Salam sejahtera, Tuan/Puan Saya ingin rujuki istilah sains yang terdapat dalam "Carian Kata" laman sesawang DBP: 1) Delivery tube = diterjemahkan sbg "Salur penghantar" 2) Glass tube = diterjemahkan sbg "Tiub kaca" Walaupun kedua-dua istilah sumber mempunyai "tube", mengapa istilah sumber yang diberikan pula adalah berbeza? Adalah istilah "salur" dan "tiub" boleh digunakan secara rambang? Sekian, terima kasih. | Untuk makluman istilah digubal berdasarkan konsep. Istilah dibentuk oleh pakar bidang dan padanan bahasa Melayu ditentukan berdasarkan konsep sesuatu benda tersebut. Dalam konteks ini, bentuk, kegunaan dll akan diambil kira semasa membentuk istilah tersebut. Oleh sebab itu, sama ada salur atau tiub, bergantung pada konsepnya dan tidak boleh ditukar ganti secara rambang kerana istilah tube mempunyai beberapa padanan bahasa Melayu seperti salur, tiub dan tabung. | Istilah | 29.11.2011 |
Media sosial seperti You Tube,Tik Tok, facebook dan lain-lain dapat membantu murid dalam pembelajaran. Tukarkan ayat biasa kepada ayat songsang. yang mana betul ? 1)Dapat membantu murid dalam pembelajaran media sosial seperti Youtube, tik Tok , facebook dan lain-lain. 2) Seperti Youtube, tik Tok , facebook dan lain-lain dapat membantu murid dalam pembelajaran media sosial. | Ayat yang betul ialah “Dapat membantu murid dalam pembelajaran, media sosial seperti Youtube, TikTok, facebook dan lain-lain. | Tatabahasa | 20.02.2023 |
Assalamualaikum dan salam sejahtera. 1. Apa yang membezakan penggunaan 'tiub' dan juga 'tabung'? Adakah kedua-duanya padanan kepada 'tube'? 2. Adakah 'badan', 'tubuh' atau 'tubuh badan' mempunyai makna yang sinonim? Mana yang paling tepat sebagai padanan kepada 'body' dalam bidang sains perubatan? 3. 'Tanah-tanih' merupakan istilah yang termasuk dalam hukum kekecualian iaitu perlu diletakkan tanda sempang sekalipun 'tanah' dan 'tanih' boleh berdiri sendiri dengan makna tersendiri. Adakah terdapat senarai lengkap istilah yang termasuk dalam hukum kekecualian ini? Terima kasih. | 1. Tiub ialah 1. benda yang bulat panjang dan berlubang di tengahnya, torak: ~ kaca (getah); 2. sejenis bekas daripada plastik dll yang digunakan untuk mengisi cecair yang likat dsb: ~ ubat gigi; 3. bahagian dalam tayar basikal. Manakala tabung ialah 1. bekas ruas daripada buluh dll (untuk menyimpan sesuatu), bumbung: ~ air; 2. bekas yang berbentuk silinder: ~ gas oksigen; 3. peti atau kotak (utk surat dll); 4. tempat menyimpan wang (daripada buluh dll), celengan; 5. sesuatu yang berbentuk bulat torak (dlm enjin dll), silinder; 6. wang yang dikumpulkan (dengan mengutip derma dll) untuk maksud tertentu, dana. Dalam data kami, padanan istilah tube dalam bahasa Melayu ialah tiub, tabung dan salur. 2. Dalam Kamus Dewan Edisi Empat, tubuh badan bermaksud keseluruhan jasad. Istilah yang sesuai digunakan dalam bidang perubatan ialah badan. 3. Tanah-tanih merupakan kata ganda yang bermaksud segala macam tanah. | Tatabahasa | 06.10.2013 |
Salam sejahtera tuan/puan. Sukacita sekiranya pihak tuan/puan dapat memberikan terjemahan bagi istilah berikut: 1. Tilt in Space Wheelchair 2. Clay Mining Bulk Handling Flexible Belt Pipe Reclaim Conveyor 3.Clay Mining Bulk Handling Flexible Belt Tube Conveyor 4.Clay Mining Bulk Handling Gantry Crane 5.Clay Mining Bulk Handling Grab Barge Unloader 6.Clay Mining Bulk Handling Grab Ship Unloader 7.Clay Mining Bulk Handling Grizzly Feeder Sekian, terima kasih. | Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut: 1. Tilt in Space Wheelchair - Kerusi Roda Ruang Boleh Condong 2. Clay Mining Bulk Handling Flexible Belt Pipe Reclaim Conveyor - Konveyor Pulih Guna Paip Sawat Boleh Lentur Kendalian Pukal Pelombongan Tanah Liat 3. Clay Mining Bulk Handling Flexible Belt Tube Conveyor - Konveyor Tiub Sawat Boleh Lentur Kendalian Pukal Pelombongan Tanah Liat 4. Clay Mining Bulk Handling Gantry Crane - Kren Gantri Kendalian Pukal Pelombongan Tanah Liat 5. Clay Mining Bulk Handling Grab Barge Unloader - Pemunggah Barj Cekam Kendalian Pukal Pelombongan Tanah Liat 6. Clay Mining Bulk Handling Grab Ship Unloader - Pemunggah Kapal Cekam Kendalian Pukal Pelombongan Tanah Liat 7. Clay Mining Bulk Handling Grizzly Feeder - Penyuap Grizli Kendalian Pukal Pelombongan Tanah Liat
| Istilah | 09.05.2016 |