Rakyat jelata juga akan memberikan sokongan kepada kerajaan atau pemimpin.Persoalannya,faktor-faktor lunturnya semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat ialah negara tidak memainkan peranan yang penting untuk memajukan dan mewujudkan kemakmuran di negara kita. | Ayat yang diberikan tidak begitu jelas, mengelirukan, tidak difahami dan mempunyai banyak kesalahan. Antara kesalahan tersebut ialah: 1. Dari aspek tatabahasa 2. Tanda baca yang digunakan tidak betul 3. Wujudnya ketidaksinambungan antara ayat 4. Pemilihan perkataan yang tidak betul 5. Perkataan yang tidak mempunyai jarak Sila murnikan ayat-ayat tersebut dalam konteks yang lebih jelas dan mudah difahami agar pihak DBP dapat memberikan jawapan yang bersesuaian berdasarkan soalan yang dikemukakan. | Lain-lain | 08.07.2021 |
| Salam,Tuan-tuan dan puan-puan.Bolehkah saya tahu akan beberapa ayat yang di bawah.Adakah beberapa ayat adalah kesalahan bahasa atau kesalahan tatabahasa?Terima kaasih Kita mestilah saling menolong apabila jiran tetangga menghadapi kesusahan.Seorang mungkinlah melancong dari negara sendiri ke luar negara seperti Eropah,Hong Kong,Korea,Pualau Pinang,Selangor,dan Kuala Lumpur.Jiran tetangga kita mungkin memohon bantuan untuk membantu mereka menjaga anjing dari rumah mereka.Contohnya,kita juga boleh mengadakan sambutan Hari Jadi kepada jiran tetangga untuk memperat hubungan yang ikat.Hubungan yang ikat bukanlah sesiapa boleh membuat keputusan yang baik atau tidak baik.Hubungan ialah manusia menanam hubungan yang kronik hingga jadi baikk dengan perlahan-perlahan.Jiran tetangga akan memberi sokongan dan dorongan dengan tujuan mencapai maklumat yang diimplementasikan.Contohnya,kita mahu menyertai pertandingan tetapi takut akan kalah dalam pertandingan.Kita juga harus mempengaruh tingkah laku mereka dari negatif jadi positif.Natijahnya,negara kita berpeluang mencapai keamanan dan keharmonian hidup dari ekonomi dan politik negara.Negara Malaysia melahirkan masyarakat yang berminda kelas pertama dan berakhlak mulia. | Kita mestilah menolong jiran tetangga apabila mereka menghadapi kesusahan. Jiran tetangga berkemungkinan melancong ke luar negara seperti Eropah, Hong Kong, Korea, dan di dalam negeri seperti Pulau Pinang, Selangor dan Kuala Lumpur. Jiran kita mungkin memohon bantuan untuk menjaga anjing di rumah mereka. Selain itu, kita juga boleh mengadakan sambutan hari jadi bersama-sama jiran tetangga untuk mengeratkan hubungan silaturahim. Jiran tetangga akan memberikan sokongan dan dorongan bagi mencapai maklumat yang ditetapkan, seperti memberikan sokongan apabila kita mahu menyertai pertandingan tetapi takut akan kalah dalam pertandingan. Kita juga boleh mempengaruhi tingkah laku mereka dari negatif menjadi positif. Negara kita berpeluang mencapai keamanan dan keharmonian hidup dari segi ekonomi dan politik dan seterusnya dapat melahirkan masyarakat yang berminda kelas pertama dan berakhlak mulia. Mohon puan banyak membaca surat khabar berbahasa Melayu untuk memantapkan lagi penggunaan bahasa Melayu. Puan bolehlah merujuk prpm.dbp.gov.my untuk carian makna. | Tatabahasa | 08.07.2021 |
| Apakah maksud rangkaian kata"menebarkan sayap negatif" dalam ayat ini?Bolehkan memberi penjelassan yang mendalam?Terima kasih puan-puan dan tuan-tuan. Semoga isu kenakalan remaja akan lenyap agar tidak lagi [menebarkan sayap negatif ]kepada generasi akan datang bak kata peribahasa ‘Sebab nila setitik rosak susu sebelanga’. | Dalam ayat ini, menebarkan sayap negatif membawa maksud menyebarkan pengaruh yang tidak elok. | Makna | 04.08.2021 |