Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tuannya

Peribahasa

Pukul anjing,
     tak pandang mata tuannya.

Bermaksud :

Orang yang terdesak hilang takutnya.

 

Lihat selanjutnya...(8)

Lihat selanjutnya...(1)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, ayat berikut betulkah? Wei Ling memulangkan buku yang dijumpainya itu kepada tuannya.Wei Ling memulangkan buku yang dijumpai itu kepada pemiliknya.Tatabahasa03.09.2012
Apakah perbezaan perkataan 'menasihati' dan 'menasihatkan' dari segi penggunaan?Menasihati bermaksud memberi nasihat (tunjuk ajar dan sebagainya) kepada: Guru menasihatinya supaya memulangkan barang yang dicuri itu kepada tuannya, manakala menasihatkan bermaksud memberikan sesuatu sebagai nasihat atau sebagai tunjuk ajar, contohnya: Sia-sia sahaja menasihatkan budak-budak yang tidak berakhlak itu.Tatabahasa02.03.2011
Tuan/Puan, Saya ingin bertanya mengenai menterjemahkan satu buku kejuruteraan dari Bahasa Inggeris kepada Bahasa Malaysia. Tuan punya buku kejuruteraan tersebut telah setujui dalam penterjemahan ini. Saya ingin mengetahui prosedur yang perlu saya ikuti dan buku ini hanya akan dijual oleh tuannya. Terima Kasih, JohnsonTuan/Puan perlu mendapat izin daripada penerbit karya asal (bahasa Inggeris) buku itu terlebih dahulu sebelum boleh diterjemahkan ke bahasa Melayu.Lain-lain18.09.2012
Imbuhan dalam ayat aktif yang melibatkan penggunaan kata "beri" sedia maklum seperti yang berikut: Ayah memberikan hadiah itu kepada ibu. Ayah memberi ibu hadiah itu. Dalam ayat ini, imbuhan yang betul adalah jelas. Penentuannya juga mudah, iaitu berdasarkan kedudukan subjek dan objek dalam ayat. Bagaimanakah pula jika ayat pasif dibina dengan kata tersebut? Contoh: 1. Pelajar itu perlu diberi/diberikan perhatian khusus oleh guru kelasnya. 2. Kambing itu sedang diberi/diberikan makan oleh tuannya. 3. Maklumat itu diberi/diberikan kepada pihak yang bertanggungjawab. 4. Ahmad diberi/diberikan hadiah sempena ulang tahun kelahirannya. Apakah panduan yang dapat digunakan bagi menentukan imbuhan yang gramatis dalam konteks ini pula? Muhammad Qamarul Akmal bin Abd Wahab Institut Terjemahan & Buku Malaysia Berhad Tarikh: 30.1.13Dalam buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga halaman 201, jelas menyatakan bahawa apitan di-...-kan ialah bentuk pasif bagi meN-...-kan. Ayat yang betul ialah:
1. Pelajar itu perlu diberikan perhatian khusus oleh guru kelasnya.
2. Kambing itu sedang diberikan makanan oleh tuannya.
3. Maklumat itu diberikan kepada pihak yang bertanggungjawab. 
4. Ahmad diberikan hadiah oleh ayah sempena ulang tahun kelahirannya.
Tatabahasa30.01.2013
Salam hormat, Bolehkah saya tahu tentang peranan Si Kembang Cina dan Bujang Selamat dalam teks klasik? Terima kasih.

 

Saudara,

Watak Si Kembang Cina dan Bujang Selamat dalam teks klasik adalah watak pembantu yang taat setia kepada wira dan wirawati. Biasanya watak-watak ini terdiri dari kalangan rakyat biasa yang menjadi pembantu, pengasuh atau pengiring kepada watak utama sama ada pada watak wira atau watak wirawati yang menjadi pembantu dalam tindak-takduk watak utama.

watak-watak ini boleh ditemukan dalam cerita-cerita hikayat, contohnya Hikayat Awang Sulung Merah Muda dan Hikayat  Malim Deman. Dalam Hikayat Malim Deman  Bujang Selamat  adalah pembantu kepada wira iaitu Malim Deman.  Peranan Bujang Selamat sebagai pengasuh, pengiring Malim Deman ke mana saja Malim Deman pergi, serta menumpukan taat setia kepada tuannya. Manakala Si kembang Cina pula merupakan pengasuh perempuan kepada Malim Deman dan orang suruhan yang biasanya memiliki rupa paras yang memikat, pandai memujuk dan taat kepada tuannya.  

Sekian, terima kasih.

Sastera15.09.2011
Salam, 1. Adakah penggunaan 'si" di dalam ayat dibolehkan? Misalnya: terdapat dua orang raja. Mereka ialah adik-beradik. Si abang merupakan raja yang memerintah negeri Pinang. Manakala si adik pula memerintah negeri bayu.Si ialah kata penyerta yg digunakan di depan nama orang (sbg timang-timangan, panggilan, ejekan atau sbg penghinaan): S~ Ali; ~ bisu; ~ bodoh; ~ bongsu; ~ hitam; ~ pencuri; 2. kata penyerta yg digunakan di depan nama sendiri (utk merendahkan diri): S~ Tuah tidak mahu menderhaka kpd tuannya; 3. kata penyerta utk menegaskan orang yg melakukan atau yg terkena sesuatu: ~ mati; ~ penjual; ~ piutang; ~ pencuri; ~ tertuduh. Harap maklum. Tatabahasa28.07.2008

Kembali ke atas